Program di SK Meritam

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Dua hari ni emiey sibuk menguruskan program dan juga menyertai program.  Semalam, majlis pecah tabung murid prasekolah. hehe...manyak-manyak sangat duit diorang.  Alhamdulillah, kecik-kecik dah pandai menabung diharapkan nanti besar akan lebih menghargai duit dan cuba menyimpan untuk mendapatkan sesuatu ye murid-murid semua.

Aktiviti menabung ni dicetuskan oleh guru lama, emiey hanya meneruskan dengan mengadakan Majlis Pecah Tabung untuk mengetahui siapa yang paling banyak menabung. setelah sepetang mengira, dapatlah keputusannya..murid yang menabung paling banyak duit ialah adik Maisarah dengan simpanan sebanyak RM302++, yang lain pun banyak jugak dalam linkungan RM80- RM180 jugak.  Alhamdulillah.

Seharian hari ni jugak, emiey bawak murid prasekolah menghadiri Kem Membaca 1 Malaysia yang berlangsung di dewan baru sekolah bersama dengan murid aliran perdana.  Yang bagusnya, beberapa orang murid prasekolah memberanikan diri untuk membaca buku cerita di atas pentas. gOOD gIRLSsss anak-anak emiey ni kan ^_^

salah satu pic masa emiey tolong pegangkan mic untuk murid prasekolah kesayangan ambe.


buku tu untuk gimik pelancaran. background pentas yang sangat 'OK' untuk pentas yang baru siap di sekolah kecil kesayangan kami =)


Selamat malam semua, esok nak gerak ke Lawas..ada kursus guru baru selama tiga hari.
tata
Assalamualaikummm~

Perubahan diri

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

 hOLLLaaaaa...
This is weekend yawww,
macam biasa emy dan kawan-kawan serumah akan keluar beli barang-barang dapur, barang keperluan dan makan kat luar.

Balik rumah, masak..makan lagiiii =)
dok umah mengadap laptop masing-masing
di waktu petang pulak biasanya weols bersenamrobik di time rajennnn,
kalau tidak..terbongkang tidoq la jawabnye
hehe..tapi masing-masing dah sedar badan makin memboooolat maka banyak aktiviti senamrobik dilakukan =)

Bile dah menyebut pasal badan memboolat
itu ai lettew.

yup, dulu 40kg sekarang 46kg dah.
kena rajin bersenam untuk maintain berat =)

Satu perubahan pada fizikal emiey juga lah di tang muka
Actually, lepas keguguran..muka emiey dipenuhi jerawat yang ketegaq bak angg. yang degil ya amat.hilang situ muncul sini hilang sini muncul pulak tempat lain
Time tu emiey sedih sangattt, bermacam-macam dah cuba pakai.Pastu emiey makan vco kapsul catalyst,pernah makan dulu pastu stop sebelum kahwin..lepas keguguran emiey start makan balik.


 jerawat tumbuh kecik-kecik, ada yang hilang tapi tinggal parut pulak
kulit muka jadi cepat berminyak, kalau ambik gambar masih ok tapi kalau jumpe depan2 memang akan nampak jelas jerawat kecik ada yang merah baru tumbuh dan yang hitam sebab dah berparut :(

Bila mula kerja, emiey masih teruskan makan vco kapsul catalyst dan skincare pulak emiey guna Nutox. Alhamdulillah, nampak perubahannya.

Keberkesanan nutox ni emiey dapat lihat seawal 2minggu lagi.Emiey guna set trial yang super duper jimat.  Ada toner,mosturizer & pencuci muka.

lebih kurang macam ni la set trial yang emiey guna dulu


Jerawat mula menghilang. Dah hilang tu tak naik dah sampai sekarang. Syukur sangat, tambahan pulak emiey dah bekerja, mengajar dan perlu sentiasa berurusan dengan masyarakat, maka keyakinan diri tu amat penting =)

akhirnya emiey dapat balik kulit muka yang dulu,yang jerawat takut nak naik.hehe.
cuma masih dengan masalah kulit kusam jer =.=

Emiey agak, jerawat muncul dek kerana perubahan hormon perempuan mengandung.Genap bulan oktober, masalah kulit muka berjerawat berakhir,ngam2 dengan usia kandungan 9bulan kalau emiey masih mengandung laa.hik33..ni mitos ciptaan emiey je tau, jangan dilayan sangat ;p


Produk nutox sangat berkesan,pastu yang best produk nutox ni tahan guna lama. mosturizer dgn toner set trial tu boleh tahan sampai dua bulan.jimat sangatt.sekarang emiey menambah koleksi Nutox pulak iaitu supernatural night cream.


yang bestnye produk nutox ni berasaskan bird nest yang terkenal dengan khasiat awet muda. Memang, muka emiey terasa sungguh halus mulus, bersih dan tegang gitewww uolss ~_^


Emiey jugak tengah consume vitamin c pahang pharmacy dan ferwhite.InsyaAllah nak setia dengan vitamin c, ferwhite pulak dalam peringkat percubaan bukan xde perubahan tapi emiey yang xde disiplin minum..makanya mana nak lihat perubahan yang putih melepakss tu.ehhh 


~tata~
Assalamualaikumm
;)

Bila dan bila dan bila?????

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Mulut orang mudah jer melemparkan soalan,yang berat menjawab ialah mulut orang yang ditanya. Alhamdulillah, sebagai orang Islam kita dididik untuk bersabar dan muhasabah diri atas sesuatu yang terjadi. 

Di sekolah emiey, ada tiga orang kawan yang dah mengandung..semua cikgu senior la. Gembira dan sayu melihat, bukan apa..mengenangkan kandungan emiey yang gugur hari tu. Subhanallah..tak dapat nak diungkap tentang perasaan ini. Sayu.Sedih. 


Disebabkan emiey ni sorang je guru baru yang dah berkahwin,ramai la yang bila sembang je pasal bentian (baca mengandung-bahasa Limbang) akan bertanya pada emiey jugak. Emiey hanya dapat jawab 'belom lagi..'. Emiey sangat berharap tapi dah belum masanya nak buat macam mana kan.


Setiap ujian yg datang adalah kerana Allah sayangkan kita,Dia nak kita tidak melupakanNya dan selalu berdoa meminta padaNya. 


Bila kita diuji. Ingat..

*Mungkin kita pernah lalui saat yang sangat bahagia dulu, Allah menguji pula untuk melihat ketabahan kita.
*Mungkin kita pernah menyakiti orang lain
*Mungkin kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak, isteri, dan Islam dengan baik.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL >__< 

Berehat dengan Drama Hot.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat pulak emiey bukak new post ni. Hurmmm..tinggal tiga minggu lagi nak cuti panjanggggg.Ya Allah..tak sabarnya.Dulu masa belajar kat Melaka pun dok kira hari..sekarang di Sarawak lagiiiii mengira hari =.=

Tiga minggu akan datang ni, macam-macam yang ada dalam otak emiey yang pastinya semua kerja kerja kerja. Nasiblah dah menganggur 7bulan..maka boleh tersenyum dengan kerja yang diterima ni :p  Antara yang bakal emiey lalui untuk tiga minggu akan datang ialah

Majlis Pecah Tabung Murid Prasekolah 2013 
(sepenuhnya diuruskan oleh guru prasekolah..its me la tu)

Kursus Lanjutan PPGB 
(30 Oktober - 1 November)

Makan Malam Guru & Bekas Prasekolah Daerah Limbang
(Malam 1 November)

Hari Perpisahan Prasekolah 2013
(8 November)

 Hari Kecemerlangan SK Meritam 2013
(13 November)

Konvokokesyen Prasekolah Peringkat Limbang 2013
(14 November)

Balik Kampung Peringkat Kebangsaan 2013
(16 November -30 Disember)


Antara yang acara yang paling memikat hati sudah semestinya yang last sekali..balik kampunggggggg! yeayyyyyy =.='  Sekolah emiey mengajar tu kecik jer tapi banyak pulak aktiviti akhir tahun ni.


Sibuk mana pun seseorang tu, kena cari jugak masa untuk menikmati dunia ni sekejap.hihi.ayat xleh blah. Jangan pulak lupakan akhirat eh korang :P Sejak dah bekerja ni,kalau balik rumah mesti emiey nak rehatkan diri dan duduk diam-diam menonton drama yang tengah hot sekarang. Pagi sampai tengahari dok melayan budak-budak, balik rumah ofkos la cikgu nak tengok cerita dewasa sikit..come on la..hohoho..*buat muka ganas sikit* 


Jodoh Itu Milik Kita 
lakonan Farid Kamil dan Tiz Zakyah. 
 
Semestinya nak tengok cerita sebab ada pelakon berbakat Farid Kamil dan Tiz Zakyah. Tengok dua episod..eh,so tipikal story..kisah suami isteri yang menghadapi konflik dalam kehidupan..tapi tapi tapi...muka kiut farid kamil tu menggodaku untuk tengok *winkwink* tambah pulak kawan dok promot best.Okey..tengoklah sampai episod 30 dah. Siapa peminat cerita ni? jom geng! hehe..


Ada satu lagi cerita yang emiey suka tengok..iaitu
  
LOVE YOU MR.ARROGANT

waaa....mesti korang pun dok ketagih ngan cerita ni kan. Novel pun femes, cerita lagi femes kann.  Emiey tak baca novel dia, tapi tengok cerita ni sebab nama Zaara Amirah *boleh ke alasan ni =.=* Setiap hari mesti melekat di tonton.my. hoho..rumah sewa ada wifi jer, tv xdop line =)


Cerita ni pun nak lebih kurang sama macam cerita 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Kampung Girl dan jugak Jodoh Itu Milik Kita yang pesen tayang cerita koflik suami isteri.  Mula-mula menyampah jugak..tapi siapa boleh tahan melting tengok gaya mr.arrogant tuu kann. Dalam citer ni, selain emiey suka watak hero dan heroin..emiey pun suka dengan watak Anzalna Nasir yang cantik sangat tu, wataknya yang natural, baik dan kepoh tu memang best. Thumbs up to Anzalna ^_^



p/s : Hujung minggu ni pulak berangan nak tengok cerita Bollywood kat TONTON.MY, sanggup bayar lagi sebab kena purchase some of amount. emiey giler hindustan. k bai.

Aidiladha bersama.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...
  
Its weekend!
yeayyy..bolehla berehat.hohoho...
gaya macam tak dapat cuti sebulan.


padahal....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Minggu ni sekolah dua hari jekkk..
khamis dan jumaat

Hehe..Selamat Hari Raya Aidiladha kepada awak...awak..dan awak!
*dh lambat tapi nak wish jugakkk =.='


Dulu kemain ingat lepas belajar dapat terlepas dari azab kesibukkan dunia ni. haiihhh..ndak mampoo kauu..masih lagi sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab. Yer, TANGGUNGJAWAB untuk mendidik anak bangsa. hihohihooo.


Hari raya Aidiladha tahun ni merupakan kali kedua emiey tak balik beraya. First, beraya di rumah maksedara encik tunang (sebelum kawen), kali ni beraya di Miri dengan menunggu kehadiran encik suami datang. Terima kasih sangat-sangat encik suami yang sudi datang menemani puan isterinya kat sini. *sengih sampai telingaaa*


Encik suami sebenarnya sedang berkursus, ditakdirkan encik suami dapat cuti dan dimaklumkan seminggu sebelum raya tuu..maka emiey cepat-cepatlah tempah tiket flight ke Miri, emiey pulak gerak dari Limbang ke Miri dengan kawan-kawan empat serangkai.
Encik suami penat berkursus sanggup datang sini lagi..terharuuuuuuuu sangat.


hari 1st encik suami sampai,dia tidor jer.

Sedih.
Encik suami makin kurus.
Makin gelap.
Mata pun kuyu nampak sangat penat.

Encik suami berkursus dari 20 September hingga 29 November.
                                           23 November
                                      our 1st wedding anniversary
                                       :(


bila fikir ianya untuk masa depan keluarga, emiey cekalkan hati untuk terus bagi sokongan kat suami yang sangat diuji mental dan fizikal sepanjang kursus tu.
Sabarlahh..



p/s : harap-harap ada rezeki untuk kami suami isteri tinggal bersama #egtukarguru =)