Puding Karamel manis bak cinta hati

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Kalau rasa sedih, hari tak bersemangat. Sangat recommended makan ni! haha..manis!
okey..satu hari terkeluar dari mulutnya suruh amy buat Puding Karamel a.k.a Puding Gula Hangus.  Mula-mula terkejut juga sebab encik suami ni jarang nak makan kuih muih ni..tapi takpe kita layan je la kan permintaan suami, dah la jarang jumpa..huhu

Psttt..nak tau tak selama amy hidup ni amy tak pernah buat puding gula hangus ni yang boleh dikira resepi paling simple dan famos ni..kesian kan.


Tapi pengalaman pertama itu sangat indah...kalau menjadi la :P

Alhamdulillah, memang menjadi mungkin sebab niat dalam hati nak serve sehabis baik untuk encik suami. Habis jugak dua potong, beriya mintak tapi 2/10 je die makan..saja die nak makan kan..kita tunaikan aje..betol tak?hihi..




Nak share juga resepi, mana tau kot2 lupa lepas ni.

Resepi Puding Karamel @ Gula Hangus.

Bahan-bahan :
gula halus
3biji telor
2biji kuning telor
1 tin susu cair
Esen vanilla

Cara membuat :
1. Letak 5 sb gula halus dalam loyang yang nak digunakan atas dapur. guna api kecil dan kacau perlahan sampai ia menjadi keperangan. Angkat.
2. Mix kan telor dan 5 sb gula halus. Guna blender pun boleh. Amy guna blender, adunan jadi cantik ;)
3. Susu cair dan esen vanilla dipanaskan sekejap atas dapur, sekejap je..bagi suam-suam je. Lepastu tuang susu masuk dalam  telor tadi..pastu kacau rata.
4. Masukkan dalam loyang..kukus selama 30minit atau sehingga masak.
5. yeayyy..siap!


2 comments:

cik hani said...

Saya suka caramel yang tak guna telur

emieysandra said...

@cikhani ;- ada eh xguna telor. haha.sy baru je belajar ni..nti leh try yg xguna telor ;)