Khasiat Barli

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Happy Wesak Day! and happy holiday untuk semua.  Perancangan emy harini nak hiaskan kelas prasekolah sikit..tapi nak spend time dengan blog jugak..sebab rindu mr.belog ketat-ketat >,<  

Lately emy suka minum jus barli.  Bukan di kedai makan, tapi buat sendiri sebab di Limbang ni sangat suuuuuuuusah nk jumpe air Barli. Emy selalu buat yang daripada dalam tin ni cap ayam brand. 

Yang emy tahu..barli ni dapat melawaskan air kencing..sangat elok la kalau sesiapa ada kencing kotor.  Tapi nak tahu lebih banyak lagi, emy pun search la pasal kebaikkan minum air barli.  Rupenya air barli ni mempunyai banyak khasiat yang baguss.  Antaranya..

Dapat membantu merendahkan kolestrol
     Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yang
     membantu untuk menurunkan kolesterol dengan mengikat kepada
     asid hempedu dan mengeluarkan daripada badan melalui najis.
    Asid hempedu adalah sebatian digunakan untuk mencerna lemak yang
    dihasilkan oleh hati daripada kolesterol. Apabila dikeluarkan bersama-sama
    dengan serat barli itu, hati mesti mengeluarkan asid hempedu baru dan
    menggunakan lebih banyak kolesterol, dengan itu mengurangkan
    jumlah kolesterol dalam darah. Serat larut juga boleh mengurangkan
    jumlah kolesterol dihasilkan oleh hati.

    Makan hidangan bijirin penuh, seperti barli, sekurang-kurangnya 6 kali
    setiap minggu adalah dicadangkan terutama bagi wanita menopaus
    dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau tanda-tanda
    penyakit kardiovaskular. 

Membantu mengelakkan darah membeku
     Buah barli mempunyai kandungan niacin  yang membantu untuk mencegah
    radikal-radikal bebas daripada mengoksidakan LDL (low density lipoprotein).
    LDL akan menjadi berbahaya apabila terjadi pengoksidaan pada
    dinding-dinding pada salur darah. Selain itu, barli membantu untuk
    mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).

Membantu mencegah batu karang
    Barli yang kaya dengan serat tidak larut membantu untuk
    mempercepatkan masa transit usus (iaitu berapa lama makanan
    bergerak dalam usus). Selain itu, ia membantu mengurangkan rembesan
    asid hempedu (jika berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu hempedu)
    dan meningkatkan sensiviti insulin dan merendahkan trigliserida (lemak darah).

Mengurangkan Reumatoid Artritis (RA)
    Dalam barli terdapat mineral iaitu tembaga bagi mengurangkan
    gejala-gejala Reumatoid Artritis. Tembaga ini penting dalam enzim
    oksidatif utama yang dipanggil superoxide dismutase.  Selain itu, tembaga
    juga terlibat dalam aktiviti lysyl oxidase iaitu salah satu enzim yang terlibat
    dalam pembentukan kolagen.

Emy dapat info ni kat SINI 

 
Nah..macam mana? banyakkan khasiat barli ni.  Sesiapa yang gemar minum air barli ni..teruskan la, kalau sesiapa yang kurang gemar tapi ada masalah macam di atas..ape salahnya, perlahan-lahan cuba kan ;)
 

2 comments:

ummi aqilah (LM) said...

ayam brand...dulu masa arwah akak demam mak selalu beli ni.

akak skrg beli yg pack kecik2 tu je kat giant

emieysandra said...

Owh..hehe.ok jugak ayam brand ni..dh tu jugak satu2 barli yg ada kt sini :)