membawa diri ke Kundasang

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Dah masuk tahun baru ni, baru nak post entri yang nak basi ni. eh, dah basi la..cite tahun lepas ni :P



13hb - 18hb Disember lepas emy ada ke Sabah. Alasannya nak pergi wedding kawan baik a.k.a ex osmet di Limbang.  Dia orang Kuching kahwin dengan orang Kota Belud jadi emy decide nak pergi belah laki. Minta izin suami nak pergi sorang, ala..naik flight dah macam naik bas sekarang. Dulu kt Melaka 8-10jam baru sampai kampung, flight 2-3jam aje..Alhamdulillah, kekanda tercinta izinkan.love u sayang!



Jadi, 13hb tu bertolak ke sana. Sampai sana stay dengan rakan guru yang mengajar satu sekolah. Yang best, dok ng mak ayah dia. Ayah dia orang Kelantan, Mak dia orang Kuching..kacukan la kirenye kawan Emy ni.hihi..family dia baik sangat-sangat. Emy stay rumah die kat Kota Kinabalu untuk satu malam pastu esoknya gerak ke Kota Belud terus stay dok rumah ex-osmet emy yang kawin tu, err..rumah mentua dia la.



14hb tu sampai kat wedding ex osmet iaitu kak Dahlia.  Tapi terkilan sikit sebab sampai lambat disebabkan semua first time sampai situ jadi masalah nak cari rumahnya. Papepun dapat jugak jumpe peluk cium pengantin yang bak princess tu.  Seronok tengok kak Dahlia kahwin. Wish you get more more happiness ;)



Emy stay sampai 18hb sebab flight KK- KB jarang ada,kebetulan kak Dahlia ajak pergi jalan-jalan dengan family dia..terus setuju la sebab Emy tak sampai ke Kundasang lagi. Walaupun dari Limbang ke Kota Kinabalu tu 5jam aje kalau drive.



Kami bertolak dari Kota Belud lebih kurang pukul8 pagi, jadi sampai di Kundasang pada jam 10lebih camtu.  Puan pengantin ex osmet tu yang dok sebelah kanan emy. Tak banyak ambik gambar kat sini. Lepas posing jap, kami terus naik untuk ke Desa Castle Farm.  Yang femes ada lembu dari New Zealand tu la. 



hUh! penat kami memanjat gunung nii.tengok tu mak pengantin sampai tersimpuh kepenatan..errr.  hehehe. Nak gambar cantik sampai sanggup manjat gunung..elehhh, pastu ramai orang dok tiru kami tau lepas kami turun..ekekeke.

Sebelum masuk Desa Castle Farm ni kena bayar RM4 sorang.

Secuma ini saja gunung berbatu tu.  Papan hijau tu tulih laguni 
'Climb with your own risk'


Pastu kami semua ke Milk Processing Plant.  Kat sini leh tengok susu diperah fresh dari lembu tu. Kat atas tu jugak dijual susu kotak, yogurt dan aiskrim.  Hari kami pergi, takde pulak orang memerah susu tu, jadi dengan senang perut Emy request nak makan aiskrim susu lembu FRESH. fresh yaa..yumssss



Dari tempat jual-jual tu boleh turun untuk tengok lembu dan ada kambing jugak. Boleh nak cuba bagi kambing minum susu botol.  Emy tengok je, tak tahan sikit bau kat situ.  Emy je la, orang lain ramai dok tunggu turn nak bagi susu botol kat kambing tu.  



kemain dok makan aiskrim dengan pengantin. Entah sejak bila Emy ni gemar makan aiskrim. Padahal cukup tak suka makan benda berais.  Aiskrim susu fresh tu sedap!

Dari Dairy Farm, suami ex osmet bawa kami ke satu tempat yang cantik.  Pemandangan sangat cantik kan. i is love that so much.  dari weges Emy dah pakai selipar jepun. hehe,sepatutnya bawak kasut flat untuk jalan-jalan =_=

Emy lupa la apa nama tempat ni, jalan ke seberang jalan ada tempat orang jual cenderamata.  Emy beli cenderamata sikit kat situ, macam baju t-shirt, tempat letak kunci ukiran..pastu lain-lain pi cari kat pasar Filipin pulak.

Nextt..kami tiba di Rumah Terbalik.
Mak pun nak angkat kereta jugak


Nak masuk rumah terbalik kena bayar tiket RM10 per person. 
Tapi dalam rumah tak dibenarkan ambik gambar.  Jadi simpan gambar dalam kotak minda aje, seronok jugak dapat pengalaman tengok dekorasi dan pelbagai barangan rumah dalam kedudukan terbalik.



Dah ngam baik dengan mak dan adik-adik kak Dahlia ni ;)


Last sekali, makan di Pasar Filipin


Esoknya kami jalan-jalan jap di Tanjung Aru. Adik-adik Kak Lia balik petang esoknya ke Kuching, Emy lak balik keesokkan harinya.


with the lovely bride and groom ;)

Seronok jalan-jalan sambil jumpa ex-osmet.  Dulu dia mengajar satu sekolah ngan Emy, pastu dia dapat pindah balik Kuching dah.  Kami dah rapat macam adik dan kakak.  Emy pun tak boleh lupa segala jasa kak Dahlia yang banyak membantu Emy untuk mula hidup di Limbang.  Jauh dari keluarga, bersyukur sangat temui kawan yang boleh dianggap sebagai keluarga sendiri. Majlis kahwin dia belah lelaki salah satu peluang untuk kami jumpa, lain kali belom tentu ada peluang kan. Bila masing-masing dah berjauhan.



#adioss!

No comments: