SUKAN PIBG - PRASEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Semalam berlangsungnya sukan PIBG sekolah, jadi anak-anak prasekolah Amy tak melepaskan peluang untuk turut brsukan jugak. Jadi, Amy sediakan tujuh acara sukaneka prasekolah.

Sebelum sukan, dorang ikut perbarisan jugak, termasuk dengan cikgu kena ikut jugakkk :P




Yeahhh..itu kami. untuk cantikkan dorang yang sedia comel Amy bagi dorang pakai kacamata untuk murid yang boy dan girl pakai gelang je..pastu sorang murid girl pakai headband munge munge sebab dia lupa bawak topi..huuhhh..last minit idea.
Santekk sangat dorg kann.. 


 lepas perbarisan...terjelepuk!

 dengan parents yang sporting !


 kami bukak gerai jualan jugak, bagi menyimpan dana untuk membeli 
barang-barang baru dalam kelas ;)


 acara sukaneka Prasekolah bermula.
seronok dorang.
Ada tujuk acara iaitu  :-

INDIVIDU
Rebut Kerusi
Tiup Belon
Bawa bola pingpong guna sudu

KUMPULAN
Isi air dalam botol
Baling pundi kacang
Lompat dalam gelung
Tarik bola guna gelung

 Lari laju-laju!

 ini cikgu Prasekolah..cikgu Amy namanya :p

 Acara yang dinantikan..acara untuk ibubapa iaitu 
1. Pakaikan shawl untuk mama
2. Pakaikan kain kpd mama/babah






Lepas anak-anak pakaikan kain...bapa/mama kena berjalan keliling kon..
Kain yang kemas (tak jatuh, tak terbukak) baru dikira pemenang!


Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sukaneka berjalan lancar dengan bantuan ibubapa
Thanks a lot! 


Gulai Tempoyak Ikan Patin

As salam w.b.t

Alhamdulillah encik suami dah smpai ke kampung pagi tadi. Dia dari Sarawak yg datang menemani Amy selama dua minggu. Balik je die singgah umah mentua dia dulu. Seronok pula rasanya bila encik suami dok puji2 gulai Tempoyak Ikan Patin yang ma buat.  Dia layak untuk dibahagiakan setelah membuat seorang wanita iaitu isterinya bahagia kan.

Walaupun jauh di sudut hati ni..rasa sedih je..xdapat dok berkumpul makan sama2..ma pun ibarat kebahagiaan bergandaa bila menantu balik..xdapat jumpa anak,jumpa orang kesayangan anak pun dah terubat rindu. Anaknya ni pun sama.. Eh. Rasa terubat rindu bila encik suami call bagitau yg semua orang seronok dia balik.. Die balik mengejut xbagitau pun..dr sarawak - KL drive balik ke kelantan. Balik jumpa semua orang2 kesayangan saya termasuk atuk nenek ma abah sepupu kecik. Bawa balik ikan terubok.  Seronok semuanya bila dapat ikan terubok masin.

Masih berangan dapat hidup seperti pasangan suami isteri lain. Balik sama-sama..luang masa bersama keluarga bersama-sama. In Sha Allah.. Suatu hari nanti #prayforegtukar #prayforrizmyralove

Terima kasih banyak-banyak encik suami sebab sudi datang gembirakan saya..balik sana gembirakan keluarga saya pula..Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan Rezeki yang cukup! 💝

Konvokesyen Anak-anak Prasekolah 2015.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Minggu lepas jugak, Konvokesyen Prasekolah peringkat daerah diadakan dengan jayanya. Gembira tengok anak-anak prasekolah yang berumur 6 tahun naik pentas terima scroll..terkenang jugak masa cikgu konvo dulu.  In sha Allah..semoga anak-anak muridku ini berjaya ke menara gading dan terima pengiktirafan pengajian peringkat tertinggi. Aminn...





Mereka membuatku hari-hariku mencabar
Mengejar kejayaan untuk mereka
Mereka membuatku mengukir senyum tanpa sedar
Melihat telatah nakal dan comel mereka

Teruskan melangkah
Yakinlah pasti ada yang membimbing
Bila kau berjaya kelak
Jagalah langkah jangan sumbang

dedicate to  Nabil, Danial, Ain dan Iqbal.
by cikgu Amirah ;)

Majlis Pecah Tabung

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..

Alhamdulillah..semalam berlangsung majlis pecah tabung untuk anak-anak pra.
Amalan menabung ni amy mula masa tahun pertama datang ke sekolah ni, sampai la ke tahun ketiga, masih meneruskan amalan ini.  Jadi, bila dah menabung..mesti la tengok siapa yang rajin menabung kan.  Itu hanya sebagai galakan dan dorongan kepada mereka, apabila tengok kawan-kawan lain menyimpan banyak duit, maka mereka pun ingin macam tu jugak. Yup! itulah hasil positif yang dapat diterapkan dalam diri anak-anak pra ni.


Jadi, majlis ni bertujuan untuk mengira secara serentak kesemua 10 tabung (10murid) dan mencari siapa yang paling banyak menabung dan itulah yang paling rajin.  Semoga amalan ni akan mereka teruskan sampai ke alam dewasa. Betol tak? In Sha Allah


lepas dah kira duit, minum minum dulu


ada ibu yang masih mengira

 anak-anak tolong susun duit, nak suruh mengira masih tak cam lagi semua ni



haa..ini paling banyak


Hasilnya, murid yang menabung paling banyak jatuh kepada Hawa Zahiah dengan 
hasil tabungan sebanyak RM336..#BIGCLAP

Kotak Penjimat Elektrik

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Bil elektrik mahal???
Kena berjimat untuk elakkan dicas mahal???
sekarang...tak perlu risau lagi.
Guna je Kotak Penjimat Elektrik ni
In sha Allah..dapat mengurangkan sedikit beban belanjawan rumah anda :)


boleh msg/whatsapp nombor ni 0138056562
RM130 tidak termasuk pos.
msg/whatsapp nombor di atas dan bagitau baca dari blog emieysandra..diskaun RM20! =)







Puding Karamel manis bak cinta hati

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Kalau rasa sedih, hari tak bersemangat. Sangat recommended makan ni! haha..manis!
okey..satu hari terkeluar dari mulutnya suruh amy buat Puding Karamel a.k.a Puding Gula Hangus.  Mula-mula terkejut juga sebab encik suami ni jarang nak makan kuih muih ni..tapi takpe kita layan je la kan permintaan suami, dah la jarang jumpa..huhu

Psttt..nak tau tak selama amy hidup ni amy tak pernah buat puding gula hangus ni yang boleh dikira resepi paling simple dan famos ni..kesian kan.


Tapi pengalaman pertama itu sangat indah...kalau menjadi la :P

Alhamdulillah, memang menjadi mungkin sebab niat dalam hati nak serve sehabis baik untuk encik suami. Habis jugak dua potong, beriya mintak tapi 2/10 je die makan..saja die nak makan kan..kita tunaikan aje..betol tak?hihi..




Nak share juga resepi, mana tau kot2 lupa lepas ni.

Resepi Puding Karamel @ Gula Hangus.

Bahan-bahan :
gula halus
3biji telor
2biji kuning telor
1 tin susu cair
Esen vanilla

Cara membuat :
1. Letak 5 sb gula halus dalam loyang yang nak digunakan atas dapur. guna api kecil dan kacau perlahan sampai ia menjadi keperangan. Angkat.
2. Mix kan telor dan 5 sb gula halus. Guna blender pun boleh. Amy guna blender, adunan jadi cantik ;)
3. Susu cair dan esen vanilla dipanaskan sekejap atas dapur, sekejap je..bagi suam-suam je. Lepastu tuang susu masuk dalam  telor tadi..pastu kacau rata.
4. Masukkan dalam loyang..kukus selama 30minit atau sehingga masak.
5. yeayyy..siap!