Mini Reunion Raya SMKT

As salam...

Macam ketagihan pula mengupdate blog sekarang ni, sedang semua orang dah beralih ke social network lain macam tuettt tuett tu..emiey pulak yang terasa baru register blog semalam. Haha, baru rasa kelapangan untuk akhiri zaman student ni. 

Takpela, sejak dulu blog turut dikenali sebagai online diary..so emiey nak share satu kenangan manis masa raya hari tu.  Citer dah basi tapi masih segar dalam kenangan =)

Sate, menu pilihan.  Emiey terpaksa merayu jugak minta tolong ma buatkan 'awas' (perencah) sate ni. kalau tempah mesti mahal kan.  Nasib baik ma setuju dalam kesibukkan die memenuhi jemputan kawin, kawan pun banyak menolong..time ni la nampak usaha dan semangat untuk menjayakan mini reunion ni. best sangat~


Hidangan yang tersedia, banyak sangat. Konon nak bajet murah-murah, tapi alhamdulillah ramai lak yang nak sponsor termasuk encik tunang kecintaan hati kiteww, eh..gediks pulak :P


bakar sate, yang ni baru best..lepas je majlis ni, salah sorang komen suruh panjangkan sikit masa reunion.  Hari tu start kul 5petang, len kali kita buat 5pagi pulak eh. oops, waktu pagi laa =)


Ade yang lepak kat atas motor tu, chit chat la bile dah lama tak jumpe kan, almost five years old kot, lepas SPM sume bawak haluan masing-masing. Asyik plan je reunion, sampai kebosanan we'ols pun gune ayat ni "pah ceroh" tapi akhirnya yang ni baru betul-betul jadik.  Plan dalam dua hari je, yang penting face to face and kena ada yang bersungguh, jalan jer kann  :D


 Encik tunang tolong jangan nak suwwit sangat lah, ehh..ambik kuah untuk renjis atas sate yang dibakar rupenyer =.='


Kenapa encik tunang ada? sebab masa tu, sesi encik tunang beraya kat rumah emiey, so..xnak cancel dua2 plan maka heret encik tunang sekali bereunion bersama lagipun majlis ni dibuat dekat je ngan umah emiey, tak sampai 10minit pun. Tapi, kesian encik tunang pulak kepenatan.  heww~

masing-masing dengan gaya masing-masing dah tapi muka tetap tak berubah laa..semua mantain comel!


 together. happiness. smiles.


p/s : tanpa mereka, siapalah diri ini.  Pengalaman dan kenanganlah yang mendewasakan diri ini=)


Thanks for reading.
Tata~
 

Bila Lelaki Jeles

As salam....

Tajuk yang biasa kebanyakan girlpreng yang mempunyai pasangan lelaki akan tulis. uhuk33..Jeles ataupun cemburu itu tandanya sayang.  Itu tandanya lelaki itu amat menyayangi kite iols yang perempuan ni hokeyh.  Kalau tak cemburu pulak bukan tak sayang tapi mungkin terlalu cool or something like pegang gelas kaca yang sangat nipis..risau digenggam kemas akan pecah. err..paham nggakk~


Dalam percintaan mesti akan ada masalah macam ni, kalau tak lelaki mesti perempuan yang jeles.  Perempuan jeles over hokeyh, jadi bersyukur lah lelaki kalau dapat jenis perempuan yang cool as me. ehemmmm..Tapi emiey ni jenis hot kelain pulak..'honey, u xangkat col i cekik-cekik sampai kuar isi bear yang u bagi hadiah ni'.  Erkk..i xde bear, bukan emiey la tu yepp.


Bile lelaki jeles jugak suwittt tau.  tapi tak bagus untuk diamalkan selalu yer guys, sebab perempuan RIMAS :P



Fakta : Emiey tak ramai kawan lelaki, dalam contact fon boleh kire campur ngan kawan-kawan sekolah tu yang dah dianggap macam siblings pun tak sampai 20 orang =.='

Wedding theme | b2b

As salam....

Terasa seronok pulak mengupdate slot ni. hee :D

Sekarang, entri yang penuh kalerfull wif my feveret colour and also warna tema pilihan untuk wedding.  Dah lama berkenan tema ni, masa bertunang lagi sebenarnya, tapi more to pink pulak mase bertunang hari tu.  So, insyaAllah nk cuba kekalkan tema ni. Let's cekidaut the combination of pink and purple.



comelnye sapa yg pakai, but to me macam over lak kann..
encik tunang suh pilih gaun putih. emiey tak minat pun nak bergaun ni, tapi ade sebabnye..nanti kite citer kat next entry eh =)


the combination.  romantic and sexy.


jambangan bunga sebagai penyeri.


suke dengan simple design camni =)


Thanks for reading.
Tata~

kebosanan. asyik pandang dinding

As salam..

Tajuk kasik over ko mak jemah :P
 
Cuti Hari Malaysia ade tiga hari, campur dengan hari jumaat xdop kelas, empat hari tu.  Tapi emiey kat mane? kelik-kelip pandang dinding. uhuk3...


Actually, sejak encik tunang dipindahkan ke peghlis..xde dah TBS, Mid Valley, Metro Point Kajang tengok gangnam style, sogo tengok tag diskaun yg menggile, berebut burger kt Mc'd. takde...takde dah zaman kegemilangan berpoya-poya di bandar sesak sume tu. takde daaa *pasrah..


Akhirnya, cuti yang tiga hari plus one menjadi indah dengan hanya memandang dinding.  Dinding ape, dinding mukabuku..uhuk3


nah hambik gambau nenek gedavakkk niee :P



Thanks for reading.
Tata~

teman setia

As salam....

SELAMAT PAGI!!

Dah lama xtunjuk gambar ryan, makin besar dan makin comel *for me la, sebab die lah teman setia emiey, waktu belajar..waktu sedih, waktu tension dan waktu bahagia serta yang penting ryan tak pernah diabaikan, sebab tu die makin besar wooooi. huhu

 Ryan...jangan takut, kepala je macam ular..tapi die ni takde bisa.Selamat untuk dipegang dan untuk dicium, mmuahahaa =)


Ryan kepenatan menunggu emiey siap keje, lampu tak tutup ag biasanya die tak tidor. tapi tengok ni, dah penat sangat akhirnya terlelap.


bunyi snapping pic dari kamera fon, terus die tersedar..satu mata je terbukak, alolooo..


die tidor balik, kali ni emiey snap dengan berhati-hati tapi cahaya pulak terlebih-lebih kt tang mata die tuuu..




Thanks for reading
Tata~

PURE MARINE COLLAGEN

As salam....

Apa itu PURE MARINE COLLAGEN??

Ianya sejenis kolagen mentah..
100% asli dan belum diproses.. memang tiada campuran bahan2 lain.
Ia bukan dalam bentuk serbuk, ni tumbuhan marin yang telah dikeringkan kaya dengan kolagen, tiada bahan kimia langsung..
Tiada side effect yang buruk melainkan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik.


Beberapa kehebatan KOLAGEN ASLI.
* Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
* Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
* 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2

* Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan

* PH bernilai 7.6

Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin..

Yang paling best, sesuai untuk preggy women utk dapatkan kulit baby yang putih dan kulit cantik

**Bagi wanita yang sedang berpantang & menyusukan bayi, boleh ambil pure collagen ini dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi**
Ada 2 kaedah penyediaan yang perlu anda pilih mengikut citarasa masing-masing:



MACAM MANA CARA PENGAMBILAN PURE MARINE COLLAGEN NI.

1. masak & makan
2. sebagai masker


KAEDAH PENYEDIAAN A
Cara Penggunaan : 
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)


Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci

KAEDAH PENYEDIAAN B
Cara Penggunaan : 
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais


Cara Pengambilan : 
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
4. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker

PERHATIAN :
* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..




Kebaikan Kolagen Asli
  • Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  • Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  • Menghilangkan SEMBELIT
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  • MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Meningkatkan fungsi stomatch
  • Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  • Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  • Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  • SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  • Mencegah ANEMIA
  • Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya                                                                                                                                                                      
MACAM CARA NAK ORDER?
 
Like page ni & order 

----->   FM BEAUTY ONLINE SHOP

dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. 
cekidaut =)

Buat baik.

As salam....


Melakukan sesuatu biarlah diredhai oleh orang lain juga, maksudnya janganla buat sesuatu yang akan membuatkan orang lain mengutuk dan mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk kita.  Bila kita buat baik, orang akan doakan yang baik untuk kita.  Bile buat jahat? orang tak suka dan mengutuk kita.  Macam mana hidup kita lepas ni? 

Buat baik dibalas baik =)

Paling kurang pun jangan buat sampai orang lain terasa sehingga mendoakan yang tak baik untuk kita dan keluarga kita =)



p/s : Awak, awak dan awak semua...doakan semoga apa yang dirancang oleh emiey dan keluarga berjalan lancar yer! :D

Sg. Tekala - ICT

As salam...

Hati dalam kesedihan.  Saat semua bebanan kerja bagi semester ni dah mula berkurang, encik tunang pulak terpaksa menjauh.  Ke peghlis baq ang..huhu, betoi ka ayat nih? =.='

Minggu lepas sempat jumpa, diberitahu die akan ke perlis pada 15/9 tapi diawalkan pulak pada minggu ni. 


dah menjadi kebiasaan emiey pakai pakai weges.


Tempat dituju rupanya bukan sebarangan tempat.  Tak sempat nak masak, burger Mc'D kegemaran encik tunang menjadi pilihan hati.  Beli dua, sorang satu baru tak berebut perut pun kenyang, eh..itu kan semestinya >,<'

  Setelah penat mendaki tangga yang tak lah bape tinggi sangat, tapi u ols boleh paham x? ai nih pemakai weges. hohoho~


encik tunang dah geram tengok air sejuk sangat.  Dia turun jugak, dah ini plan die ofkos la die bawak baju untuk salin.  Emiey tengok jer, sejuk di mata memandang die dok main air ngan budak-budak kat situ.  Budak-budak tu yang start kacau die, main simbah simbah air..encik tunang yang xde geng tu pun melayan je la budak-budak nih.  Comel kan budak yang baju hitam tu, muke siyes je die pegang mainan die tu untuk simbah ke arah encik tunang. 


Peace yow..emiey tak bersalah hokey, encik tunang ambik terus ke Sg. Tekala ni.  Emiey lak penuh semangat melaram dengan skirt serta tudung style al hijabista ni, rupenye pi dating masuk hutan nuh.  HUHU.  Orang lain semua dok mandang, ye r..datang ke tempat rekreasi macam tu dengan pakai camni? Weges tinggi, skirt pulak kembang princess camne nak lalu batu besar kat air tu.  Tapi emiey buat muke rileks ja. hoho..redah jer..


Tak pernah lagi datang ke Sg. Tekala ni, first time sampai takut gak sebab laluan kampung macam sunyi.  Dalam hati, betoi ke ade tempat mandi-manda kat sini.  Tapi bile sampai jer, mak aihh..ramainyer kewujudan manusia kat sini.  Melayu, cina India..pelancong pun ada.  Ermm..mungkin jugak sebab hari tu cuti umum 31 Ogos. 


Kenapa encik tunang bawak emiey ke sini? Sebab emiey pernah bagitau die dalam mesej nak tenangkan fikiran sebab banyak sangat keje.  So, die pun tanye family mak sedara die mana tempat best dekat ngan Kajang ni, diorang pun suggestkan  kat sini.  Paham tak kat situ, sikap encik tunang yang sentiasa memenuhi permintaan emiey.ehehe. Terima kasih cinta....


Keesokkan harinya, encik tunang bawak emiey ke tempat yang banyak lampu-lampu tuu (ICT).  Agak jauh la ke Shah Alam dari Kajang (umah mak sedara encik tunang, tempat kitorang selalu menginap kalau dating) ni, tapi diredahi jugak.  Time ni emiey tak sangka gak, dating last kami sebelum encik tunang ke Perlis.  Urmmm...terima kasih cinta.

Happy bile tengok encik tunang happy =)


yay! lampu bergemerlapan.


p/s : Encik tunang dah hampir sampai ke Perlis.  Thanks a lot for the best memory last week.  


Thanks for reading.
Tata~

Alhamdulillah..merdeka!

As salam...

31 Ogos dah lepas, tapi baru hari ni baru emiey dapat merasakan nikmat merdeka ni.  Err...berpuitis pulak, ini disebabkan emiey dah lepas pembentangan Tesis (VIVA) .  Ya Allah, tak dapat nak gambarkan betapa emiey eksaited sangat.  Sebabnya, dari awal set ada banyak masa lagi hingga minggu depan tarikh 11 September, tapi rupa-rupanya untuk sesi emiey punya giliran diawalkan pada minggu ni.  Bermula dari Isnin hingga semalam adalah masa untuk bersedia, dah la penulisan banyak lagi kena tambah.  

Pembentangan berlangsung pagi tadi, emiey punyer giliran dalam pukul 12.30tghari. Jadi, bila dah lepas ni rasa lega sangat-sangat!

Sekarang tengah fikir nak siapkan dua esaimen je lagi, pastu baru boleh enjoy untuk habiskan sisa-sisa hidup sebagai student.  Hujung tahun ni dah habis study, lima tahun setengah sudah hampir berakhir hoi hoi hoi....*happy betoi*

Gambar masa kat Sg. Tekala masa hari merdeka hari tu, ramai sangat pengunjung dari pelbagai kaum,  pelancong pun ramai datang..airnya sejukkkkkk.  Nak request dengan encik tunang, jom pergi lagi!! huhu~


Thanks for reading.
Tata~

Indah iftar

As salam...

Masih terbau sate, ketupat, rendangkah? no..no..not for emiey la sebab now dah ade kat Melaka. Ya, sedang berjuang berjuang berjuang!! ehehe..mentang-mentang sambut merdeka, ambik semangat dari encik tunang sikit =.='

Sementara baru bulan syawal ni, emiey nak habiskan update pasal bulan Ramadhan yang lepas.  Yela, masa raya hari tu balik kampung pulung kumpul duit raya.  Sempat la kumpul enam hengget, not bad..boleh laa..boleh laa..sadis, i kecewa hokeyh, terus bagi sedekah je la kat adik.  Nak story sikit nih, betapa kejam orang dewasa melayan emiey *bajet diri masih children la nih.  Sambil dok bagi samul raya kat adik-adik, pakcik tu cakap..yang ni tak yah la ek, dah separuh nak tukar status.  Whattt?? kalau tahu camtu, tunang lepas raya..tentu masih dapat duit raya kan.  *just kidding* Alhamdulillah, raya last sebagai single hot spicy not available ni agak meriah jugak.  Alhamdulillah =)

Okeyh, masuk citer pasal bulan Ramadhan lepas.  Nak habaq mai pasal iftar.  

Depan kami ada dulang, menanti untuk dijamah. nyummm! dua orang je makan satu dulang? eh..tengok pipi lerr :P

 kami ade lesong pipit, kau adoo?
eh..puas emiey dok senyum nak kasi nampak ini lesung..haiihh..yang sebelah emiey ni akak comel yang pemos ngan lesung batu die tuh <---ayat jeles sih..


Majlis berbuka puasa di BISA IPG KPM =)


Iftar + Hang out =)

Bersama kawan-kawan yang bak fair & lovely, semanis famos amos & seceria iklan colgate! 

Kami pergi mentry rasa ke restoran See U @ Village Steamboat, quite okey but the last semua sepakat lebih puas hati kalau pergi Seoul Garden sebab boleh makan manyak-manyak with many choices @_@!

beli satu set hidangan steamboat tu, then dapat separuh harga nasi goreng.  Emiey xambik set harga separuh nasi goreng tapi ambik set hidangan steamboat jugak.  Time ni ade promosi, kalau pergi lepas ni dah xde yang separuh harga tu, don't blame me yaaa..ehehe

 muke ter-skima, xsabo nak makanggg~


Ni pi after berkaroake, sume sangat3 sporting..buat emiey rindu nk hang out camni lagi.  



p/s : almost pic ade makanan, minuman..haihhh..cekgi cekgi :P



Thanks for reading.
Tata~