Checklist Persediaan ke Bali

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Ini adalah entri untuk Emy share beberapa persediaan sebelum ke Bali. Memandangkan bulan Mac ni encik suami ada cuti sebulan, Emy terus pujuk encik Suami ke Bali. Tak sangka jugak, encik Suami setuju.  Jadi bila encik Suami setuju terus la Emy dok survey tiket, itu yang paling penting.  Emy memang teringin nak ke Bali *loves eyes*

Tiket dah setel, jadi lain-lain hal pun mestilah dirancang dengan baik.  Ini first time Emy nak melancong jauh dengan Encik Suami, its honeymoon lagi :P jadi Emy taknak weols kelam kabut kat sana dan ada masalah-masalah lain lagi. Ianya mesti perfect!


1. Tiket Kapal Terbang.
Ini yang paling penting.  Alhamdulillah dah settle beberapa hari lepas.  Emy ambik Air Asia, yeahhh everyone can fly. Bukan sebab murah KL- BALI tapi murah untuk perjalanan Brunei - Kuala Lumpur.  Kalau ikutkan Emy nak ambik MAS untuk perjalanan KL - BALI sebab harganya lebih kurang aje dengan AA,tapi airport dah asing asing malas la nak berkejaran sana sini nanti. Emy akan direct dari Limbang ke KL terus fly ke Bali.  AA terdekat di Brunei, jadi drive Limbang - Airport Brunei satu jam. Ini perjalanan yang Emy dah siap beli.


                                      12 MAC : BRUNEI - KUALA LUMPUR
                        12 MAC - 16 MAC : KUALA LUMPUR - BALI (return)
                                      16 MAC : KUALA LUMPUR - KOTA BHARU


Harga tiket Air Asia KL - BALI yang Emy beli ni RM1696 termasuk insurans untuk tiga orang pergi balik.  Adik sepupu encik suami nak ikut jadi photographer katanya.hehe. Pada Emy harga yang sedang-sedang la, tak mahal tak jugak murah. Untuk save budget, Brunei - KL Emy ambik low fare dan KL - KB emy sempat ambik tiket promo.


       Brunei - KL : RM350    untuk 2 orang
KL - Kota Bharu : RM160    untuk 2 orang


2.  Check in tiket.
Kalau Air Asia, boleh check in online dalam masa 14 hari sebelum berlepas.


3. Tempat Penginapan.
Dah jumpa beberapa yang okey, tapi belom booking lagi. 


4. Pak Supir.
Khidmat Pak Supir amat diperlukan. Nak sewa kereta drive sendiri rasanya bahaya since weols memang tak biasa dengan undang-undang sana kan, baik tak payah mengundang bahaya.  Emy dah cari yang Muslim dan boleh bawak 3 orang.  Dah email, so masih menunggu jawapan.


5. Renew Passport.
Sekiranya tempoh sah passport anda kurang daripada 6 bulan, wajiblah diperbaharui. Passport emy expired bulan Julai, jadi pada bulan Mac tempoh sahnya kurang 6 bulan. Wajib untuk diperbaharui. Seminggu sebelum berangkat la emy settle kan. 


6. Apply Cuti.
Emy ambik tiket ke Bali awal 2 hari sebelum cuti sekolah.  Dengan alasan nak balik kampung awal sikit supaya encik Suami sempat luangkan lebih masa dengan family di kampung sebelum dia kena fly untuk kerja balik.  Ini risiko besar sebenarnya, harap-harap tak de halangan, cuti dapat lulus dengan jayanya. Aminn.


7. Tukar matawang/Aktifkan Credit/Debit Card.
Duit kat mana-mana pun penting kan nak pulak di negara orang yang berlainan matawang ni.  Kena tukar siap-siap untuk beli cenderamata dan jugak kes-kes lain la.  Duit belum bincang lagi dengan encik Suami nak tukar berapa.  Emy jugak kena alert untuk call bank rakyat bagi aktifkan credit card dan Maybank bagi debit card di luar negara nanti. In case kecemasan la.


8. Data roaming.
Pasal ni kena tunggu encik Suami balik baru bincang. Kalau boleh nak guna encik suami punya data roaming aje,dia guna line rynga.  Kalau okey, emy leh bukak hotspot dari dia aje kan.  Kalau tak dapat, takpe kita cari lain kayy.


9. Ubat-ubatan.
Baiklah bersedia sikit dengan sikit ubat-ubatan seperti panadol dan minyak angin. Mana tau kan, angin di negara orang lain sikit.  Biasa encik Suami yang cepat jatuh sakit, ye la cuaca bersilih ganti. dari sejuk di Lebanon, balik Malaysia panas..pergi Indonesia lagi panas mana tau kan. Uihhh..berlagak tol emy ni, macam tak pernah sakit kan.kekeke..apapun baik bersedia tauu!


10. Beg bagasi.
Plan dengan encik suami nak bawak bagpack je. Beli tiket pun tak termasuk luggage. Nak pergi jalan-jalan sempoi ja ni. haha..biasa Emy risau gak pasal ni, tapi sebab kali ni ada encik Suami dan adik sepupunya lelaki jugak, jadi faham-faham la, lelaki ni tak banyak barang sangat..jeng jengg..


11. Kamera.
haa..salah satu kelengkapan penting ni. Emy takde DSLR, ketik pakai SAMSUNG GRAND DUOS aje sebelum ni. Tapi disebabkan encik suami ada sebut nak beli kamera, Emy pun masuk list jugak la. hehe. masing-masing tengah survey mana yang elok. Kalau tanya Emy ni, mestilah nak yang kecil comel aje. Tak suka bawak yang besar-besar plus malas nak belajar yang jenis setting bagai tu..tapi tengoklah apa kata encik suami kan camne.




Bila buat checklist macam ni senang nak refer. Elok jugak emy siapkan sebelum mula kerja. Jadi boleh la refer check list tu sebagai panduan.  Kalau ada sesiapa nak bagi cadangan tempat penginapan @ supir sangat dialu-alukan sebelum Emy buat tempahan, mesti dah ramai ada pengalaman melancong ke Bali kan.




Apa-apapun ini hanya rancangan, pada Allah Yang Maha Berkuasa juga kita serahkan.
#adioss!


No comments: