Kundasang Memorial War

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Cuti sekolah iols punye school ni dapat cuti seminggu.  Maka, dah cuti ni memang dinikmati sepenuhnya.  Sehingga ke saat ini, tak bukak langsung apa-apa yang berkaitan dengan kerja pun. Iols dok makan..tengok tv..kemas rumah..basuh baju, masak.makan.masak.masak..aihh. Perkara-perkara yang wat lex wat peace je, nak buat..buat.tak nak buat sudah. Termasuk la mengupdate blog ni.  Timbul kesedaran untuk aktif blogging balik. Hehe..cuba k..kang abis cuti, blog entah ke mana lagi. tak tak hokeyyy..kite cuba


Masa cuti ni jugak la iols dok kemas-kemas hard disk paling banyak kena kemas gambar la. Dah pi sana sini..ambik gambar, pastu terus masuk hard disk. Peram dekat setahun jugak la,untung nasib time tengah rajin nk update blog ni boleh jadi bahan. Terjumpa banyak juga pixca yang macam kena - mesti - harus update di blog. so, Lets start with this travelog. Ke Sabah kitaa??

Okey, cuti Chinese New Year tahun lepas pun emy memang tak balik kampung sebab cuti hanya 4 hari. Jadi, kawan ajak ke Kundasang.  Walaupun dah pernah pergi pada masa ni, tetap say yes sebab cuti kan, jalan-jalan je la bila ada peluang.  Tambahan pulak, kawan iols yang dua orang tu nak sangat pergi dekat lembu switzerland tu di Desa Dairy Farm. 


Bertolak dari Limbang ke Kota Kinabalu ambik masa dalam 5 -6 jam (standard pompuan drive la). Sampai je pusing-pusing cari hotel. Sebab waktu cuti, jadi banyak hotel full okayh. Jadi pengajaran untuk iols sekarang, kalau nak pergi mana-mana mesti book hotel dulu di BOOKING.COM

Alhamdulillah, pusing punye pusing ke tengah bandar, jumpa hotel Deleeton ni. Rate harga masih okey, dan bilik puas hati untuk stay 3orang. Tu pun bilik last last dh. Rehat, malamnya makan seafood di Pasar Filipin. 



Pagi esoknya baru weols bertolak naik ke Kundasang. Dari Kota Kinabalu ke Kundasang makan masa 2 jam jugak.Sampai di Kundasang, berhenti bergambar. Kat situ memang ada satu port, berhenti jap pastu ambik gambar. Dari kejauhan nampak rumah-rumah di belakang. Kalau time berkabus pun cantik. Abaikan mata iols yang cenggitu, lupa spek atas kepala =_=


Malangnya buat weols bertiga ni.  Bila dah hampir sampai ke Desa Dairy Farm tempat lembu-lembu yang comei tu melepak keriangan, jalan sangat jam. hohoho. cuti sekolah okay, ramai la family angkut rombongan jalan-jalan ke situ, jam kat tempat bayar tiket. Jalan pulak tinggi, hati pompuan yang tak cekal semangat, terus buat pusingan u-turn sebab risau kete hangit lak nanti, masalah pulak dah la weols sume ni wanita di bumi asing.hikhik. Sedih, hajat tak kesampaian.  Jadi, dah sampai Kundasang ambik masa 2 jam, takkan nak terus turun.  Jadi, weols pun melencong ke Kundasang War Memorial. Sekitar tempat weols ambik gambar tadi je.


Taraaa...ijinkan ambe nak menari joget.




Dah berpayung, bukan pose semata..memang hujan!


basah..hujan rintik-rintik pulak.
Membataskan diri untuk ambik gambar, sayangkan tepon oi


posing candid jap! see..kasut iols basahhh

Camni la kalau di tingkat bawah.

Naik tangga, tingkat atas camni la. Tak dapek ambik gambar, curi kat google la jap.


Meh kita susuri sejarah Kundasang Memorial War ni
Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.

Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun

Sumber : SINI


3 comments:

cik hani said...

Teringin nak ke sana..
pernah sekali ke sana

emieysandra said...

@cikhani :- kalau nak dtg kundasang, bagitau..kot leh jumpe lepak sama ;)

norhidana miswan said...

cantik..... ngn persekitarannya tak nampak mcm dh lama dh memorial tuh