Bila bangun lewat.

As salam w.b.t...

Pagi tadi terbangun lewat.  Sejak minggu lepas emy x miss lagi bawa bekal gi sekolah jadi azan subuh dalam pukul 5.15pagi tu dh kena bangun untuk sediakan bekal.  Tapi tadi, terbabas lak..pukul 5.40 baru sedar..kalau untuk mandi dan solat subuh tu sempat la,tapi untuk buat bekal... Hmmmmmm...

Emy bangun solat subuh dulu,lepas je solat rupanya housemate kt bilik bawah ada mesej bagitahu suruh bawa bekal nasi goreng yang die dah siapkan. Tersenyum.  Alhamdulillah. Rezeki di pagi hari.  Turun bawah tengok nasi goreng kampung  telor mata siap dalam bekas. Emy just ambik timun batang potong letak dalam bekas kecik, sebagai ulam..kt sekolah dah ada budu..nanti cicah je hehe.

Alhamdulillah.. Walaupun berjauhan dari keluarga dan suami, yang menguatkan kami kat sini adalah persahabatan. Kalau takde sahabat yang saling mengambil berat,rasa sunyi je hidup di perantauan :(
Semoga mereka-mereka yang banyak tolong emy selama ini di beri balasan yang baik, terutamanya masa emy sedang mengandung ni. AMINNNN..

P/s: Okey..tido dulu sambil mimpikan pulut durian! Haihhh.. Mengidam tak abeh abehhh 😝😝😝

THE LEGEND OF THE BLUE SEA vs. GOBLIN

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Its Fridayyyyyyy!
Seronok kalau tibanya hari Jumaat ni, sebab esok lusa cuti haha.
Dapat la berehat and take a deep breath sekejap setelah lima hari bekerja kan. phewww...macam penat sangat je dua minggu pertama persekolahan ni :P
Penat mental not physical..tapi ada tau yang penat fizikal, ada rakan guru jadi mangsa tantrum anak-anak yang tak pernah bersekolah, sampai kena pukul dengan budak =.=
Alhamdulillah la, murid-murid emy tahun ni tak ke sampai ke tahap tu, cuma letih nk mikior perangai sorang-sorang.. Tadi dapat tahu sorang budak jenis suka menapau barang-barang dalam kelas, bawa balik rumah jadikan mainan die..ishhh pening cikgu..sorang cenggitu sorang cenggini..#cabaranguru 


Untuk itu..cuti hujung minggu jadi sangat bermakna walaupun kena sentuh kerja jugak sikit. but pleaseeee not today la kan..maybe esok la tengok.  Malam ni emy nak dating dengan pakwe-pakwe kesayangan jap..aisehhhhhh #babybagiflyingkick :P


Siapa follow drama korea hot sekarang ni? eh..bukan pakcik hot seroja tu, ni korea mali la awaksss..hehe THE LEGEND OF THE BLUE SEA dan juga GOBLIN.  Makciks hot is melting uolls dengan kesemua hero tu..hehe. Lee Min Ho, Goo Yoo dan Lee Dong Wok..nampak nau penangan baby girl, nak tengok yang handsome je eh, mentang2 papa jauh..ihikss mengada lebih lak.


Dua-dua cerita ada kekuatan jalan cerita dan pelakon tersendiri. Buat masa ni emy tak miss lagi dengan episod The Legend of The Blue Sea, cuma cite Goblin masih di episod awal lagi..

awaks sangat handsome lah!
Jun Ji Hyun ni khabar nya baru lepas beranak..adehh, tetap mantain cun melecun, 
ekspresi wajahnya tuuu~



Okey..nak sambung tengok Goblin jap ;)

Damailah di sana.

As salam w.b.t


Hari ini seluruh Sarawak bercuti bagi menghormati kematian ALLAHYARHAM TAN SRI ADENAN SATEM, KETUA MENTERI SARAWAK pada 11 Januari 2017.


Sebagai perantau yang hampir empat tahun berada di sini turut merasa tempias kesedihan itu. Semangat juang nya hidup dalam diri setiap kaum di Sarawak ini.


Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aminnn.
Pemergian beliau ditangisi seluruh ceruk bumi Sarawak sebagaimana sedihnya rakyat Kelantan yang pernah kehilangan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.  Kami faham kami mengerti 😢


Damailah Tok Nan di sana. Semoga perjuangan dan semangat mu diteruskan lagi. 


Bekal ke sekolah.

As salam w.b.t


Bukan murid-murid je sibuk berbekal,cikgu lagi sibuk nak bawa bekal..hihi, perut kena jaga weiii kang ada budak kena makan ng cikgu..dah ler awal2 tahun ni 


Sebab utama nak bawa bekal ke sekolah adalah sebab sekolah emy mengajar tu xdop kantin, tapi ada dua buah gerai la berdekatan dengan sekolah tu. Selalu order kat gerai2 tu jugak tapi makin lama selera mak buyung ni makin jemu lak. Jadi baik la bawa bekal sendiri. Boleh pelbagai kan lauk, macam2 nak makan boleh buat sendiri kannnn. Boleh praktis sediakan bekal untuk anak2 jugak lepas ni...ooops!  Jauh memikirkan masa depan..hihi



Untuk bawa bekal ni emy kena bangun pukul 5.10..masak nasi putih,goreng ayam crispy (nak cepat,beli ayam yang bersalut tu je) potong timun dan rebus carrot. Tersedia la hidangan lengkap ada lauk dan sayur jugak. Dalam pukul 5.40 dah kena bersiap untuk solat subuh dan ke sekolah.  Dalam pukul6.20 - 6.30pagi ada kawan datang ambik untuk ke sekolah yang makan masa 50minit jugak untuk sampai. 


Ini antara azam tahun baru 2017, doakan iolss berjaya merajinkan diri okayyyy..mmmuahhh mmmuahhh!  



Happy New Year!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

hihihi..saje nak gelak dulu, sebab tetiba je muncul wish happy new year..eh, belum terlambat lagi kan. haha..sebelum tido ni tetiba teringat ada blog kot puan tanah ni kan. Ingat ada blog,ingat ingat tapi masa tu tak mengizinkan...iyola alasan tu kannn :P


Alhamdulillah, 2016 telah berlalu meninggalkan kita. Ada yang baik dan ada yang buruk, semoga semua itu berlalu dan memberi seribu makna pengajaran untuk kita.  Bagi life emy pula, sama seperti kalian juga la..ada yang best dan tak best tapi seriously malas sangat nak kenang benda yang lepas..takut terkenang perkara yang menyakitkan pula..oops!



Kita kenangkan yang baik-baik sudah la kan..hehe antara satu yang terbaik dan terhebat berlaku pada emy di tahun 2016 adalah disahkan mengandung buat kali ketiga. Alhamdulillah, dapat berita beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

sempat maternity photoshoot sebelum balik ke Sarawak untuk mengajar bagi sesi 2017, masa ni dah 30 minggu..belom dapat sepenuhnya gambar, nanti dah dapat semua emy story mory pasal photoshoot ni k ;)


Ada sebab kenapa emy beriya nak buat photoshoot, so jangan la kecam macam emy ni hadap sangat nak tunjuk perut..doakan yang baik baik untuk emy sebagaimana emy sentiasa mendoakan semoga pasangan yang dah lama menanti zuriat akan dimakbulkan doanya. 



Jadi, salah satu azam tahun baru adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan ini serta menjadi muslimah yang lebih baik dari semasa ke semasa. In Sha Allah.



Yang lain-lain..just follow the flow, Allah adalah sebaik-baik Maha Menjadikan Sesuatu ;)



p/s : di sudut hati kecil berazam jugak nak update blog hari-hari..walaupun just story pasal daily life...wait & see je la.