Berbuka puasa wif ♥

As salam...



 encik tunang dah kepenatan, cenyum la sikit...

pastu, emiey dok membebel la kat die..camne nanti depan photographer kahwin masih buat huruf C ke bawah, mesti gambar tak cantik..bla..bla..bla...hakikatnya, memang susah encik tunang ni nak senyum seikhlas hati.  Geram tau..ingat, muka u garang sangat k?....


manissss!
dah..tak leh puji lebih-lebih
:p

Dah azan, alhamdulillah..air mineral yang jadi keutamaan..minuman berais ni, emiey tak layann okayh..BAIK UNTUK KESIHATAN =)

Air je atas meja? hurmmmm..bila berbuka puasa kat luar, ramai sangat orang dalam satu kedai, jadi makanan pun sampai lambat.  Nasib baik kat marrybrown ni ada bagi kurma, boleh memberi sedikit tenaga dulu, lepas penat jalan-jalan. hee :D



Thanks for reading.
Tata~

Wordless Wednesday #22 : Menu berbuka hari ini

As salam...

Ayam masak cili api!
Sumber: Google.

Zzzzzzzzzzzzzzzzz..
:P

biar cinta kita sampai syurga | sedetik lebih

As salam...

encik tunang amat jarang memuji tau, oleh itu..harus print screen, untuk tatapan pastu sengih sorang-sorang..aiyoooo =.="

Salah satu mesej dari encik tunang, yang buat aku terharu sangat :

Cinta sejati abang hanyalah untuk ayang seorang jer, abang serahkan cinta itu dengan kasih sayang..luv u.

Macam-macam dugaan dah aku lalui sepanjang bertunang ni, memang kena banyak sabar dan kuat.  Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.  Semoga urusan untuk kita bersatu pun dipermudahkanNya. 


Nah, ditujukan lagu 'Sedetik Lebih- Anuar Zain' buat tunang tersayang.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Terselit sejuta rasa kebahagiaan, pabila dicintaimu.  Apapun dugaan yang datang yakinilah hati ini milikmu selamanya.


Thanks for reading!
Tata~

Meh nak jawab

As salam...

Ada satu komen ni dari anonymous, dah lama aku tak approve sebab nak ingatkan diri sendiri supaya buat post mengenai hal ini.  Jom tengok dulu ape komen yang aku terima ni untuk entri yang ni.

sila klik untuk tumbesaran yang sihat :P


Memandangkan ianya dari anonymous, jadi aku terpaksa buat post, sebab tak tahu macam mana nak bagitahu die, ermmm..dan aku berharap dia akan datang baca balik..

Aku ni taklah arif benor dalam hal sebegini, tapi kalau simptom badan lebam, 

1. Ia mungkin disebabkan kura-kura yang satu lagi tu suka memanjat.  Kura-kura ni suka memanjat badan masing-masing, mungkin itu cara kekura ni bermain la kot.  Tapi,kalau ianya kelihatan memudaratkan..baik asingkan dulu kura-kura buat sementara waktu, maksudnya, letakkan dua kura-kura ke dalam dua bekas lain-lain..pisahkan sekejap. 

2.  Mungkin badan kura-kura tu masih lembik dan tidak sesuai dengan perjalanan jauh.  Dulu aku bawak balik Ryan ke kampung (kelantan) masa cengkerang ryan dah keras.  Diingatkan juga, kalau waktu cengkerang kura-kura ni lembik..jangan bagi ianya jatuh banyak kali, boleh memudaratkan kesihatannya. ecececehh..dah macam gaya doktor veterinar pulak >,<"


Apapun, ini hanya pendapat aku sahaja berdasarkan pengalaman yang ada, kalau nak lebih afdal..bawalah kura-kura tu pi jumpa doktor veterinar yang sebenar =)

gambar bersama Ryan masa berhenti di sebuah masjid di Johor,
ada pemandangan laut..very nice view kan ^__^"



Thanks for reading!
Tata~

Cabaran seorang guru | blog baru

As salam...

TERskima pulak tajuk kali ni.  ehehe, maafkan shayer :P
Bukan guru sahaja mempunyai cabaran, kerjaya lain pun ada cabaran tersendiri kan.  Masing-masing ada susah dan senangnya, namun...setiap cabaran dalam hidup ini sangat bermakna kerana ia yang menjadikan kita seperti pada hari ini. 

Aih..susahnye nak jadi skima di blog sendiri nih, ehehe.  Sebenarnya aku nak bagitahu, aku ada blog lain! huwaa..curang lagi pada blog ni..tapi apakan daya ianya merupakan tugasan, maka wajiblah diri ini turut sama menumpukan perhatian kat blog ni.

*Dah reti main sekapur sireh lak da, sekapurr..duakapurr...ermm =.='


Err...korang pernah ke buat blog semata-mata tugasan?  Mesti ada yang pernah kan..



Thanks for reading!
Tata~

SELAMAT BERPUASA

As salam...

Masih tak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada kenalan di blog ni kan.. Ehehe, kononnya mahu post entri semalam tapi sesi mengemas bilik masih belum selesai. Almaklumlah..dah kembali menjadi budak asrama >,<"

Hari first puasa, lepas sahur sorang-sorang minum air masak...encik tunang tepon pukul 6pagi

encik tunang   : sayang makan ape pagi ni?
cik tunang       : minum air masak je *cakap pun dalam mamai, sebab dah sambung tidor balik. ish anak dara ni :P
encik tunang  : abang tak lalu makan sebab ingatkan sayang.
cik tunang      : kenapa lak? makan je la.
encik tunang  : ermm..takpela,  tahun depan insyaAllah kita dah dapat puasa sama-sama.

~~~~~~~~~senyum sampai tertidur balik~~~~~~~~
tahun ni, banyak kali aku nangis bagitahu encik tunang yang aku rindu kat rumah, rindu kat ma dan pernah sampai demam sebab rindu kat ma.  Tahun kelima di perantauan, bukan makin tabah tapi manje pulak yang menjadi-jadi.  Jadi, encik tunang turut merasa sedih sebab aku dok bilik sorang, takde rumet maka kesedihan itu amat terasa! sobss sobbs...

   Lupakan babak sedih "Ramadhan di perantauan" sebentar tadi, kite teruskan dengan ucapan "SELAMAT BERPUASA!"

Sebagai peringatan bersama, jom rujuk checklist di bawah...



p/s : tengah pikir-pikir mau makan apa untuk berbuka nanti @__@"


Thanks for reading.
Tata~

Bengkel Membina Blog??

As salam...

Buat blog pun ada bengkel? huhh..siapa la yang berani buat bengkel ni selain aku eh? boleh fening tau tak sebab blog ni banyak perkara nak belajar bagi yang zero pasal blog ni.  Tapi dek permintaan salah seorang cikgu di tempat praktikal ku itu, ku gagahi jua.  Jadi, pilih-pilih ilmu basic dan bersesuaian dengan tujuan diorang sahaja.  Diorang nak belajar update blog sebab sekarang ada jugak penilaian dalam ICT kan..contohnya, blog untuk perpustakaan, blog makmal komputer dan lain-lain panitia.

semangat mengajar cikgu-cikgu ni, sampai terangkat-angkat tangan..haihh..lebih dari pembaca berita lak >,<"

Masa belajar, cikgu-cikgu ni semua eksaited bila ada blog masing-masing..harap-harap blog yang ada tu selalu diupdate la..ehehe, sebab diorang ada kemudahan internet yang sangat baik kat sekolah tu, no excuses lagi eh..*cehh..gaya pensyarah bagi tugasan lak, adess, kene cepuk jugak kan dengan cikgu zul,cikgu makmal komputer yang paling bersemangat.


p/s : semalam hari last di SK Parit Gantong,sedih sebab seronok sangat berada di sekolah tu dan dah rapat sangat dengan semua cikgu 18orang di sekolah tu.  




Thanks for reading!
Tata.

Curang

As salam...

Curang adalah perkataan yang cukup dekat dalam sesuatu perhubungan pakwe makwe.  Tapi topik yang ingin bincangkan kali ini ialah tidak berkait langsung dengan pakwe mahupun makwe.  Mentang-mentang dah ada tunang terasa lain je sebut pakwe makwe ni.  Kalau orang tanya..."Ini ke pakwe ko?"  senyum sipu-sipu sambil jawab "tak, ni tunang" mula senyum lebar ke telinga.  Eh..baru tunang dah kecoh macam akan kekal sepuluh ribu tahun lagi je.  EH. Mestilah! *suara hati mau nak menang jerrr....

Kepada encik tunang, saya sumpah ingin setia selamanya...meskipun mata ini dah lali menangis dengan alasan orang bercinta..hati ini telah disakiti, uhukk33..hati ini jua selalu membengkak tanpa kembang kuncup bunga-bunga cinta, segala ruangan hati masih terisi cinta. wah333xx..sesekali berblog terus ayat kemain jiwang..kat mana belajar nih?? Tentulah dari kehidupan! *suara hati masih sibuk nak menjawab.

Cukup cukup sudah dengan ayat-ayat pengenalan di atas...kita balik ke topik curang.  Mudah je habaq..."JANGAN CURANG, SEMOGA BAHAGIA BERPANJANGAN" ehehe..boleh buat cogan kata dah ni =)

Tapi kesian kat diri sendiri apabila terpaksa mencurangkan diri terhadap blog lain.  Terhadap blog yer..

Kena siapkan blog sekolah ni la..

simple-simple jer, xleh nak katun katun sangat =)


Sekarang ni aku masih menjalani program Internship, jadi aku terpaksa lah menguruskan beberapa projek.  Bila dok bincang-bincang cari idea nak buat projek ape, tetibe je cikgu ICT sekolah ni suruh aku buat blog sekolah.. jadi, untuk satu lagi projek minor..aku buat la blog yang sesimple mungkin untuk sekolah ni.  Lagi satu, kena adakan bengkel untuk ajar cikgu-cikgu ni cara buat blog, ajar basic je..ehehe.  Ajar cikgu-cikgu ni yang bikin nervous ni..tapi belajar-belajar ni kena santai je kan..so, doakan aku berjaya buat yang terbaik untuk program internship.  InsyaAllah..


p/s : seronok sangat internship ni, banyak benda baru yang dipelajari.
^____^"

kalau awak sayang :D

As salam....

kalau saya sedih, saya cari orang yang sayangkan saya. Barulah saya tenang dan gembira kembali ♥



Perihal Gambar : pic yang xsempat nak dipost dalam entri semalam..agak2 gambar masa kecik sape ni? hee. omei kan? sekarang je yang x omei,
kununnyer nak buat wordless wednesday tapi tetiba je laptop mati..charger lak lupe bawak, chhhantek sgt..OFF!



Perihal Ayat dalam kotak pink di atas : kalau saya rindu encik tunang, saya telefon mama encik tunang yang juga sayangkan saya! *terlebihperasaaaan tol la =.='


Kertas Kerja

As salam...

Intership..internship..semuanya gara-gara internship ni.  Jadi sekarang kena bertungkus lumus menyiapkan pelbagai kertas kerja.  Pelbagai? macam banyak kan..urmm..banyak la jugak.  Tapi takpe, semua dugaan dan cabaran ini harus diharungi dengan tabah dan kuat! ehehehe *semangat-semangat..


Sekarang kertas kerja untuk program 3K dah siap..tunggu nak bentang kat semua guru je petang ni.  Kemudian buat program ceramah motivasi, projek taman sains and ade satu program bawah LADAP yang aku kena handle..hope everything will be okay. Uolss..wish me Good Luck hokeyhhh.  Sebolehnya kali ni nak bekerja dengan tenang sesenang hatinya.  InsyaAllah.


Senyum.
bersama skandal-skandal tersayang :P

 
Seronok berada kat sekolah praktikal sekarang ni, nasib lah kat Melaka..kalau tak mesti nak mintak posting sini maaa..hekk33..

~Alhamdulillah~



Thanks for reading!
Tata~

BLUE is for our FRIENDSHIP!

As salam....

Tak lengkap blog ni kalau tak story mory about my bestfren's wedding.  3 Jun yang lepas, sempat beberapa hari jugak aku berkampung di rumahnya.  Semua tu sebab eksaited hokeyh..eksaited bile teman rapat dah nak bertukar status.  And one more thing, thank u coz u really make me as ur bff dengan sudi berkongsi segala problemas and the happiness =)

 iklan jap..
jumpe baby yang tomei lagi boolat.  pantang nih kalau tidak didukung ditium tium..


inilah kawan titew.. wow! lepas siap diandam.  memang lawa plus SUPERgojes kan? Eh eh tetibe je rasa melebar di sisi pengantin yang tetibe je jugak makin kulus ni. hik33..jangan marah ye am :P


Pengantin selepas akad nikah.SINAR KEBAHAGIAAN. agree? ehehe =)


wish u happy forever with ur pelangkap tulang rusuk yang telah ditemui.  
InsyaAllah, may u all happy together till Jannah =)


Thanks for reading!
Tata~

Latihan Kebakaran

As salam....

Hari pertama ke sekolah untuk menjalani program internship dah kena uruskan murid prasekolah untuk latihan kebakaran.   Kalau nak diikutkan program intenship ni, aku dah xperlu duduk kt prasekolah tapi memandangkan cikgu prasekolah dapat mc sakit selama seminggu, maka relief la kt prasekolah selama seminggu =)

murid-murid terkaku melihat bomba datang dengan lori bomba yang besar tu..siap siram siram air lagi..ke diorang pikir nak mandi kat tengah-tengah panas nih. huiiihh


sedang memeriksa nama murid-murid prasekolah.  Semua ada!
Eh..eh cikgu pakai baju oren matching ngan abam2 bomba..

anggota bomba sedang mengangkat 'mangsa rentung' akibat lambat bergerak ke padang.  Entah kenapa aku macam pernah merasai pengalaman diangkat di atas stretcher nih..HAHAHA gelak kat diri sendiri. 


Thanks for reading!
Happy Sunday!!
Tata~