Kisah Ryan lagikkkkk

As salam....

Aku masih tak jemu nak mengingatkan kalian bahawa aku mempunyai seekor binatang peliharaan yang kecik dan comel iaitu Ryan!

nampak kecik la sebab nama pun kura-kura kecik kan. tapi..bila praktikal tiga bulan yang lepas, kawan2 yg jumpe Ryan ni mesti akan cakap


waa..besarnyer!
tembumnyer!
gemokknyer!


aku yang tengok Ryan hari-hari memang la tak rasa sangat die besar, masih ku anggap kecik masih ku anggap baby..tapi yang aku nampak perbezaanya, dulu aku aku tak boleh pegang tangan & kakinyer tu..tapi sekarang dah boleh.  Bile pegang, die mula menepis, pegang banyak kali..terus redha membiarkan tuannya ini membelainya. Hee :D



Selalu lepaskan die dalam bilik sebab dah xde rumet maka bebas la bagi Ryan jalan-jalan.  Dia akan masuk bawah almari, celah kotak-kotak..bila lapar je, datang mendongak kepala kat tuannya ini minta dibawa masuk dalam air dan disuapkan makan.


Owh, btw dah lama aku publish video ni kat youtube..nak tunjuk gelagat Ryan yang dok ikut je baju kelawar hijau yang aku pakai..sampai berlari-lari..haa...pernah tengok kura-kura berlari tak? Moh ler  =.='

bile banyak kali edit kat youtube, tulisan dah jadi gegar gegar padahal tak setting camtu pun..xtawu! jangan tanye kite ><"


video ni kelakar sikit kot sebab aku tak reti nak sangat nak edit-edit video..nak pulak movie maker yang latest belom explore lagi.  One more, ade muzik kedengaran sayup-sayup tu nasyid binnabil huda dari kumpulan UNIC yang aku pasang kat laptop, masa sesi mengedit lupa nak edit sound tu.  Setiap kali aku pakai baju kelawar hijau tu, macam tu la ryan..asyik tenung je baju tu..bila aku gerak sikit dia mula ikut.

mood kawin kawin kawin

As salam...

Belum lagi cuti sekolah bermula...kad jemputan sudah mula penuh di tangan.  Bukan satu, dua mahupun tiga..banyak-banyak la..daripada kawan-kawan yang terdekat iaitu rakan satu batch sendiri.  Alhamdulillah, barakallahuma kepada mereka yang nak menamatkan zaman bujang ni, semoga berbahagia dengan suami dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik.


Dalam banyak-banyak jemputan, satu je yang dapat aku penuhi permintaannya siap ada tugas besar lak tu.  InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin. 

Comel kan pasangan ni? jumpe kat google masa tengah berangan-angan.....opps.  So, kepada bakal-bakal pengantin aku dah bagi idea camne nak posing depan kamera banyak2 di hari bahagia nanti.  nampak manja, bahagia dan romantik kan. ehehe :D



Tak lupe nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Nurul Badiah Lai yang dah berkahwin dengan berseri-seri cantiknya.  Baju kawin die cantik kan kann, kite suke sebab macam princess tau =)



p/s : apakah tema di hari perkahwinan u olss? aku dah chop pink purple. lawa kan. wee :D

Semester 7 sudah berakhir | Demam

As salam..

Yeay..yeay.hip hooray! mari bergembira sebab sem 7 sudah berakhir.


Maka hari ini diumumkan tanggal 25 Mei 2012 adalah hari terakhir keberadaan aku di kampus tercinta untuk semester 7. *cehhhhhhhhhhhhhhh bajet dah habis pengajian, kalau ada penonton mesti dibaling kertasss banyak2. ok, takde penonton =.="


Actually, otak rasa dah tak betul kot malam ni sebab baru je dapat tenaga balik selepas satu setengah hari tidur di bawah kawalan ubat.  Demam paling teruk untuk semester ni, jangan ada lagi demam untuk semester depan :( 


Tsk tsk tskkk....pagi semalam kan, kite ada paper Kajian Penyelidikan *gerun kan dengar subjek nih. tau tau... pagi tu jugak la kite punyer kepala dah ting tong macam bawak telor kat atas kepala..jaga-jaga nanti telor pecah.  Sakit teramat, makin banyak bergerak makin sakit.  Suhu badan makin meningkat, dewan exam pulak dah dinaiktaraf ke bilik yang berhawa dingin maka baju sejuk pusaka menjadi pelindung.


Bila dah sakit macam tu, semestinya tumpuan bukan sepenuhnya kepada kertas peperiksaan di hadapan tetapi memikirkan telor yang nak pecah di atas kepala..eh.eh..ermmm..pada sakit kepala yang keterlaluan tu.  Sedih. 



Takut RESULT jatuh.
Mintak-mintak jangan REPEAT paper tu.
 



TAKKNAKKKKKKKKKKKK! :(




Moga doa seorang ibu dimakbulkan.  
Pagi-pagi tepon kat ma cakap sakit kepala *mata dah bersinar-sinar menahan sebak dan minta ma doakan moga kak ngah dapat buat yang terbaik dehhh..


p/s : sekarang pun badan masih panas, kepala dah okey sikit.


makan di Seoul Garden

As salam....

Makan makan dan makan tu adalah kegemaran kitorang yang dituju kepada preschool of roxs.  Actually ni cerita lama, sebelum exam hari tu pergi keluar makan ke tempat feveret yang lagi berprestij serta MAHAL *sajenkcapslock iaitu Seoul Garden.  Taklah mahal, standard kot..sebab sekali masuk macam-macam boleh makan..juz prepare perut yang kosong je..tambah lagu dangdut pun ok jugak..errkk =.="

 sesi makan bermula =)


 sesi fotografi dengan tangkas & bising di kedai orang, ya.. :P


yeah!! sesi bermanja-manjaan bersama makanan yang amat digalakkann..



KENYANG, SANGAT-SANGAT KENYANG KOT MAKAN KAT SINI *opps, takperlulahnak capslock bagai =.='



ada nasi, mihun, air batu campur, aiskrim..semualahhh

Kalau orang tak suke kita..

As salam....

Yer, aku pendiam..kalau bukan dengan orang yang aku biasa atau kenali memang susah nak tengok aku bergurau senda.  Tak peramah? erm..yela kot.  Tapi aku bukan bermulut celupar, sentiasa menghormati orang lain, tak suka nak sibuk hal orang lain dan setiakawan..yeah! ask my BFF.  So, the point is semua orang ada kelemahan dan keistimewaannya.  Bila seseorang dah berumur 23tahun, dah tak boleh ada kecelaruan identiti nak jadi macam tu nak jadi macam ni.  Accept yourself include your weakness as i do..teehehee I LOVE TO BE MYSELF =)

Takpe takpe aku boleh positifkan diri bila bukak je blog Hanis Zalikha hebatkan HZ ni..tengok header je dah buleh ubah hati orang *bodek selagi boleh...yeaa!

You can't make everybody like you, you don't even like everybody ~ HZ
 
happy kembali 
^_______________________^


p/s : sakit bila orang yang kita sayang menyebelahi orang lain.

Pangkor lagiii?

As salam....

Tiba-tiba teringat pulak trip percutian ke Pangkor dulu.  Ermm..kalau nak pergi lagi, bukan sekarang la..



rindukan saat ini =)


Kena tunggu waktu ABANG + SAYANG = SELAMANYA DALAM IKATAN CINTA. Pergi berdua baru best sikit kan =)


p/s : Alhamdulillah, berjaya menunaikan puasa 1 Rejab hari ni.  Study pun rasa tenang jer ^__^'

Cukup??

As salam...

Cukupkah diri ini kau kenali?
Jangan hanya pada lirikan mata
Tembusilah ke hati


Cukupkah diri ini kau kasihi?
Usah hanya menanam tebu
Rasanya manis hasilnya tiada


Cukupkah diri ini untukmu?
Meski kadangku ungkap di bibir
Namun, kasihku hanya kau satu di hati



p/s : tenang malam buat aku berjiwang sebentar, mohon izin :P

Abang dah makan ubat?

As salam...


" Abang dah makan ubat?"  
    

SEND.


Itu je la ayat rutin yang terkandung dalam mesej hari ni buat encik tunang.  Pagi, tengahari, petang dan malam..kalau nak gayut, encik tunang lak tak larat dan aku pulak kena study untuk exam esok..kalau nak mesej 24jam, encik tunang lak kena rehat memandangkan kepalanya selalu sakit dan badan lemah.


p/s : mood RISAU.
moga cintaku tabah dan kuat menghadapi semua ini.




Jangan terima

As salam...

Pagi tadi aku dapat mesej dari encik tunang tersayang sebelum aku sempat telefon dia.  Tahu-tahu je dia aku sedang teringatkan dia.  Perkhabarannya, die rasa makin teruk dan kepalanya bagai dicucuk. Risau sangat meskipun ramai kawan-kawan sedang menjaganya sekarang sebab die duduk rumah kawannya.

Semalam dia cakap ada orang nak bagi die burger lagi.  Macam kelakar jer bagi burger kan, tapi itu sebenarnya makanan feveret die.  Die nyaris nak ambik, kemudian kawan yang tidor sebelah die kejutkan die untuk solat subuh.  Nasib baik kan, mungkin orang yang berniat jahat tu rasa rancangannya gagal lepas encik tunang dah muntah darah dan mampu lawannya, jadi die hantar lagi semalam. 

Oleh itu, masa tidur jangan terima pape.  Bagi buah, gula-gula atau anak sekalipun JANGAN TERIMA sebab risau ianya dihantar oleh orang yang berniat jahat dan tahu apa yang kita inginkan pada waktu tersebut.  Buat masa sekarang, pendinding terbaik untuk encik tunang adalah solat lima waktu dan ayat-ayat al-quran bagi melemahkan niat-niat jahat orang ni.


p/s :  Moga encik tunang kuat dan mampu melawan dugaan ini.

makin sihat | hati-hati

As salam...

Hai..sempat lagi aku bukak dan mengupdate blog ni.  Sepatutnya sekarang adalah masa mengulangkaji dengan mood yang serius! letak tanda seru bagi efek serius :P

Encik tunang yang sedang tidur ditemani Ryan yang manja lagi suke mengada-ngada kat leher orang demam, almaklumlah..suhu orang demam buat ryan selesa kot :D


Alhamdulillah, encik tunang dah makin sihat.  Saat berpisah dengan die tadi, sedih jugak tapi tak reti tunjuk makin aku dera suh die belikan air mineral ada la. hehe..ampunn =.='  Moga-moga dia makin sihat dan please jaga kesihatan tu dengan baik.


Kepada yang sedang membaca ni juga, dinasihatkan supaya berhati-hati makan kat mana-mana tempat ataupun bergaul dengan sesiapa kerana kita tak tahu apa niat orang yang kita temui tu.  Rambut je sama hitam, hati lain-lain, bila hati dah dikuasai syaitan macam-macam pun sanggup dilakukan oleh orang yang macam tu termasuklah dengan cara yang halusss. Jadi berhati-hatilah di mana kita berada =)


garang bila encik tunang sakit

As salam...

Sebelum study week ni, aku kononnya tak nak merayau-rayau dah..nak duduk kat bilik jer nak study sebab sangat gerun memikirkan dua subjek ni.


Tapi pagi jumaat semalam, encik tunang col dan mintak sangat kite datang jenguk die sebab die demam.  Ermm..actually keras kepala jugak taknak pergi and sampai cakap pada encik tunang jangan nak mengada sangat. huhu, aku ni luaran jer nampak lembut tapi tanye encik tunang..kite ni garang. Takpe2, garang sebelum kahwin takpe kann.  Hakikat sebenar memang aku lembut pun, last minute tengahari tu setuju nak pergi KL sebab takut dok kat hostel takleh study memikirkan kesihatan encik tunang, baik tengok depan mata kan.


Rasanya betul la keputusan yang aku buat ni, petang semalam sampai rumah kawan yang encik tunang duduk,  die macam okey lagi tapi pagi tadi dok meracau benda yang mengarut, die kata semalam ada orang hantar burger kat die melalui pintu belakang, kemain marah la aku bila die cerita pagi tu *garang lagikkk yela, rumah flat, tingkat dua macammana orang orang nak hantar kan.



Then, petang tadi ada kawan die datang bawakkan air yassin dan sapu seluruh badan.  Terus encik tunang muntah darah, aku dah takut..tak biasa dengan situasi nih, dah la kawannya suruh aku tepukkan belakang encik tunang masa die muntah.  Urmm, bukanlah tak sayang tapi diri sendiri tak boleh tengok orang muntah, kang laju je hamburkan segala isi perut sendiri.  Aku gagahkan jua tadi, merawat apa yang patut then bagi die makan ubat.  Alhamdulillah sebab lepas tu badan encik tunang dah tak panas dan die dapat tidur, siap berdengkur lagi. 


Ucapan untuk encik tunang : Semoga cepat sembuh, sayang risau tengok abang sakit macam tadi.  Sayang garang sebab abang tu manja sangat. isk isk :P

Pasangan untuk Ryan

As salam...

Dah lama tak cerita pasal ryan kat sini.  Btw, ryan dah sangat besar, and very healthy dari pandangan mata kasar la sebab tak pernah bawak jumpe doktor veterinar lagi, insyaAllah it will =)



Ini Ryan yang semakin sihat dan ofkos semakin berat.  Tapi kan, ryan makin comel.  Latak je dalam bekas air, terus dongak kepala bukak mulut minta disuap makanan..nak makanan yang warna merah jer, yang warna hijau tak nak (makanan jenis dedak ade dua kaler, hijau n merah).  Kalau dilepaskan kat luar, ryan akan meround ke serata bilik barulah die akan duduk berehat and sometimes tidur kat tempat jenis yang celah-celah longgokan beg, kain ataupun tempat gelap.  Kalau aku nak cari, kat tempat-tempat jenis macam tu la, konpem ada..

Sekarang ni bila ryan makin membesar ni, aku dok pening nak hantar die sekolah kat mana...aihhh! ingat budak kecik ke..huhu..maafkan saya *tiru gaya zizan.  Sebenarnya fikir nak letak die kat mana, cadangnya nak tinggal pada encik tunang tapi ofkos encik tunang takkan jaga die sebagaimana aku jaga ryan..pergi pasaraya pun masuk dalam poket cardigan, pergi camping pun bawak, pergi jalan-jalan makan pun masuk dalam handbeg,  okeyh...buktinye

ini masa camping di Lanchang, Melaka..nampak tak tu cikgu myra bawak Ryan..semua murid sukakan Ryan and cakap Ryan comel! *oops, patut lah Ryan makin kembang. dushhh! =.='


keluar dengan guru prasekolah SK Parit Gantong & PPM pun bawak Ryan, diorang dh kenal dengan tebiat 'mama Ryan ni'

Okey, sambung cerita..jadi, aku fikir nak beli seekor lagi kura-kura kecik betina dan bela dalam bekas yang berasingan kalau duduk ngan encik tunang tinggal kena bagi makan je la sebab ryan dah ada kawan dalam bekas.  Kenapa nak bela kura-kura betina tu dalam bekas berasingan? sebab takut Ryan yang besar ni buli kura-kura betina yang kecik tu, habit kura-kura suka tindih kawannya.  Lainla..kalau ada sesiapa yang punya kura-kura kecik betina ingin dipasangkan dengan Ryan, bolehla kite berbesan..auwww!


Fikir pasal Ryan macam fikir nak bina keluarga. Urmmm...k bai!


Examination is coming!

As salam....

Semester 7 bakal berakhir.  Lepas je exam, menunggu sem 8 dengan kesabaran.  Memang tak sabar untuk habiskan study, bukan sebab bosan belajar tapi bosan sangat-sangat-sangat berada di tempat yang sama selama lima tahun setengah =.='

JADUAL PEPERIKSAAN PISMP SEMESTER 7
BIMBINGAN DAN KAUNSELING * 15 MEI 2012 * 2.30ptg - 5.00 ptg
PENYELIDIKAN TINDAKAN * 24 MEI 2012 * 8.30ptg - 11.00pg


Meskipun dua subjek jer, tapi dua2 ni subjek killer
waa..BERUSAHALAHHH cik emieysandra!! part nama tu tecik tatoot je, deborr wehh.
^_______________^'

Wordless Wednesday #22 :Gambar pre-wedding. ok x?

As salam...



p/s : perbezaan gambar --> senyuman encik tunang >,<"

suka dan duka

As salam...

Bila kita ketawa dan bergembira menikmati kegembiraan hidup, dengan tiba-tiba Allah s.w.t turunkan kedukaan kepada kita..menangis la pula kita.  Sebab itu orang tua selalu berpesan supaya jangan terlalu gembira kelak takut nanti menangis beria-ia pula. 

Ehehe, kenapa pula aku menyebut soal sedih dan gembira ni? hmmm..itu kan normal kehidupan kita.  Ada masa gembira dan ada masa sedih, kita diingatkan supaya bersederhana dengan perasaan supaya mudah nanti apabila menerima kedukaan. 

>>> senyum semudah ABC <<< 
betol kan murid-murid???
^_____^'


Aku perasan, bende tu memang jadi betul2 kat aku.  Semalam menangis beria-ia, bengkak mata..rumet pulak dah takde, so memang sukehatibetul nak buat ape termasuklah menangis meraung.  Kemudiannya, bila kawan-kawan ajak keluar. aku pun join da club..makan makan..gelak gelak..tidor kepenatan. bahagia sangat-sangat.  

Jap, one thing about me is suke pendam masalah sorang2, nangis sorang..tahap kritikal baru cari BFF.  Sekarang nak belajar luah masalah kat blog, boleh x? urmmm...habis bergegar lah prinsip suke update blog time happy.


jumpa rakan blogger =)

As salam...

My life sekarang quite okey dengan kesibukan sebagai pelajar.  Borang posting dan siap diisi, mohon diposting dekat dengan bakal suami. wuuu~ 

Baiklah sebelum melencong ke Sabah Sarawak *apakah??! Entri kali ni nak citer pasal dating =)


ini saya bersama pasangan, Ain Raus!

Ini saya, sedang melayan sedih..but don't worry sebab saya masih boleh senyum..kan Ain? hee :D

Ini Ain Raus yang comel, nice to meet u!


Dating ni hari Selasa yang cuti hari pekerja tu.  Dah lama nak jumpe, baru dapat jumpe..almaklumlah dok kat Melaka dah dekat pulak tu mesti kena jumpa.


p/s : dunia maya blogger ni lebih indah jika hubungan ini dapat direalitikan ^___^