Aku Terjebak! Jaga baik-baik

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Siapa yang tak kenal dengan tagline "jaga baik-baik..manja qasehhh". Iklan cerita Akulah Balqis, keluar la Maria Farida. Haaa..iols dulu meng-kecam abis tagline ni. Ape daaa kan. Sekali terjebak daaaa. Tu orang cakap jangan nak kecam sangat nanti fall in love =_=


Okey, ceritanya camni.  Emy dah lama tak ambik colagen. Sebelum ni pernah try Ferwhite colagen 1jar, hasilnya okey dan puas hati, Radiance Signature pun pernah try dan tak lama lepas tu try pulak colagen Aura white yang ada 15x stemcell yang tengah femes masa tu. Minum tak sampai separuh jar, tinggal kat kampung sebab malas nak bawa naik flight..akhirnya bagi kat adik, jadi takleh nak cakap pasal hasilnya tapi rasanya sedap!  Lebih kurang setahun dah jugak tak ambik produk collagen lepas tu.


Lepas tragedi haritu emy macam rasa badan ni cepat penat asyik nak tidor, pastu selera makan naik rasa macam banyak sangat toksin. Kan produk colagen ada untuk detox. Pastu jerawat pun hilang kejap timbul..hilang sini timbul sana.  Jadi, terfikir la nak topup balik colagen dalam badan.


Sekarang ni, collagen muncul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. amekaww, bagi pepatah lagi. Jadi, tak tau nak decide nak ambik yang mana.  Maka, iol pergi je kedai dan survey kat situ.  Kalau rasa-rasa salegirl nak berpoyoan sangat, memang terus keluar kedai baik pergi kedai lain.  Yela, i need more info sebelum membeli, hak sebagai pembeli. Survey punye survey, yang banyak dan tengah femes sekarang Aurawhite Gold terus terkenang Ayda Jebat yang cantik gebu gebas.  Dah masuk dalam list nak beli, pastu tertengok pula pada Manja Qaseh. Baca-baca sikit info pasal Manja Qaseh ni. 

Ada kandungan ekstrak mutiara, argan dan kolagen. 
  • Estrak mutiara :- mencerahkan kulit, menentang penuaan, melicin & menghaluskan kulit, menguatkan rambut.
  • Argan :- meneutralkan radikal bebas, merangsang oksigen dalam badan, meningkatkan keupayaan otak.
  • Kolagen :- menganjalkan kulit, menguatkan kuku & rambut.

Lebih meyakinkan dengan tindakan dan kandungan dalam Manja Qaseh :-

 1. (agen pelangsingan) ~L-carnitine,garnicia cambogia 

2. (Agen kecantikan ) ~Serbuk mutiara,argan,kolagen   

3. (Agen jagaan kewanitaan) ~peuraria mifirica,manjakani,serapat   

4. (Agen pembersihan / detox) ~green tea







Kelebihan Manja Qaseh

1. Manja Qaseh dapat mengembalikan keseriaan di wajah dengan cepat ~ Emy pakai BeautyCrum, say NO to kulit kusam.

2. Payudara akan menjadi montok serta menganjalkan terutama yang menyusukan anak ~ No komen.

3. Menyerlahkan keanggunan dari dalam ~ Rasa macam dah anggun, leh la menambah keanggunan lagi :p

4. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan ~ haa..ni yang nak, moga mudah usaha nak turunkan berat badan, mintak-mintak dapat turun 2kg pun jadi la.

5. Manja Qaseh mampu mencerahkan kulit serta memelihara kehalusan kulit ~ Nak nak!

6.Menentang proses penuaan dengan pantas ~ Hari-hari dok marah budak di sekolah, wajib makan la ni, jangan la cepat tua.

7. Membentuk tubuh badan yang ideal ~ Harap dapat kawal selera makan yang membuak ni.

8. Menstabilkan kitaran haid serta Manja Qaseh dapat merawat masalah senggugut dan keputihan ~ Alhamdulillah period normal, takde keputihan cuma ada senggugut. Harap masa mooncome leh wat lex tanpa muka ketat semacam menahan sakit masa keje. 

9. Mengetatkan otot faraj selepas bersalin ~ No komen.

10. Manja Qaseh dapat menggalakkan kesuburan kaum wanita serta membantu mengurangkan masalah serangan kanser ~ Ni yang paling nak, sebab nak hamil semula pastu boleh kurangkan risau sebab de masalah ni kan.


Yang paling menarik emy untuk mencuba Manja Qaseh adalah sebab harganya yang agak murah, ianya perasa coklat dan mesti dibancuh dalam air panas.  Okey, emy ni selalu breakfast minum air panas jadi sangat sesuai la untuk ambik Manja Qaseh ni. Plus, susu anmum perisa coklat dah nak abis boleh ganti ngan Manja Qaseh la.  Dan, Manja Qaseh pun boleh jadi satu usaha untuk try pregnant lagi.


Okey, nak try dulu..kalau berkesan pada emy boleh la continue makan lagi.  Beli produk mahal-mahal pun, kalau tak ngam pada badan sia-sia jugak kan. Jangan lupa tagline kita 
"jaga baik-baik"


Terima kasih kerana sudi baca!

3 comments:

norhidana miswan said...

dh terjebak abis lh yek... ari2 mau...

akak tak penah amik cologen, tak penah try minum air cologen...
sbb masa peknen kene kencing manis pastu tkt nk minum air gini hehehe...

♥ Ain Cho'in ♥ said...

So cmner lepas amik Manja Qaseh? Okay x? Okay x? :)

emieysandra said...

@norhidana miswan :-haha..tula pasal. ari2 mau nanti kang :p

@Ain Cho in:- hehe..baru dua hari minum ni, tunggu tgk seminggu lagi la.