Hari Pertama Persekolahan 2016.

As salam w.b.t

Walaupun masih bercuti dan berada di kampung pada hari ini, Semangat hari pertama persekolahan tu tetap terasa.  Seronoknya dapat rasa hari pertama sekolah.  Tapi bila fikirkan kesihatan diri,biarla dulu. Biar badan betol2 sihat untuk bekerja sebab bila dah balik sarawak,semua hal dan perkara saya kena buat sendiri.

Bak kata doktor yang saya jumpa untuk sambung cuti, "xpe..pergi sana dlu kalau rasa tak sihat baru mintak cuti kat sana" Ya. Kata memang semudah itu. Yang mendengar ni. Nak pergi hospital pun kena drive sejam. Sendiri. Ikut pengalaman sebelum ni pun,baik sembuh sendiri je kalau tak sihat tanpa sick leave dan terus bekerja. Tambahan pula, yang sakit yang nak dibaikpulih ni organ utama penting untuk wanita -rahim.  Haha emo jap jumpa doktor semalam.  Jangan sentuh hati yang sedang berdukalara ni.

Yeahhhh..walaupun tak pergi sekolah, pembantu pengurusan murid ada send gambar. Alooooo...cikgu is exciting!  Tak sabar rasa nk gi sekolah.  Buat masa ni pembantu pengurusan murid yang uruskan sorang2.. Jadi budak2 main tak pun tengok upin ipin kat laptop sebab ppm pn nak kena masak untuk de'ols semua.  Masalah?  Ada ha..sorang murid taknak masuk jadi atuknya hantar balik.  Yang lain semua ok. Harap semua baik2.  Sabar k u'ols bakal kesayangan.. Hari khamis cikgu masuk mengajar..get ready olss 😍


No comments: