Redha.Usaha.Tawakal.

As salam wbt

Redha.
Susah untuk mencapainya.
Emiey frust,murung jugak selama satu hari.
Bibir nak senyum rasa kaku.
Mulut terkunci untuk berbicara dan meluahkan.
Tapi,waktu tu nak semua orang faham apa yang emiey lalui.
Sedih bila permohonan pertukaran pindah untuk ikut suami tidak diluluskan.
Dah boleh agak sebab emiey masih baru tapi biasalah manusia bernama Amirah ni cepat mengharap lalu terkuciwa..huihuiii

Usaha.
Di sini bermaksud emiey akan gigih berusaha untuk lebih membahagiakan diri sendiri kelak! meh meh dekat nak habaq beberapa perancangan emiey untuk lebih menceriakan hidup berjauhan dari mr.CINTA HATI ni

1. Nak aktif bisnes balik (kena manage masa dgn sangat teliti)

2. Nak sambung belajar (risau jugak takut sibuk sesangat nanti,kalau boleh nak program yang tak ganggu masa cuti sekolah)

3. Nak beli mesin jahit mudah alih yang kecik tu (antara memasak dengan menjahit saya pilih menjahit! Hee :D)

4. Shopping baju sebulan 1x mengikut bajet rm tertentu (hoyeahhhh yang ni paling senang untuk dilaksanakan)

5. Balik sebulan sekali ke kampung atau jumpa suami (kena pilih antara no.4 dan 5 la.hahaha)

Agaknya yang mana akan terlaksana??jeng jeng jeng

Kalau boleh emiey nak buat sesuatu yang menggembirakan hati dan boleh buat emiey lupa tentang masa yang sedang berputar.hurmmmm. Emiey jugak tengah berusaha nak ada  baby. bestnya kalau dapat peluk anak sendiri. Teringin sangat :( kalau ada uols yang boleh bagi pendapat @ nasihat berkenaan hal ni. Silakan yerrr ^_^

Tawakal.
Dah redha dengan sesuatu ketetapan,usaha macam-macam mestilah kena selalu iringi dengan doa baru tawakal. In Sha Allah emiey percaya ada hikmahnya semua ni. Kenapa emiey kena berjauhan dengan suami,diuji dengan keguguran dan lambat hamil lagi. Semuanya telah tertulis dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

P/s : Allah sayang kita sebab tu Allah ingat kita dan bagi macam-macam ujian supaya kita lebih ingat pada Dia.

Usaha lagiii =,=

As salam wbt...

Alhamdulillah.kesihatan makin baik. Pada uols emiey nk pesan supaya banyakkan minum air masak okayy dalam keadaan cuaca yg xbape ok lagi ni. Kejap hujan lebat..tadi panas terik. Apa pun yg datang ianya dari Allah swt dan pasti ada hikmah di sebalikNya.

Uwaa...tak bestnya bila kenangkan cuti dah nak habis.kena balik ke Sarawak.kena berpisah dengan suami.kena merinduuuuu.seksa :(

*tarik nafas dalam-dalam*

Masa cuti ni xbanyak yang dapat kami lakukan sama-sama. Tambahan pulak musim hujan,nak pergi honeymoon ntah jadi ke tidak ni. Tapi mesti kena jadi laaaaa.hehe. In shaa Allah lepas emiey setel lesen dulu.

Sebenarnya emiey sibuk siapkan lesen kereta dan motor sekarang ni. Kereta dh lulus cuma motor je xlepas ag. Yg penting kereta sebenarnya sebab emiey nak bawak kereta ke Limbang nanti. Di suatu ketika dulu la tu rajeeen sangat pi daftar untuk buat lesen motor kereta.huihuiiii.nasiblaa...kena usaha jugak kan.

Yeahhhhhhh...gambate nehhhh~

Demam.

As salam wbt


Sudah jam 2.22 am tp masih tak lelap. Bukan emiey jer tapi suami jugak sebab kami tertidor seawal jam 8pm td. Sebabnye demam sudaa. Jadi pukul12 kami sama-sama tersedar pulak.alkisahnyerr emiey xnak tidor pun tapi TER tidor jugak masa picit kepala hubby.hehe..
Almaklumlah musim hujan sekarang ni kena berhati-hati dan jugak jaga kesihatan diri. Encik suami ni yang teruk sikit.badan panas jer 3hari ni. Emiey pulak lepas minum susu kambing yg sachet tu baru okey suhu badan. Kalau ikutkan emiey yang patut demam teruk sebab dalam masa seminggu ni asyik kena hujan dan panas masa latihan untuk buat lesen motor dan kereta. 

Alhamdulillah,untuk keluarkan lesen P kereta dah lulus..tinggal motor jer yang kena ulang,itulaa gedik sgt nak ambik motor kereta.patut ambik kereta jer.huhu
Harap cuaca kembali okey dan encik suami cepat sihat untuk teruskan next plan,iaitu pergi vacation..masa cuti ni je la masa yg ada untuk mencipta lebih detik2 indah bersamaaaa hubby.In Shaa Allah.