6 days to go

As salam...

Hari ni dah 18hb, esoknya lagi 19hb..lusa dah 20hb..kemudian 21hb..22hb..23..enam hari lagiiiii!


Gulpp~


Tak tahu nak fikir ape, nervous plus risau dengan perispan. Ini kali pertama ma dan abah nak teghima menanntu, so uols leh bayangkan tak betapa kelam kelibutnye mereka.  eh..eh..abah mantain rilekss nyer. huhu~


Saat ni la terserlah sangat betapa ma & abah sangat3 caring, sangat2 terharu.


Owhh..u olss..ols semua jangan dok espek emiey buat majlis besar-besaran glamor sume tu, hik22...masih memfokuskan tema simple & sederhana sama dengan majlis tunang ritu, yang jadi meriah adalah Keluarga & Kawan.  Harap-harap majlis kahwin ni pun sama jugak. Somoga majlis yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan dan mendapat berkat hidup dari Allah S.W.T dipermudahkan. amiiinn ^__^

~ dari tetingkap kenangan pertunangan 15 Mac 2012~

23 November 2012  here i come!

 

p/s : as always, please pray for our happiness ^__^

Walimatul urus

As salam...

Hati emiey ni sedang gembira..berdebar..sedih, eh..semua la ada. ehehe.  Kadang-kadang sensitif.  Napa yer? memang nak dekat tarikh untuk tukar status macam tu yer? ehehe..ermm, maybe jugak sedih nak berpisah ng kawan kt kampus ni. tinggal 2 hari je lagi :(


Alhamdulillah,  lagi 17 hari juga emiey bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati yang telah direstui keluarga.  Dah mula buat invitation kt facebook, tapi kalau ada yang tertinggal tu emiey minta maaf sangat-sangat.  Dengan internet yang slow dan wifi maktab hanya boleh online facebook lepas waktu bekerja, itupun kalau line ok..kalau tak? sebab tu la emiey jarang sikit online facebook, terkesan sampai ke blog. sian blog tak berupdate lama =.=' Sesiapa yang ada kat kelantan dan dekat dengan Machang juga dijemput datang.  If nak alamat, boleh bagi alamat..emiey akan poskan kad kahwin =)


Ini merupakan my DIY invitation card.  Alhamdulillah, berkat ketulusan hati nak buat sendiri gara-gara memang tak sempat nak g buat kat kedai. Lagipun boleh jimat bajet..ehehe..emiey kan student yang bakal melangkah masuk ke alam menganggur sebelum + surirumah ^__^

Pengalaman buat kad ni sangat bermakna, rasa gembira meskipun penat sikit...at least dapatlah emiey rasa buat persiapan majlis kat kampus ni =)  Masa mula-mula nak buat tu memang pening sikit, semua gambar lawa-lawa nak letak..and at first memang tak terpikir nak tempek gambar sendiri, tak suka sebenarnya.  Terjumpa gambar kereta kuda, terus pick up untuk tema Cinderella. ehehe..bagai kisah khayalan...betul la..tak sangka sangat perkenalan pertama kami akan menuju kebahagiaan ini, terima kasih 'bakal hubby'.  Okey, jangan buat tak kenal..Amirah tu nama emiey okeyhh..letak nama penuh tu sebab bakal hubby memang suka panggil emiey ngan nama penuh 'Nur Amirah binti Abu Bakar'..die praktis untuk akad nikah awal-awal lagi. ehehe 


p/s : doakan  untuk kebahagiaan kami yer! :D