POTRET juarai AJL 30

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Tahniah diucapkan kepada Akim and The Majistret kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-30.  Lirik lagu Potret - Akim and The Majistret.


Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi



Sejarah Anugerah Juara Lagu

Pada asalnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.
Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu.
Perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu".
Pada tahun 2009, pertandingan mengikut kategori dimansuhkan kerana kekurangan penyertaan yang amat kritikal daripada lagu-lagu berunsurkan irama tradisional dan etnik kreatif.
Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua, Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC dan Stadium Putra Bukit Jalil.
Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa terutama dari rantau Melayu seperti SingapuraIndonesiaFilipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis. sumber https://ms.wikipedia.org/wiki/Anugerah_Juara_Lagu

No comments: