Rehat dulu 6 bulan.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Emy ni dah kawin tiga tahun lebih. Jadi, perasaan nak jadi ibu sangat membuak-buak. Even orang yang kahwin sebulan pun dah terus pikir nak pregnant kan. Ini pulak Amy yang dah dua kali keguguran..sedih sangat!  Astaghfirullahalazim..tarik nafas dan cepat-cepat fikir positif biarpun agak sukar waktu sekarang :(



Doktor ada cakap supaya rehat dulu selama 6bulan. Emm..sengih je la depan doktor sambil berdoa supaya rezeki mengandung datang cepat dan masa sesuai di mana rahim dah betol-betol pulih balik.


Harini genap 49hari selepas keguguran, pun masih berstoking. Stoking kaler lain-lain ni memang sepasang ye, beli kt daiso, parkson Miri sebelum masuk panggung tengok cite Dilwale. Panggung kan sejuk aircond, time tu belom cukup sebulan lepas keguguran lagii. Makanya, baik pakai stoking tebal. baru selesa ya dongg!


and OMG! berat badan pun laju je naik mendadak. Masa pregnant dan alahan tu berat 46kg sekarang dah cecah 50kg. emm..emmm..memang kena on mode diet la.  Kalau tak, dibiasakan dengan angka 5 tu makin syok la meningkat tanpa segan silu naik ke angka 6 pulak kanggg. Huhu, emy ni bukan apa..orangnya rendah kiut-kiut..kalau dah cecah 50kg - 58kg nanti mau "comel sesangat" tambahan pula, emy kena maintain berat untuk trying to conceive back. 


Nak pergi joging, tak kuat semangat patriotik lagi..asyik malashhh aje.  Cuma sekarang ni, cuba buat satu perkara je iaitu elakkan makan makanan berat pada waktu malam.  Sebab emy perasan sekarang ni selalu sangat lapar, jadi waktu malam pun makan nasi, without limit time..pukul11 pun boleh senduk makan nasi lagi..semata-mata nk wt geng makan dengan encik suami masa die datang haritu,terus menjadi kebiasaan walau die dah balik KL sekarang. sobssss!

2 comments:

cik hani said...

Semoga dipermudahkan dan digantika dengan nikmat yang lagi besar insyaAllah

emieysandra said...

@cikhani :- tq hani doakan emy, in sha Allah..yg baik2 jgk utk hani ;)