Surat dari yang tersayang =)

As salam...

Masa tengah kemas, banyak kali aku menatap satu helaian kertas yang harus ditampal di bahagian luar pintu bilik, budak asrama kan macam tuuu =)

Dah lama helaian kertas tu ditinggalkan di atas meja solek oleh rumetku.  Ya, sejak tiga bulan lepas. 



Speechless betol, hari ni baru bace.  Maaf yer rumet =)

....'Dugaan menjadikan kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah,
Hebatkan Allah, semua ada hikmah dan sebab bagi sesuatu kejadian'
Kita hanya manusia biasa, tidak ingin perkara buruk terjadi ke dalam hidup kita namun Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segala yang terjadi.  InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya  :D

Praktikal fasa III sudah abiss =)

As salam...

Alhamdulillah, praktikal selama tiga bulan sudah berakhir.  Semalam adalah pertemuan terakhir dengan murid-murid serta cikgu-cikgu SKPG.  Rasa sedih dan sayu sangat sebab tiga bulan bersama mereka sangat baik.

Balik dari sekolah terus kemas-kemas barang dan angkut balik ke asrama tercinta.  Back to campus life, study..book.

Sekarang apa yang difikirkan adalah barang-barang harus dikemaskan dengan elok selama cuti hujung minggu dua hari ni >,<'


Ni gambar jalan-jalan pada hari khamis bersama guru pembimbing (yang pegang anak) dan pembantu pengurusan murid.  Banyak lagi pic boleh tengok kat sini ---> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.443345982346267.120386.100000126077078&type=1

psstt : kebanyakkan gambar aku pose mesti tangan aku dok lagu tu, pasaipa? sebab aku pegang Ryan. Sekian =)

Wordless Wednesday #23 : Jamuan Perpisahan

As salam....


Majlis perpisahan semalam yang diadakan oleh guru-guru SKPG, best!


Wordless Wednesday #22 : Our Moment ♥

As salam....



p/s : bersama guru pembimbing dan pembantu pengurusan murid.  Subhanallah, sungguh indah kasih sayang yang Engkau ciptakan ini. Alhamdulillah =)

pulang ke tempat asal. ahh! not now :P

As salam...

Semalam balik maktab kejap.  Iyer, pulang ke tempat asal, yang beralamat bangunan puncak tinggi, letak aku tingkat 2.  Okey fine, bersyukur la sebab sem ni dah turun ke tingkat dua, kalau sem lepas tingkat tiga, sem yang lepas-lepas pun di bangunan lama tingkat tiga jugak..ala, lagi relaksss =.='

Baiklah, sekarang tingkat bangunan mahupun tingkat mangkuk bukan yang menjadi isu keutamaan di sini.  Tetapi...ini..

ini hanya view yang di snap dari kamera..kat dalam lagi banyak tuu.  Ini yang penat nak mengangkat ke tingkat dua =.='

Selamatlah bergerak viva ni ke destinasi.  turun naik turun naik turun naik turun naik tangga baru siap.  Yup, 4x kali turun naik, kesian lemak jatuh menitik-nitik >,<'


p/s :  minggu ni last praktikal, tak sanggup nak say baibai to guru-guru serta jiran yang sangat baik.

Terima kasih guru pembimbing!

As salam.....


Terima kasih guru pembimbing banyak memberi tunjuk ajar serta menjaga saya selama tiga bulan =)

p/s : tunjuk otai update blog kat sekolah. phewww~

first time...jatuh cinta

As salam...

Hari ni cuti tapi masih tak buat pape, termasuklah rancangan pengajaran untuk minggu depan.  Adess, kenapa la malas sangat nih.  Ermm, rasa tak berapa sihat dah la takde selera makan.  Takpela..nak update blog dengan story yang lepas, buleh kannnn? *angguk angguk :P
 
Tadaa! muke bersemangat je nak naik up sailing. Tapi kan..tapi kan...sampai je kat atas kann, seriusly aku cuak. muke dah lain macam bile tengok bawah =.='


Tapi demi anak murid, aku cekalkan hati dan semangat.  Takkan cikgu nak nangis lak kan.  Pink is not for manja okess , sebab faci ade tegur aku pinky sebab pakai kasut pink. ollalalaa *peace!

Alhamdulillah..selamat mendarat. haha. syabas Cikgu Myra!


eh...Ryan pun ade. 


Then, lepas semua budak2 buat aktiviti ni, aku request nak terjun lagi.  Bak kata Lisa Surihani dalam iklan Sofy  'Takkan lepaskan peluang yang ada'  =)


Aku pun tak sangka aku boleh buat aktiviti ni, seriusly tak sangka sebab aku rasa aku ni terlalu kewanitaan in another meaning aku rasa aku takut dengan aktiviti lasak, tapi rupenyer tak.  Tahun ni, ini aktiviti first time yang aku buat, tahun lepas pulak..snorkeling & main jet ski di Pulau Pangkor.  Semuanya menyeronokkan.  Itulah hidup, pelbagai peluang jangan dilepaskan begitu sahaja =)



Yeay! esok sekolah

As salam....

Tetibe je post pasal nak sekolah kan.  Dah lama tak update blog, sesungguhnya hati ini sangat rindukan blog ni serta nak melawat blog kawan-kawan.  Tak pe sebab ada seminggu je lagi untuk habis praktikal dan pensyarah pun dah habis observe.  Jadi, hati ni rasa lega sangat-sangat hinggalah terhasilnya entri ni.

Kenapa yer masa praktikal susah sangat nak update entri? ermm..meh aku jawab, mungkin sebab tak tenang selagi ade keje yang belum siap.  Takpela ini dah final praktikal tinggal program internship je sebulan lagi lepas habis belajar dan posting! tak sabar nak kerja sebab dah bosan belajar #bulehpulakk =.='

Cahaya tak bape stabil, huhu...situ sini..eh, tak kisahla..nak tayang jugakk. Ini gambar saje2 pakai shawl satin..kalau pergi sekolah, asyik pakai tudung instant jer sebab nak cepat. tettt! *ntah pukul berapa la bangun nih =.='


owh ya...esok aku kena pergi sekolah. Jadi sebagai guru yang baik, jom sorak..yeayyy!


Ini kad jemputan kawin..ehs, belum lagikk..ehehe, ini salah satu bahagian brosur yang aku buat untuk sambutan hari jadi prasekolah.  Ada aktiviti best bersama pulak dengan guru pembimbing yang super happening.  Semoga aktiviti akan berjalan lancar ^___^'