Selamat Hari Lahir Abang!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

10 FEBRUARI 2016. Hari ini hari ulangtahun kelahiran encik suami yang ke -29. Alhamdulillah, abang masih dengan sayang. Sihat, setia dan sentiasa menyayangi dan mencintai. 



Semoga sentiasa sihat dan terus bersemangat dalam kerja.

Semoga cinta dan kasih abang sentiasa mekar untuk sayang.
Rindu yang mendalam semakin utuh.
Cinta dan kasih yang menggunung jua la balasan dari sayang.
Rindu di denyutan nadi ini.


Semoga kita akan terus dekat dan dipermudahkan urusan untuk kita tinggal sebumbung dan bersama-sama menjadi suami isteri sepenuh masa.
Untuk kebahagiaan abang, semoga sayang dapat menjaga makan pakai abang, dan ada di waktu abang lelah dan sakit.

Semoga abang akan terus kuat untuk berada di samping sayang,
menjadi penguat sayang
menjadi penenang sayang
terus sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan yang mendatang.


Alhamdulillah, sempat buat kek birthday untuk encik suami masa dia datang minggu lepas. 
Walaupun in advance, takde lilin dan tak berhias pun kek ni.
Sebab encik suami suka makan, saya buat kek cheese ni kali kedua, jadi tak sempat nk improve skill lain lagi.  Dah la suke hati buat snowy yang over macam ribut tebal tu.
  Semanis cinta untuk mu cayang!!


dan semoga abang dan sayang diberi peluang untuk mendukung zuriat sendiri.
Sayang tahu abang sukakan budak-budak. 
In sha Allah masanya akan tiba.
Aminnn.


p/s : dah tak sanggup rasanya berjauhan camni. 
Agak tertekan dengan keadaan berjauhan ni.
Rindu ..risau..sentiasa ada di hati kami.
sangat berharap supaya permohonan tukar kali ini diluluskan :(

2 comments:

cik hani said...

wah...tarikhnya sama dengan anniversary kami..
happy besday utk cik abe emiey ye

emieysandra said...

@cikhani :- owh tarikh kawen 10feb..hehe, happy anniversary to hani & suami!