Belajar Bahasa Sarawak - Limbang.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Selamat tengahari!
Baru je habis kelas, tetiba teringat nak share kt uols pasal bahasa Sarawak. Lokasi tempat saya mengajar ni berdekatan dengan Brunei dan Sabah, jadi dari segi bahasa loghat percakapan Limbang ni ada campuran dua buah negeri dan negara tu la.  Hehehe, genap 4 Julai berada di Limbang saya makin mahir guna bahasa dan loghat Limbang ni sampai ada orang kampung cakap slang bahasa saya tak menunjukkan saya orang Semenanjung.  Hehehe, dah bakat semulajadi cepat sangat faham bahasa bila bergaul dengan orang-orang sini.  Mungkin minat, bahasa kan satu kesenian ^_^

Saya kongsikan beberapa patah perkataan yer 


***Nyamai  = sedap,bagus,enak
***Kamik  = saya
***Kitak = awak
***Bertapok  = sembunyi,menyorok
***Banar = benar,betol


p/s :  Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ^_^

Gulai Ikan Tongkol

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Di bulan Ramadhan ini, makin seronok lak saya mencuba pelbagai resepi masakan. Rasanya, kalau dah berstatus isteri mesti macam ni kan,  kalau tak berPJJ dengan encik suami..mesti hari-hari saya cuba resepi baru kan *verangan* =,= 

Hari Khamis lepas, semua ahli kuarters SK Meritam sepakat nak buat majlis berbuka puasa informal kami.  Excited. Maka, saya pikir-pikir last sekali decide nak masak ikan tongkol.  Gulai Ikan Tongkol.  Kalau mek Kelate haruslah masakan berlemak.  Plus, saya excited sebab ni makanan kegemaran encik suami.  Tapi, risau jugak sebab nak masak banyak. Mana pernah saya masak banyak.huhuhu. Tapi demi menggembirakan perut-perut kesayangan di kuarters ni, saya cabar diri ^_^

Alhamdulillah, gulai ikan tongkol menjadi dengan jayanya. Jadi, sesiapa berminat nak masak boleh cuba resepi ni

Bahan-bahan
-    Ikan tongkol
-    sekotak santan - di Limbang memang susah nak dapatkan santan fresh
-    4  sudu besar cili kering yang dah diblender
-    6 Bawang merah
-    4 hiris Lengkuas
-    1 inci Kunyit hidup
-    Asam keping - saya gantikan dengan asam kulit
-     Timun dan cili hijau

Bahan-bahan kat atas tu untuk satu hidangan keluarga.  Kalau nak masak banyak kena pandai-pandai tambah la yer =)


Cara Membuatnya 
1.  Ikan tongkol dipotong dan direbus terlebih dahulu dengan garam dan asam keping (di Limbang takde asam keping gelugor tu, jadi saya main hentam letak asam kulit yang tak pernah saya guna untuk masak =,=)
2.  Kisar bawang merah, lengkuas dan kunyit
3.  Masukkan santan ke dalam periuk tambah air sikit, kemudian tambah bahan-bahan yang telah dikisar dan juga cili kering yang dah diblender.  Masak dengan api perlahan dan perlu selalu di kacau. Kalau nak pekat, boleh tambah santan lagi..hee :D
4.  Bila dah mengelegak, masukkan ikan yang dah direbus. Masak lagi hingga pecah minyak
5.  Letak asam keping, kalau macam saya guna asam kulit, letak dalam 3 keping dan tambah garam secukup rasa.
6.  Last sekali masukkan timun dan cili hijau.
7. Siap!

 
sumber : Google

Gambar google lagi cantik, gambar gulai saya xberapa menarik sebab tak terfikir nak masuk blog, jadi terus cedok letak dalam container besar untuk dibawa ke tempat jamuan.



Gulai saya ni nampak pekat, memang pun! hehe..sebab saya suka kuah pekat..keesokkan saya panaskan baru tambah air sedikit. Cili dengan timun pun tak nampak, padahal ada =,= xbajet nak masuk blog...kalau awal2 nak masuk dalam blog, konpem ikan timun cili posing leklok :P 


Lepas masak, saya share gambar kat whatsapp encik suami..terus encik suami puji, sedapnye lalink masak..kombang semangkuk den. hehe.encik suami pun suka kuah pekat, memang geng la >_<"  Faham sangat dengan encik suami ni, dia puji2 sebab nak bagi motivasi supaya puan isterinya rajin memasak dan cuba resepi baru. Tenkiu my love

 
Selamat mencuba!!

Fening! Baju Raya Sedondon

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Happy weekend!!
Baru public kan balik blog, lepas private tak sampai seminggu.  Haihhhh..xboleh nk private, sebab masih nak menulis.hehehe


Tak lama lagi Hari Raya kannn....waaaa, ini kali kedua akan beraya sebagai isteri.  Sangat-sangat excited untuk beli baju raya.  Tapi fening pulak kepala ni, memikirkan pilihan suami dan pilihan sendiri.  Last2, ofkos la kena mengalah dengan suami pluss dia nak pergi bertugas jauh dalam jangka masa yang lamaa :( 


Nak tahu pilihan warna saya apa??JOmmmm...

sumber : Google
Emerald green yang schawal pakai ni la..tapi xnak versi baju kahwin,melampau pulak kan..versi baju raya laa. heee :D



sumber : Google
warna pink ni pun sangat suuuuweeeet kann



sumber : Google
Ini pulak warna pilihan encik suami...sangat sama macam tahun lepas, ikutkan saja la.  Dah tetiba encik suami semangat cari baju raya kannn.



Page baju online kegemaran saya adalah ANNURJEWELSSTYLE.
Dah dua pasang baju saya grab kat sini, tak sabar nak pakai raya nanti ^_^