Lama-lama jadi bukit!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Happy Chinese New Year dan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti. owh..emy pun cuti jugak tapi tak balik kampung, hanya stay di kuarters buat apa yang patut. Bercuti? hanya sempat bercuti sekejap di Kota Kinabalu. Encik suami ada datang seminggu sebelum cuti, flight nya balik ke KL d KK. Ambik depart di KK sebab tiket murah time tu.hoho.,tiket memang mahal gile masa CNY ni. menangiss nak beli tiket balik kalau dah cecah sampai 1k. Nasib baik encik suami datang awal seminggu..tiket murah sikit time tu. Dugaan suami isteri berjauhan hashtag syukur alhamdulillah dan hashtag mohon kpm luluskan permohon pindah saya ye. 

Harini  hanya bermalasan tengok tv selepas mengemas rumah. Seronok sebenarnya kemas umah ni..mana tak nya, banyak jumpa harta karun. Eh! agak hiperbola ya di situ. jumpa apa..syiling ni banyak haa.  Emy jenis tak suka guna syiling, bukan apa..malas nak korek dalam purse tu. bagi je duit kertas pastu dapat syiling boleh simpan. Kelebihannya tu la, syiling malas guna..jadi masuk tabung..ka chinggg!

10sen 20sen 50sen ni semua sangat berharga. Kalau tak cukup 10sen,tak boleh pegi haji...ayat masa kecik dulu :P Jadi, kalau terjumpa syiling masa kemas almari, bawah kerusi, celah-celah bakul tu kena ambik. Masuk tabung..boleh tambahkan nilai simpanan..ye dakkk??


Emy ni..kalau yang style simpan lima hengget lima hengget sekeping...takpun 1hb singgit..2hb dua hengget..3hb pulak 3hengget..alahhhh..susah laaa..malas laaa..lupa laaaa..see banyak alasan kan. Jadi, buat je yang mana termampu. Itu yang mampu, itu yang dapat khennn. Ada niat tu..ingat nak simpan duit hijau 5 hengget tuu, tapi asal nampak je..mesti kuar masuk tabung kedai, eh..alasan lagikkkkk =_=

emy guna botol ni, bekas botol minyak wangi SHE jadi tabung sejak pertengahan tahun lepas. 

Sikit lagi nak penuh..dalam kereta pun ada simpan syiling, tambah masuk dalam ni, penuh la nanti. yeayyy! 


ka chingg ching chinggg!


bekas ni tinggi macam air mineral kecik tu. 
Emy memang suka minyak wangi ni. memang cool aje, 
Kalau pakai masa bersukan memang long lasting dan segar aje.
Dah habis minyak wangi tu, nanti boleh beli lagi sebab bekasnya ni pun boleh jadi tabung kann ;) 


Haa..menabung ni memang tabiat yang bagus, alhamdulillah..sejak dari kecik emy memang anak yang suka menabung, takcaya tanya ma kite..hehe. sebab tu budak2 prasekolah emy ni emy didik dorang menabung. Tabung simpan di sekolah, hari-hari berkemampuan masukkan duit..nanti hujung tahun boleh kira sama-sama! Cuma cikgunye ni terlambat..sepatutnya kira hujung tahun sama budak2..ni dah tahun baru bulan february dah pun. Tak pe..nanti emy restart balik lepas simpan duit ni ke bank. Agak-agak berapa ye hasil tabung emy ni??? Mungkin tak banyak, tapi seronok menabung ni. Malam ni nak kira lah ;)



Nak pakai shawl cantik. Muka berseri bebas jerawat dan jeragat. FOLLOW SINI

No comments: