BeautyCrum Untuk Bebas Jerawat dan Jeragat.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...
Beauty Crum difomulasikan daripada 100% abstrak semulajadi ALOE VERA dan VITAMIN-C.Gabungan bahan tersebut diadun dengan ramuan bermutu tinggi agar penghasilan produk lebih sempurna dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh kulit. 
ALOE VERA merupakan sejenis herba semulajadi yang banyak mempengaruhi pada penyembuhan kulit manusia. Ia bertindak sebagai agen penyembuhan melalui kaedah serapan terus ke dasar kulit (EPIDEMIS)
VITAMIN-C abstrak penting yang digabungkan bersama bertindak sebagai anti-penuaan bagi mempercepatkan pembinaan sel-sel baru kulit. Merawat kulit agar menghalang daripada serangan radikal bebas pada kulit, penghasilan kolagen yang tinggi dan menegangkan kulit agar lebih anjal.



** KENAPA??.. "Beauty Crum" perlu di lapisan pertama kulit kerana :
~ untuk melindungi kulit dari serapan kekotoran terus pada kulit
~ ia bertindak untuk menghalang kulit dari menjadi kusam dan kelihatan lesu
~ menghilangkan garis2 halus pada kulit dan bertindak sebagai anti-penuaan~ penyerapannya terus pada kulit akan merawat bekas2 jerawat dan jeragat lama bagi membersihkan kesan2 tersebut terus dari lapisan dalam kulit
~ ia bertindak memelihara kulit muka agar mendapat tona warna kulit yang sekata
~ mengurangkan masalah lebihan minyak pada kulit
~ melembabkan kulit bagi yang punyai masalah kulit kering~ menstabilkan aktiviti kulit agar kelihatan lembab, segar dan bersinar



CARA PENGGUNAAN
- bersihkan muka bersih2 (guna pencuci sendiri)
- bilas bersih2 dan lap muka bagi kering
- pam 2 titik "Beauty Crum" dan sapu pada muka guna pada waktu pagi & malam* untuk hasil yang lebih cepat guna sekerap mungkin# selepas itu bolehlah guna produk skincare kita sendiri

HARGA PROMOSI

 RM 60 - SEMENANJUNG
RM70 - SABAH/SARAWAK

untuk pertanyaan/order boleh whatsapp 0139102140
follow instagram nakcantiklawa_beautycrum

Aiskrim Homemade.

As Salam w.b.t

Gara-gara nampak orang makan aiskrim dalam TV..terus rasa naakkk Baskin Robbin huwaaa sebab dalam cite tu dorg makan Baskin Robbin.. Nak jugakkk nk jugakkkkkkkk.acane tu..Limbang mana ada Baskin Robbin.. Nangesssss.

So,dapat la buah akal fikiran..jom buat aiskrim homemade!
Check barang kat dapur semua ada..okey..let's cekidautt 

Bahan A
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat 
1 sudu besar Ovallete 
1 sudu besar vanilla 

Bahan B
Biskut oreo 1 peket
Chocolate chip 

Okey..mix kan sume bahan A di atas selama setengah jam bagi kembang gebu gebass gitu jadi baik gune stand mixer ye.

Sambil tu boleh hancur kan biskut oreo.
Cream tengah tu pn hancur kan jugak.
Boleh ketuk ketuk guna lesung pon boleyy 

Bila yang mix tu dh gebu gebass masukkan oreo yg siap dihancurkan tu. Mix sekejap bagi sekata. Boleh letak dalam bekas.  Pastu tabur chocolate chip. Tutup.  Letak dalam peti dalam 5-6 jam dah boleh makan..nyummmms..

Sukatan bahan di atas..cukup dua bekas. 


Nampak chocolate chip tu..memang suka hati je tabur. Bila makan..Mashaallah sedapnyaa bila tergigit chocolate chip ni.
 Perfect!  
Puashati buat ni 


Beku dengan elok. It's ice cream vanilla oreo, completely! 


Goodluck pada siapa yang nak mencuba.
>_____<"

Review The Fifth Wave

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hujung minggu haritu saya ada pergi tengok wayang. Bukan sebab nak tengok sangat sangatttt cerita tu macam Dilwale haritu tapi sebab saja nak jalan-jalan dan hangout dengan kawan ;) sampai je di Gadong Mall nampak banner besar The Fifth Wave antara filem baru jugak..terus i was like..'hmmmm..macam seram je' pada mulanya ingatkan cerita bergenre seram..boleh?? sebab pernah ada sejarah kot di Gadong Mall ni bila kawan ajak tengok cerita seram yang memang cerita hantu la..lupe dah tajuk apa..apalagi, masuk wayang je tido..huhu bayar tiket untuk tido atas kerusi yang gelap dan sejuk :P serius saya tido okayhh..nasib baik la diri ni memang mudah terlelap di mana berada, asal ada keinginan je..hehe

Memandangkan semua nak masuk tengok, iols pun ikut je la sebab kawan betolkan yang ni bukan cerita seram tapi thriller. okay okay.. Permulaan cerita hati dah dupdapdupdap..suspen. Pastu ada flashback kenapa si Cassie (watak utama) jadi macam tu. Dari gelombang pertama hingga gelombang kelima sejak kehadiran the others (alien). Dunia macam kiamat dan gelombang keempat dan kelima rupanya mereka diserang dalam diri masing-masing. Banyak kronologi suspen..yang membuatkan kita jangan tido. bukak mata besar-besar :P jangan miss one word pun..mesti tengok plus si Cassie ni cantik orangnya. 


Masa Cassie terpisah dengan adiknya Sam, dibawa menjadi rekrut tentera. Crush die masa di sekolah tinggi Ben rupanya menjadi ketua rekrut Sam dan telah menjaga Sam sepanjang latihan. Cassie pula fall in love dengan Evan iaitu separuh alien yang telah menyelamatkannya. Evan juga la yang membantu Cassie menyelamatkan adiknya Sam di pusat ketenteraan tu kerana cintanya pada Cassie.

Endingnya ..tak la betol-betol happy ending..bila the others melarikan diri apabila pusat ketenteraan mereka dimusnahkan..mungkin ada sambungannya kann.

Cloe Grace Moretz ni rupanya baru berrumur 19 tahun. comey je kann..

Evan Walker watak yang dibawa oleh Alex Roe.


ehemm ehemmm..3/5 bintang untuk cerita ni.
Sesiapa yang minat cerita thriller takpun yang nak feeling rasa tengok ombak besar pastu kapal terbang jatuh dalam jarak dekat..poei laa..superb!

Fifth Wave To Jerudong Park

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sebenarnya hujung minggu yang biasa adalah melepak di rumah..makan..tido..pastu Ahad malam baru sedar diri yang Isnin kan menjelma. heh! konon nak siapkan Jadual Bertugas Murid, Takwim dan macam-macam lagi la kan..huhu..terus bermonolog "macam la tak biasa kerja last minit..kannnnnn"

Berbeza hujung minggu kali ni bila ada kawan datang rumah dan ajak pergi jalan-jalan. Destinasi kami adalah ke Brunei dan aktiviti yang dirancang adalah menonton wayang dan berjimba piknik di Pantai Jerudong =)


Bergerak dari Limbang pukul 11.30pagi..singgah masjid solat Zuhur. Dalam pukul masuk ke Gadong Mall. Pilih-pilih cerita maka sepakat kami berempat pilih filem The Fifth Wave pukul 2.30petang. Setengah jam menunggu kami mengisi perut di food court sebelah nya tu. Memang best la Gadong Mall ni. Tempat makan dekat je. food court pulak tu means banyak pilihan makanans. Tak yah nak terkejar g masuk wayang bila waktunya.  Weols rilex pi tandas sume dalam masa setengah jam tu.  Cuma yang tak best part harga la. 6BND maksudnya 6xRM3 = 18ngett.



 The fifth Wave. Best la cite nya..berbaloi datang. Keluar dari wayang dah pukul 4.30petang..cuci mata sekilas lalu nampak octopus yaki terus tergodaa...nyummms bawak bekal nak pi pantai Jerudong pulak..




Ini la Octopus Yaki tu..heh..jangan hangpa pi cari kaki lak..hehe ia adalah sejenis kuih bukan begedil tapi yang pasti ada rasa makanan jepun..eh tak reti pulak nk describe rasanya tu cmne dan ianya berharga BND2.30 sepeket ada 4 ketol tu yer. Beli dua set.



Muka kami berempat ketol.


cubaan satu dua dan tiga untuk melompat


owh..so-lady


singgah masjid untuk solat.
tengok nama masjid tu ada nama saya cuma beza ejaan, ameerah.


                                      Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam



sudut ruangan selfie.
dah malam, tudung senget benget dimaafkan yer.

weols ke Jerudong Park. Okey. 
Hancur berkecai hati ini bila tengok harga tiket.
hehe..takdela..sebenarnya kami tak ready dengan harga tu..jadi dah berbelanja tadi tengok wayang..makan itu ini..yang tinggal pun ada la dalam BND7..mana cukup..
makanya lain kali saja..tukar manyak-manyak duit nanti yerr

                                    Adult                                              BND15
                                    Adult Non Resident                          BND20
                                    Child                                               BND8
                                    Child Non Resident                           BND10
                                    Family Package 2 adult & 2 children BND40
                                    Family Package Non Resident           BND50
                                    Below 2 Years Old                            Free Admission



pintu masuk

ada waterfall yang kalerful


map Jerudong Park.

sempat la intai tepi pagar sambil meleleh ayaq mata besar tempat ni banyak game.
Mesti pergi dan masuk dah lepas niii..

POTRET juarai AJL 30

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Tahniah diucapkan kepada Akim and The Majistret kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-30.  Lirik lagu Potret - Akim and The Majistret.


Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi



Sejarah Anugerah Juara Lagu

Pada asalnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.
Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu.
Perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu".
Pada tahun 2009, pertandingan mengikut kategori dimansuhkan kerana kekurangan penyertaan yang amat kritikal daripada lagu-lagu berunsurkan irama tradisional dan etnik kreatif.
Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua, Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC dan Stadium Putra Bukit Jalil.
Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa terutama dari rantau Melayu seperti SingapuraIndonesiaFilipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis. sumber https://ms.wikipedia.org/wiki/Anugerah_Juara_Lagu

REVIEW FILEM DILWALE

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Filem Dilwale yang sangat menyeronokkan ni buat saya nak cite untuk menunjukkan keterujaan filem ini. Teruja la sangat kann..dok baca kat facebook tu ghamai dok kata xleh nk move on kann..eh..engsott sket je laa :p

Actually, dua minggu lepas masa encik suami ada kat sini. Saya request nk sangat tengok cite Dilwale dan pada waktu tu memang encik suami takkan tolak apa sahaja permintaan isteri nya ni, i know i know..waktu tu encik suami nak gembirakan hati isteri yang bersedih ni. Jadi, kami ke Miri sebab Limbang takde pawagam.

Okey..kenapa saya nak tengok sangat filem Dilwale ni adalah kerana hero dan heroin kegemaran saya yang berlakon. omg omgeeyy..its Shah Rukh Khan dan Kajol!

Kami ke Parkson Megamall Miri. Tiket wayang pukul 10.45pm. Sebelum masuk encik suami cakap nak tidor, yela die penat drive 4jam Limbang-Miri.Tapiiii..penangan cerita hebat ni..terbuka aje mata encik suami sampai habiss.

Filem ni mengisahkan kisah cinta lama Kaali dan Meera yang diungkit kembali setelah adik masing-masing saling bercinta. Veer adalah adik kepada Kaali (Shah Rukh Khan) dan Ishu pula adik kepada Meera (Kajol).  Kaali dan Meera adalah watak yang matang manakala Veer dan Ishu banyak menimbulkan scene yang nakal dan lucu bertepatan dengan zaman remaja mereka. Waktu flashback kisah cinta Kaali dan Meera ada adegan aksi kumpulan mafia. Walaupun maing-masing anak ketua gengster, tapi part Meera berjalan ke kereta Kaali yang terbalik tu nampak ganas betol, terserlah sangat kecantikkan kajol. Haha..adehh, zaman loni gengster pun gojesss tauuu :p



Manakala di zaman Veer dan Ishu pun ada samseng dan gengster tapi boleh diselitkan dengan babak-babak lucu. Dan mereka sangat percaya dengan cerita rekaan pasal Ramlal dan Pogo, dan pasal tu dibawa sampai ke ending dan penonton tetap tergelak. Garapan jalan cerita yang sangat halus. Tanpa sedar kita akan serius dengan babak aksi..tapi dalam masa sekejap kita akan tergelak dengan beberapa watak yang lucu dan sedih dengan beberapa part romantik dan turut terbuai dengan lagu-lagu berlatarkan tempat menarik dan romantis!


Selain cerita, lagu-lagu yang ada dalam filem tu semuanyaa besttt! "Gerua" dok tengok banyak kali sebab latarbelakang yang masha Allah..kat mana tu?? nak pergi jugakkkk. kann.. pastu lagu Janam Janam...adehh...lentok teruihhhh...lagu-lagu lain pun semua best..lagu first yang Veer dan Ishu tu pun best. eh! semua best laaaa


Masa tengok ni, encik suami dok gelak dan matanya terbuka sampai endinggg..yeahh, maksudnya filem ni best dan kena dengan jiwanya.  Encik suami tu bukan boleh layan cite-cite romantik ni jadi die ingat cite SRK dan Kajol ni pasal jiwang semata la. Sangkaannya meleset. Sebab cite ni bertemakan kekeluargaan, persahabatan, cinta, ada aksi dan komedi. Jadi, untuk filem ni..saya bagi 4/5 bintangg!



Lirik lagu Janam Janam 
Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida


Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aha ha ha...

Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida..


Teri baahon mein hai mere dono jahaan
Tu rahe jidhar meri jannat wahin
Jal rahi agan hai jo ye do tarfa
Na bujhe kabhi meri mannat yahi
Tu meri aarzu, main teri aashiqui
Tu meri shayari, main teri mausiqi


Talab talab talab bas teri hai mujhe
Nashon mein tu nasha banke ghulna yunhi
Meri mohabbat ka karna tu haq ye adaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida


Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho, tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aa... alvida..
O... na na..




Lirik Lagu Gerua
shehzad dhoop se nikhal ke
chaaon se phisal ke
hum mile jahan par
lamha tham gaya
aasmaan pighal ke
sheeshe mein dhalke
jam gaya to tera chehra ban gaya
duniya bhulake tumse mila hun
nikli hai dilse ye duaa
rang de tu mohe gerua
ranjhe ki dil se hai duaa
rang de tu mohe gerua
haan nikli hai dil se ye dua
ho rang de to mohe gerua
ho tumse se shuru tum pe fanaa
hai sufiyaana yeh dastan
main karwaan manzil ho tum
jaata jaha ko har raasta
tumse juda jo dil zara sambhalke
dard ka wo sara kohra chhan gaya
duniya bhulake tumse mila hoon
nikli hai dil se yeh duaa
rang de tu mohe gerua
ho ranjhe ki dil se hai duaa
rang de tu mohe gerua
ho veeran tha dil ka jahaan
jis dinse tu daakil hua
ek jism se ik jaan ka
tarja mujhe haasil hua
haan phikke hai saare
naate jahan ke
tere sath rishta gehra ban gaya
duniya bhula ke tumse mila hoon
nikli hai dil se yeh duaa
rang de tu mohe gerua
ho ranjhe ki dil se hai duaa
rang de tu mohe gerua
haan nikli hai dil se yeh duaa
ho rang de tu mohe gerua


Kek Cheese Mudah Sedap Ringkas!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Kalau encik suami ada dekat...saya nak masak macam-macam. Seronok dan puas bila makanan yang kita masak tu disukai oleh orang yang kita sayang. Oleh itu, cepat-cepat la KPM bagi saya dok dekat dengan encik suami supaya kat Malaysia ni ada musim cinta jee :P 

ok, actually masa encik suami datang..kemain la saya sibuk kejar masa nak masakkan cheese cake. sebabnya, encik suami pernah ter cakap nak makan kek cheese. Jadi, bila saya dah sihat ni..haaa semangat berkobar-kobar nak masakkan encik suami. Dan hasilnya memadai la..encik suami sukaaaa..nahh LOVE 

Baiklah..resepi ni saya dapat dari my sifu yang orang sini iaitu Limbang.

Bahan cake :
Tepung spounge cake (saya guna brand G-Horse)
5 biji telor
100ml minyak masak 
100ml air sejuk dari peti

Bahan topping :
cream cheese
susu pekat
cheddar

Cara-cara :
1. mix kan telor sampai kembang..betol betol kembang putih yer. Mix kan selama 5-8minit
2. masukkan air sejuk dan minyak masak.
3. Kemudian, masukkan tepung spounge cake. Mix sehingga menjadi adunan meringue..kalau saya tengok adunan pekat likat gebu gebas ringan itu la meringue ye dak
4. Masukkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Macam saya haritu, loyang kecik (biasala rumah bujang..asal ada je) jadi lah sampai tiga adunan saya buat. Kalau yang sesuai guna loyang segiempat tinggi tu.. kalau guna loyang segiempat tinggi tu kek tebal kan. Jadi kena bahagi dua, guna benang. Macam saya sebab loyang kecik..kek saya buat pun nipis tak perlu bahagi dua dah. 
5. Bakar dengan suhu 130 ke bawah selama 40minit. boleh test guna lidi @ garfu nak tengok kek masak sampai ke dalam or tak. 
6. Bila kek dah masak..kalau tebal boleh bahagi dua guna benang..pastu letak topping kat tengah tu.

Cara buat topping :
Masukkan separuh cream cheese & 1\2 susu pekat manis 
Kalau nak meleleh boleh tambah lagi sukatan cream cheese & susu pekat.
Saya kalau buat topping ni main letak je..asal sedap. nak meleleh letak banyak. nak manis letak susu banyak..hentam la labu..

Jadi, sapu topping pada tengah-tengah kek. cantum balik. letak topping kat atas pulak. sapu rata..barulah parut cheddar. Guna kan pemarut yang halus ye, barulah cheese tak rasa muak nanti ;)





Yummmehhh! 
Saya rasa resepi ni sangat-sangat mudah dan ringkas yang dah lama saya cari.
Boleh hafal di mulut je resepi nya *_*


^selamat mencuba^

Hati-Hati Amira Othman

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Siapa sekarang tengah Sha & Shah?? Angkat tangan...boleh la geng. 
Boleh tengok bakal isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin berlakon kan.  Iols terkejut rupanya Syatilla bakal isteri Sam..pandai gak dorang sorokkan kann   

Sinopsis Sha & Shah :-
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Tapi kan..sebenarnya penarik cerita ni adalah lagunya yang best ni. Apalagi terus search lagu ni. dan ulang-ulang dengar.  Dan masa part romantik tu kuar lagu ni lagi berdouble feeling tu. eh!


Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejola
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati


Boleh download lagu HATI HATI mp3 di SINI 



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Minggu lepas ada singgah ke Brunei sebab encik suami kawannya yang berada di Brunei. Jadi, weols pun pergi ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang menjadi kemegahan rakyat Brunei.  Tapi Amy kalau pergi sana memang akan terpegun dengan rekabentuk bangunan di sana. Jadi kusyuk pula tengok, salah satu tempat yang selalu pergi juga masjid di Lapangan Terbang Brunei.

Sambil jumpa kawan encik suami sambil bawa adik amy berjalan ke masjid ni. 


Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.
Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. [1]Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Omar_Ali_Saifuddin.


Mengimbau kenangan dua tahun lepas, masa mula-mula encik suami datang ke Limbang Amy bawa dia ke Brunei. Sebab jalan ke tempat lain dulu maka sampai di masjid ni ngam dah malam. Jadi, terus solat di situ. Lepas solat baru pusing-pusing ambik gambar untuk mengabadi kenangan ;)






pic ni encik suami snap sendiri..guna nikon dslr .hehe cantik kan ;)


Subhanallah.atas keindahan ini.



Di dalam kawasan masjid ni.
Rekabentuk Dinasti China lama <-- :p="" ayat="" betol="" font="" ke="" ni.="" paham="" tak="" tapi="" xtau="">





Waktu siang..masa ni datang dengan kawan-kawan masa mula-mula posting.

Ni seberang jalan masjid. Ada mall..boleh jalan-jalan cuci mata nk shoppong ke window shopping..bila waktu solat..boleh pergi masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang paling dekat tu,,

Last but not last, gambar kenangan abadi. Kami dipostingkan dan sampai dalam masa yang sama. Sekarang sedang isi permohonan pindah..Semoga ada rezeki kami kali ni ye, Amiin. Doakan!