Wordless Wednesday #24 : RAYA 2012

As salam...




I heart them very much.
Rindu*



eh..sempat ber'WW je
^________^'

Selamat Hari Raya!!

As salam....




Kepada rakan blogger, emiey memohon maaf sekiranya ada tersilap terkasar bahasa dalam blog ni.   Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...semoga hari raya tahun ini bertambah indah dengan amalan di bulan Ramadhan ini.  InsyaAllah =)

p/s : baru dapat online kt kampung ni, TERlambat lak wish kepada warga blogger.  Ampunnn..
SELAMAT HARI RAYA !!

It's our best moment ♥

As salam...




cerita lanjut akan diupdate dalam entri berikutnya.  Love u alls. xoxo!


Persiapan raya tahun ni =)

As salam....

Kepenatan. Sunyi. Sepi.  Yela..tengok la jam, dah nak pukul 3 pagi.  Boleh terus sahur ni, ehehe..Actually tengah eksaited lagi ni, nak kemas barang nak balik kampung..hari JUMAAT.  Eksaited nak balik kampung lepas buat beberapa persiapan raya.  Jom tengok persiapan raya emiey untuk tahun ni.. 


Apalah sangat persiapan di perantauan.. Selalunye persiapan emiey bersederhana sahaja, kali ni pun bersederhana lagi, ehehe =)


Beberapa hari lepas, ada keluar pergi ke Melaka Sentral.  Jangan tak tahu, kat Melaka Sentral tu pun banyak pilihan dengan harga yang best-best jugak.  So, masa melangkah keluar dari bilik takde pun berniat nak beli tudung raya, but tahu je la pesen pompuan ni suka tengok benda-benda lawa.  I found them! ehehe..sebaik je nampak tudung-tudung yang menarik ni, emiey terus pilih-pilih ambik warna yang boleh matching dengan baju raya yang dibuat kat kampung. 


Tudung merah --> jubah mini polka dot (ma sponsor)
Tudung hijau polka dot --> baju kurung moden yang dapat dari hantaran tunang
Tudung coklat --> untuk my mom, ini warna yang ma request and ma nak kosong sahaja, harap-harap ma suka tudung yang kak ngah beli nie.



Beli tudung jer, kasut nanti pakai je mana-mana weges yang ada.  Kuih raya pulak emiey ada pakat dengan adik untuk beli half-half.  So, emiey beli 3 jenis kuih + kek yang supermarvellous, tempah dari kawan.


Persiapan semua ni buat dalam minggu ni.  Kenapa? kalau semua beli awal-awal, mahunye asyik menitis air mata ni dok mengira hari nak balik.  So, sekang dah boleh countdown jam..beberapa jam sahaja lagi....NAKKK BALIKKKKKKKK!



Thanks for reading!
Tata~

Kad Selamat Hari Raya

As salam....

Budaya memberi kad selamat hari raya sudah makin dilupakan, Yela...sekang semua dah canggih, dunia di hujung jari..klik sahaja dah boleh hantar kad raya.  Emiey ingat lagi dulu-dulu selalu akan cuba bagi kad raya kepada kawan-kawan.  Tulis dengan pen macam-macam warna, kalerful & glimmering gitew..pastu sorok-sorok letak bawah meja atau dalam buku kawan.   Rindunyer kenangan di sekolah...


Awal-awal puasa hari tu, ada dua orang sahabat blogger emiey iaitu Aida & AinRaus ada mintak alamat emiey sebab nak bagi kad raya.  Eksaited pulak bila dengar nak dapat kad raya.  Urmmm..masa jalan-jalan shopping raya dengan encik tunang, terjumpa kad hari raya..terus beli jugak.  Jadi, mula lah operasi emiey mengutip adress kawan-kawan, tapi...bukan operasi sangat pun, mintak mana sempat jer.  Yela, emiey masih sibuk lagi dengan tesis dan esaimen, tapi masih tetap nak feelin suasana raya..maka sibuk nak hantar jugak kad raya untuk kawan-kawan.  Pssttt..sampai ada kawan-kawan tanya nak hantar kad kawin ke? ehehe..kad kawin InsyaAllah akan menyusul, alamat-alamat yang ada sekarang ni memang akan disimpan untuk tujuan itu, ehehe =)

ni first batch menggunakan perkhidmatan pos, pasni nak bagi by hand jer.  Tak pe kan..ehehe, sesiapa yang tak dapat jangan merajuk tau..raya raya raya *****


Korang yang emiey mintak alamat tu, sorry tau kalau kad lambat sampai.  Niat di hati hanya ingin memeriahkan suasana...*berkumandang lagu 'Suasana Hari Raya'


Thanks for reading.
Tata~


IFTAR PRESCHOOL OF ROXS 2012

As salam....

Hari Rabu lepas, emiey dan 18 orang lagi clasmates keluar untuk berbuke puasa bersama-sama.  Setiap kali menjelang Ramadhan, pasti akan berkumpul macam ni.  Inikan pulak tahun last kitorang berpuasa bersama. wuu..sedih pulak mengenangkan saat perpisahan itu akan tiba..










at Chicken Rice Shop! 


awal-awal dah reserved 3 buah meja..

 me with mentor, our lecturer in the same time like a mom for our class.  Thanks for be very understanding for us.
 
the candid one! sempat pulak merayau ke kedai kasut yang best ni..

 kenyang perut suke hati. lalala~~


semua ade, all 19's Preschool Of Roxs including our mentor, terselit dalam kitorang jugak. Sweet


let's see the menu and also the cutest 'paper' ni, ehehe =)


Gubahan Hantaran Pertunangan =)

As salam...

Sekarang baru ada masa nak publish entry ni.  Dah lama kot. ehehe..Sejak semalam mood emiey asyik nak menulis kat blog je.  Boleh kan, bile lagi..hee :D kalau time sibuk, lama blog ni terbengkalai..kalau time ade mood tapi sibuk jugak..meleret-leret la entri.   Sekarang pun dah guna ganti nama 'emiey', menunjukkan emiey lebih suke meluahkan kepada my blog ni ^__^


Tuala. Tak tahu cmne leh dapat warna pink soft lak tu..
buat hantaran kepada pihak lelaki, okey je kan =)

Coklat!  Coklat biasa-biasa je takde roche roche tuh, janji bekas coklat ni lawa, menjadi jugak..main tempek-tempek je bunga ni, terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu :D


Buah-buahan.  Buah-buahan sangat meriah hokeyh, plan emiey just nak letak epal dan anggur je.  Tapi bile keluar pi pasar dengan ma, ma cakap letak la buah kundang ni. Okey.  Lepas tu kawan datang pulak bawak oren dan epal, semuanya letak. ehehe.

Tempat letak cincin =)

Baju Melayu.  Tak beragak, nak warna pink jugak, tapi emiey dan encik tunang dah ade plan yang baik sekarang. ehehe, jadi rasa tak sabar-sabar lak tengok gambar ni. 

Kek blueberry.  Urmmm..nyesal tak double check kt kertas order, it shud be 'fariz' not 'faris'..sorry my dear~

Ini hantar ketujuh! eh bukan-bukan..bunga telor yang dipacak kat atas pulut semangat sebanarnya.  Yang tu lupa nak ambik gambar sebab dibawa keluar terus dari dapur.  Mesti la lawa jugak, sebab auntie2 yang tolong buatkan..untungkannn ade ramai auntie yang baik hati. :D


Paling suka gambar ni, my uncle and my sister! ehehe. Thanks family

Gigih Melangkah

As salam....Dear blog,


Jauh perjalanan hidup ini
Kulewati tanpa jemu
Masih tanpa jemu
Meski berulang kali ku temui hampa
Meski berulang kali ku temui duka


Obor semangatku pada janji kebahagiaan
Bila masa lalu pernah membuatku tersenyum
Masa hadapan pasti tidak akan mengecewakan aku
Tanpa sedar rupanya aku begitu gigih melangkah


 Bisik kata manusia sekeliling kadang menjadikan aku seperti mereka
Aku mencari kembali
Diri sendiri
Berpaut pada asal datangnya diri ini
Bukan melupakan
Tapi mencipta kekuatan


~emieysandra. 8/5/12. 4.45am~



p/s : masih buat kerja, sorang-sorang dan suasana sangat sunyi..terasa nak menulis.


Selamat Bersahur!

Permudahkan segalanya...

As salam...

Kebelakangan ni, mood emiey asyik turun naik...bahagia sangat-sangat pastu merundum jatuh sedih sangat-sangat.  Semua berkaitan dengan perkahwinan emiey dan encik tunang.  Ya betul kata orang, begitu kuat dugaan bertunang.  Masa buat keputusan untuk berkahwin pun masih diuji. Syaitannirojiim masih akan terus mencuba untuk meruntuhkan urusan Allah yang paling baik ini.  Astaghfirullahalazimmm..jauhkan semua ini dari kami..


Terima kasih ma abah kerana menjadi ibubapa yang tidak terlalu cerewet dan lebih mengutamakan ikatan yang halal buat anak perempuanmu ini.  Kebiasaan yang emiey jumpe, keluarga belah perempuan yang cerewet tak boleh macam tu tak boleh macam ni..kena macam ni jugak tapi alhamdulillah ma abah sangat senang diuruskan.  Saat emiey pening dan keliru, ma ada menenangkan.  Kamulah yang paling utama.  Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan anugerah yang tidak terhingga ini buatku. 


Dan terima kasih juga kepada ma abah encik tunang.  Bakal keluarga mentua yang amat menjaga dan selalu mengutamakan kebahagiaan kami.  Mereka sangat baik..oleh itu,emiey janji akan jadi terbaik juga buat mereka.


Keluarga adalah penguat semangat kami.  Maaf juga kerana menyusahkan, maaf sangat-sangat.


 

Terjumpe doa ni di blog Yuyu Zulaikha, emiey ambik, dah siap dihias lawa-lawa penuh bunga, jap ag nak print nak tempek kat board dalam bilik. Ehehe. Elok untuk diamalkan selalu!



Thanks for reading~

Kau dan Aku

As salam....

Satu saat kita sama-sama marah,
Atas satu pertelingkahan,
Diam,
Sama-sama ingin dipujuk.


Aku masih enggan,
Kau masih kaku.


Dalam hati,
Kau tiada ganti,
Dan aku tahu aku masih disayangi.


Kau bersuara lembut, 
Kau mengalah,
Aku pun mulai tersenyum.

Kita sama.
Sama-sama memaafkan.


  eh encik tunang ni, bahajet chohomel kah? kah kah kah, ooppss.


p/s : satu moment terindah, sukar untuk digambar dengan kata-kata.  Kau dan Aku, Sayang Selalu.



Wordless Wednesday #23 : Pilihan warna baju raya

As salam....

@

@


sumber gambar : Google


p/s : mencari warna baju raya untuk beli sedondon dengan encik tunang =)


Sensitif

As salam...

Emiey ni jarang nak sensitif, sentap bagai..tapi kalau dengan encik tunang memang selalu.  

Sensitif - gaduh - luah perasaan - okey balik - makin bahagia.  



Tapi kalau dengan orang yang selain encik tunang, memang takde kemanisan la.  
  
Pahit..pahit...pahit..pahit..tawar..tawar..neutral.  


Haihhh..entah bahasa ape dah emiey tulis ni.


Satu perkara yang kita perlu ingat, 
Kita jangan buat jahat kat orang lain, supaya orang lain tak buat jahat pada kita.  


Ermmm..pernah orang buat jahat kat anda?  Jadi, renung-renungkan...



p/s : sedih. Semoga 'awak' bahagia.