Sarawak. I'm coming.

As salam w.b.t

Akhirnya penantian berakhir. Rupenyer malam tu susah nak tidor sebab esoknye keputusan keluar.Mengejutkan emiey,suami dan keluarga. Keputusannya, emiey dipostingkan ke Sarawak.

Alhamdulillah,dah dapat kerja. Itu dulu yang terlafaz. Kemudian baru kelam kabut memikirkan akan tinggalkan suami dan keluarga :(

En.suami terkejut dan sedih tapi dalam hati ade perasaan lega sikit sebab itu tempat kerja die dulu,kawan-kawan pun ramai.

Barang keperluan dah dikumpul,tinggal nak kemas masuk dalam beg petang ni, malam bertolak ke Kuala Lumpur. Flight emiey 2hb julai jadi 1hb emiey dah kena mendaftar di Hotel Empress.

Korang doakan semoga segala urusan emiey kat sana dipermudahkan yer :)

Penantian itu satu penyeksaan

As salam w.b.t

Haihhh...jam sebegini pun tak lelap lagi. Apa yang ditunggu? Tunggu buah durian jatuh, pastu berebut ngan sepupu sebelah rumah =,= kisah ni memang ya untuk 10tahun lepas..hikhik..actually tengah tunggu keputusan penempatan untuk graduan ipg batch PISMP 2009. Huh. Ai lettew.


Dijangka akan diumumkan pada 25 Jun 2013 (selasa). Kirenye menghitung jam la ni. Xpe...xpenat pun menghitung mengira ni,part sejak 6bulan lepas lagi :p Dahla 25 Jun tu payday uols, dan emiey dah dipertanggungjawabkan oleh suami untuk menguruskan beberapa hal. Emiey pun xsetel medical check up dan kwsp,sume nak setel hari tu. Harap dipermudahkan untuk menyelesaikan semua urusan tu. Amin.

~rindu nak pakai name tag,wuwuu~

Dua biji durian seikat rambutan.

As salam w.b.t

Sedang orang-orang di luar sana sibuk mencari dughians dan rambutans,emiey ni pulak tersengih mengadap dua jenis buah ni. Tuan rumah la bagi. Pokok rambutan yang tersergam tatkala emiey bukak pintu rumah, tuannya datang memetik bagi seikat sampai gitu,camne nak tolak?? Sampai tuan rumah mai petik bagi, diingatnye emiey ni malu nak ambik sendiri agaknya..padahal memang tak mahu  >,<

Emiey xbape suka makan buah la. Nanti nak letak papan tanda 'NO ENTRY' pastu gambar buah. Errr.

Cuba bayangkan 5tahun akan datang, makcik tuan rumah datang bawak seikat rambutan. Terus anak-anak kembar emiey,boy & girl berlari anak mendapatkan rambutan tersebut kemudian makan dengan penuh berselera. Alolo anak mama...puiiiih! Makin jauh berangan..uhukk

Ada sesiapa nak??
pree je ni =,=

P/s : pepagi hupdate blog sebelum ke pasar.

Aiskrim Malaysia

As salam w.b.t

Siapa pernah makan aiskrim malaysia? Sape yang tak pernah makan memang rugilah zaman kanak-kanak tu..teringat dulu lepas balik mengaji mesti pergi belajar umah Mak Jah, beli aiskrim bubur, asam boi,milo..macam-macam perisa lagi la. Dulu seposen sebatang tapi sekarang dah doposen/tigoposen dah.


 
Alpeliknya emiey ni,suka buat aiskrim ni bagi anak-anak jiran.tak jual tau. Mungkin sebab nak kembalikan nostalgia dulu-dulu,sambil lepak ngan geng mak mak. Ish..bukan kelab gosip tapi sosialisasi tu kan penting. Kan dikata sombong pulak oleh jiran-jiran. Dan pantang bagi emiey tinggal suami kat umah pastu pegi melepak. Kalau en.suami pergi jugak baru emiey pegi,en.suami dengan geng bapak bapak.hehe.seronok ngan jiran kat sini, dat's why emiey jadi senang hati je nak buat askrim untuk anak-anak diorang.
 
Sebelum ni dah habiskan stok perisa sirap dan teh,kali ni buat perisa sunquick..suke budak-budak tu makan tadi ^_^

Superheroku.

As salam w.b.t

Baru emiey perasan apa daya penarik yang ade kat en.suami yang buatkan emiey jatuh cinta padanya. Rupanya emiey suka tengok en.suami pakai pakaian seragam. ohemjii sangat tau sebab sebelum ni pernah sembang taknak la kan kahwin dengan askar.huehue..belebokk sekali dapat mr.soldier. Pasrah dalam bahagia ^_^ Sebab tu orang selalu cakap jangan sembang sangat la nak yang macam tu macam ni la sebab pengarah iaitu Allah Yang Maha Esa telah tentukan segala yang terbaik untuk kita. 

 

Gambar kat atas ni gambar en.suami pakai pakaian seragam. Yang first masa tahun 2011, gambar yang dia bagi kat emiey time nak mengorat dulu..hikhik...gambar yang kedua lak gambar minggu lepas. hehe..bambam sangat cinta hatiku ni.

Dah empat hari en.suami ada kerja luar.sebelum ke surau en.suami tepon la,tanya itu ini..pastu citer la pasal emiey takde selera makan, perut pun selalu sakit sebab baru je kena gastrik lagi. en.suami pun cakap sabarla dan malam ni dia balik dah. emiey pun okey okey..en.suami tanya lagi okey ke tak? emiey pn jawab okey jer..then tetibe emiey senyap. En.suami lagi bising bile emiey senyap. Jawablah emiey dalam sedu sedan...dah tu dok tanye sangat. 

Kadang-kadang pompuan ni selalu cakap 'tolonglaa paham ai' Padahal dalam hati 'tolonglaa yang faham yang ai pun tak faham diri ai' *sigh*

~~~ai rindu yu.kbai!

HL Marigold.

As salam w.b.t

Bertemu dengan minuman kecintaan hati ni selepas keguguran bulan januari lalu..*auwwdushdush* rasa tak adil buat diri yang baru mengenalnya, tapi nak buat camne diri sendiri yang salah. Asal sebut susu jer teringat lembu buu..minda ke perut ke mulut terus kata TAK NAK. Ye r..dah serik kena cirit birit sampai tinggal tulang jer masa minum omega dulu.susu lain pun sama,dah banyak cuba.

Tapi rasa susu HL Marigold ni lain  *blingblingeyes* ,lembut menyentuh dinding perut. Lainnya bila minum susu ni,masa nk minum tu terbayang rasa susu euw euw yang biasanya tak sedap tapi sebaik kena lidah..memang sedap dan teksturnya yang lembut mengalir masuk ke tekak.

Emiey dah rasa yang perisa strawberi dan cokelat, sedap tak terkata! Sampai tak boleh beli selalu sebab macam minum jus strawberi & cokelat yang lemak-lemak manis gitew. Kalau yang original tahan 3hari, strawberi dan cokelat dalam masa sehari pun habiss. Gitew la senah oii~

Harga pun okeylah..not bad. Emiey ingatkan lagi mahal sebab ianya sangat berkualiti kan, eh rupenye sama harga ngan Dutch Lady. Kotak besar rm6.50 kat kedai runcit seberang jalan tu haa.

Pulut Durian.

As salam w.b.t

Dalam pukul9 pagi tadi, makcik tuan rumah datang. Bertanya khabar sat dihulurnya sebekas pulut durian. Ditangannya ada satu beg plastik besar,ade beberapa bekas lagi yang sama macam dibagi kat aku. Dah agak,mesti nak diagihkan pada penyewa-penyewa lain. Alhamdulillah dapat tuan rumah yang pemurah macam ni ;)

Macam nak buat novel cerita fantasi je perenggan atas ni..kihkihkih..aipp ni cerita benar laa :p

Tuan ghumah ni tersangatlah baik,beberapa hari lepas dah bagi buah rambut (baca : rambutan). Sedap..maniss..cukup rasa rambutan tuu. Erkkk..sama macam durian ni jugak erkk lagi sekali makna kenyang..hehe .

Setiap kali teringatkan tuan ghumah ni,emiey mesti akan doakan mereka sekeluarga dimurahkan rezeki.amiin :)

Tapi kan....dalam bekas ni kekurangan sesuatu. Kami oghe kelate makan pulut duye (baca : durian) dengan santan pastu nanti letak gula. Yummy! Lemak manis berkrim disukai ramai baq ang..

Puasa ganti.

As salam w.b.t

Hari ni takde buat pape,basuh baju pun tak..masak pun tak, kemas rumah pun tak...yela, duduk berdua je memang tak payah sibuk lagi dgn urusan semua tu. Tambahan pulak en.suami ada kerja luar. Kali kedua kena tinggal :( .emiey pun puasa hari nih, maka banyak duduk je la. Banyak tidor tak boleh time puasa, kuwusss puasa..hehe tak elok orang cakap. Tapi emiey sedaya upaya jimat tenaga la sebab tadi tak sahur..wuwuu..

Ganti puasa time ni,elok juga..boleh latih diri awal2..ade dua hari lagi untuk puasa ganti. Kalau perlu emiey akan lebihkan puasa untuk latih diri masa bulan ramadhan ni. Tak sangka pulak gastrik masih ada..sebab dah lama tak kena,jadi sekarang kene amalkan diet pemakanan seimbang dan baik untuk perut. Go go emiey!!

Petang ni nak masak sup daging dengan telor dadar je kot. Masak ringkas je la. Eh..nak goreng papadom jugak ^_^

Gastrik.

As salam...

Perut kesayangan memprotes
Bila empunya perut sepatutnya
Tak boleh berlapar
Tak boleh makan makanan pedas

Tapi empunya perut degil
Selalu skip breakfast
Makanan pedas tu yang jadi kegemaran sekarang

Kesal
Dua hari sakit perut.

Sekarang,
baru nak start minum susu
HL Marigold pilihan hati
Perut kesayangan mari berbaik semula.

P/s : adakah gastrik bagi kesan besar untuk wanita yang cuba hamil??

Nite peoples~

Resepi Coeslaw

Bismillahirrahmanirohim..As salam..

Hai koranggg  >,< sebelum ni emiey pernah gitau yang berat badan emiey naik kan..salah satu habit emiey perasan sejak akhir-akhir ni ialah suke mengunyah.nomnomnom....kalau dulu suke makan nasi...lapar je makan nasi. Sekarang ni emiey dh pandai pelok tin biskut..dok mengenomnom depan tibi..haishhh..

Oleh itu, demi mencapai tahap kesihatan perut yang baik..emiey pn merajinkan diri untuk buat homemade coeslaw.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1. kobis
2. lobak merah/carrot
3. bawang merah
(Kobis dan carrot ni bahan utama,bawang merah juz nak bagi rasa pedas time gigit,jadi letak sikit jer)
4. mayonis lady's choice
5. Susu pekat

Cara membuat :
1. Potong halus bahan 1 hingga 3. (Halus mana?halus takat korang boleh makan la..hehe,carrot boleh potong dadu kecik)
2. Letak mayonis ikut sedap rasa, macam emiey suke mayonis so, letak banyak la.
3. Last sekali letak sikit susu pekat.sikit je nk bagi ada rasa manis.

Dah siap!
boleh disimpan dalam peti ais, time nak ambik makan xyah kena g kfc baru nk makan coeslaw kan ;)

Gambar ihsan dari pokcik google.

Rezeki di tangan Allah s.w.t

Bismillahirrahmanirohim..As salam..

Lepas habis study dah start berangan sekolah macammana yang emiey akan dapat mengajar tapi sekarang berangan sampai 6bulan dah ni *sobsss*. Sejujurnya dalam hati ni redha dan tawakal je dapat mana-mana,pedalaman ke bandar besar ke..setiap tempat tu pasti ada cabaran masing-masing. Apa gune belajar 5tahun setengah diuji dengan mental fizikal...dulu dulu zaman belajar tu masa hostel xde air kena angkat sebaldi air dari bawah ke bilik di tingkat 3,time elaun lambat masuk pun menguji mental dan perut yang byk cut perbelanjaan makan...sedang diri hanya boleh mengadu dan menunggu je...program Bina Insan Guru pun turut melatih ketahanan diri, emosi serta meningkatkan kemahiran sosialisasi diri dalam masyarakat. Nak sebut sangat ayat keramat ni "Kami bangga menjadi Guru!"

Alhamdulillah, rindu dengan semua pengalaman tu. Namun yang lebih penting sekarang pengajaran yang diperolehi dari semua tu.Di satu sisi lain jugak emiey bersyukur kerana en.suami kecintaan hati sangat memahami dan cakap macam ni "abang ikut je ke mana sayang pergi, kalau dapat sarawak pun abang sanggup pergi lagi". En.suami merupakan anggota tentera pernah berkhidmat dah kat Sarawak hampir 5tahun dan baru pindah semenanjung awal tahun lepas. Emiey ada usaha mintak tukar penempatan,tapi xde surat maklum balas dari KPM (kami yang dah kahwin diberi peluang tukar negeri pilihan dalam borang posting dulu atas alasan ikut suami). Usaha mesti diikhtiarkan agar dapat terus jalankan tanggungjawab yang ada.

Surat lantikan dah sampai, sekarang hanya menunggu keputusan penempatan yang khabarnya melalui pos jugak. Moge khabaran ini bukan seperti kapas yang dibawa angin je. Teringin nk hulurkan duit pendapatan sendiri untuk ma abah. Enam tahun lepas, dapat surat tawaran ke maktab masa nk dekat birthday abah 7 julai,kali ni pun harap ada berita gembira mengenai penempatan untuk jadi hadiah pd birthday abah *nak beli hadiah xde duit sendiri ag. Sobssss..en.suami yang kamceng sgt ngan abah mentua ni cakap nk belikan hadiah untuk abah tapi tu duit dia hadiah dia la kn..cheq tak mampuuu

Dapat surat lantikan tu, ada beberapa perkara yang perlu dibuat
1. Pemeriksaan kesihatan  [>dah pergi petang tadi,pastu nurse cakap kena datang pagi..hari isnin harap dapat selesai<]
2. Angkat sumpah [> done.tak sampai setengah jam tanpa bayaran pun di Pesuruhjaya Sumpah <]
3. Akaun KWSP  [> tak diwajibkan tapi emiey nak buat awal2..tapi lagi..kena bergantung pd kelapangan masa en.suami untuk bawak la. Hee.. <]

- before this emiey pernah buat status kt fb utk tutup blog..itu cume status nk tunjuk perasaan emiey yg agak ke laut untuk menulis skg ni. Emiey tutup blog ni kejap pastu kan rasa sedih sebab macam2 kenangan pd blog ni & blog ni lah peneman setia emiey zaman belajar dulu,hehe i'm not a diligent student,24hours ngadap buku & nota,cepat bosan *ngeee* jadi terus public kan balik dengan niat nk cuba jugak update walau seminggu sekali.nak tutup blog ni takde kaitan pun ngan pendapatan nuffnang,bila sampai cek terus terfikir pe nk jadi ng blog ni and terus up status pasal nk tutup blog..ampun yer dunia kesayanganku. Nuffnang tu hanya sambilan,tapi kan kalau dah bab duit ni..grab je la selagi bolehhh! >_<"

P/s : doakan la emiey &kawan2 lain cepat dipostingkan ;)