Ryan pindah rumahhh

As salam...

Ambik masa sekejap mengupdate blog tersayang ni.  Cuti raya cina selama seminggu cukup terisi dengan pelbagai aktiviti menarik.  Sudah tentu yang paling menarik adalah perkahwinan, pertunangan dan surprise birthday dot dot dot.....! Nanti akan diupdate beserta gambar sebab sekarang tengah sibuk dengan persiapan untuk praktikal dan akan melapor diri pada 30 Januari nanti, esok laaa >_<"

Okey, meh nak citer pasal Ryan si kure-kure tecik ambe ni.  Semalam si Ryan ni dah pindah rumah.  Asyik merangkak ke hulu ke hilir dalam rumah sewa ni. Ryan yang sudah tentu bawak tuannya ini..eh terbalik pulekk..tuannya yang sudah tentu bawa Ryan ni.   Dipendekkan story..aku dah selamat berpindah ke rumah sewa.  Jadi semalam bagai nak tercabut pinggang <---hiperbola uh :P dok angkat dan mengemas barang.  Alhamdulillah, semua dah selesai tinggal untuk buat beberapa persiapan ke sekolah tempat berpraktikal ni jer.


gambar ni re-upload balik sebab takde gambar nak tayang, semuanya gambar-gambar dalam kamera dan belum di transfer..kebizian sangat mek ni =.-' 
psst..Ryan dah gemok a.k.a besar, semua kawan-kawan terkejut tengok Ryan yang cepat membesar ni :D


p/s : Setinggi-tinggi penghargaan kepada yang tersayang sebab sudi menolong pindah barang semalam dan praktikal fasa III, the last practical be nice to me ^_^

terapi melalui blog

As salam...

Menulis di blog juga boleh menjadi satu terapi.  Salah satu rawatan untuk meredakan tekanan. Bila kita meluahkan perasaan di dalam blog, kepuasan tu macam meluahkan kepada seseorang tetapi kalau blog yang tak private kepada banyak-banyak orang la.  Kalau private lak..haisshh..baik bukak microsoft word je la. ehehe =)

Baiklah..jangan salah faham sebab masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri..apa yang tertulis di atas adalah sedikit perbincangan di dalam kelas bersama kawan-kawan kelompok kecil bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling. 

 
Apa pulak pendapat korang?

pssstt : luah perasaan kat you tube? berani? ehehe :P


sesajer layan video parody camni..boleh jugak merelakskan otak kejap =)

Slot Akasia TV3 - Gemersik Kalbu (Download)

As salam...

Drama yang menggantikan Tentang Dhia sekarang adalah Gemersik Kalbu.  Aku sempat tengok dua episod je kat rumah, sadis betol.  Urmm..aku teringin nak tengok tapi bila kembali ke sekolah belajar ni, malas lak nak layan telebisen ni sedangkan masa untuk berehat pun cukup-cukup ada jerr. Tak lama lagi praktikal lakk.

GEMERSIK KALBU
Aqasha & Ayu Raudhah


 Sinopsis Gemersik Kalbu
 Seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri. Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?


sumber dan boleh download setiap episod kat sini
->> http://www.perekacerita.com/2012/01/gemersik-kalbutv3.html#ixzz1jMSLlmhq

Yeay! boleh download pastu boleh tengok bebile masa saja >_<"

Aku pernah baca novel ni, jalan ceritanya memang sangat best.  So, amacam pulak lakonan Aqasha & Ayu Raudhah yang menghidupkan drama adaptasi novel ni? 

tahniah!!!

As salam...

Malam ni menambah kenangan gembira kepada aku dan classmates yang lain sebab gambar yang kitorang pertandingkan sempena Minggu Buka Mata Celik Mata : Mengimbau dan Mengambil Iktibar dari Kehidupan Umat Islam di Palestin telah menang!!


Meskipun menang tempat kedua, ofkos la eksaited sebab gambar ni dihasilkan daripada sokongan serta penglibatan yang padu seperti dadu yang bukan pudu raya :P

The photographer..Laily Agus!
ehem ehem..apakah perasaan anda??  to be continue =.='

 tangan dalam gambar kat atas tu menggunakan tangan-tangan inilah

apalagi, masa meraikan kemenangan la..
gambar ini harus diedit SUPER mabeles bagi menyembunyikan apa yang patut ;)


p/s : suke update apa-apa jua berkenaan dengan classmates, sebab nak ingat sampai tua zaman muda-mudi yang best bersama diorang!! More stories here ataupun boleh klik link-link di sidebar sebelah ni =)

Wordless Wednesday #19 : masa

As salam....

Kehidupan makin sibuk sekarang ni.  Tiap-tiap hari kelas sampai petang, balik je penat..makan-makan lagi, gosip-gosip lagi..tengok jam pukul12 mula masuk tidur.  Itu jelah kitaran hidup aku sekarang ni.  Pagi tadi bila ada member bukak cerita pasal blog, barulah aku teringat...aku ada blog rupanyer =.='

berkenan pada jam ni, tempek la..semata-mata nak buat tajuk wordless wednesday. bulehh =)

pencarian akhirnya dititikkan =)

As salam...

ini aksi rempit yang amat baik untuk diamalkan
smile...snap!!  :P



one more...
ini lah my gelprengg yang agak giler-giler sikit tapi. psstt, mai sini nak bisik kat telinga..CENGENGGGGG habaq u =.='



Hari ni seharian penat mencari rumah sewa untuk tinggal masa praktikal selama tiga bulan.  Tiga bulan tu bukan kejap.  Jadi, rumah tu mestilah dalam keadaan yang selesa untuk aku serta kawan-kawan lain.  Alhamdulillah, dapat jugak rumah sewa di kawasan Sebatu, Merlimau.  Mudah-mudah takde lagi masalah akan timbul lepas ni =)



p/s : 'sibuk' jadi senior tahun last >_<"

happy new year!

As salam..

2011 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit jua manis. Papepun, 2012 harus disambut dengan penuh keriangan, hidup mesti enjoy!! *tetibe -.-'

 HO HO HO...mase tunggu detik tahun baru, boleh dok edit gambar ni dengan adik-adik. Sweet moment untuk tahun baru =)


p/s : mesti sumer dah ade azam tahun baru kan? moge-moge azam 2012 kite semua akan tercapai. Amiin :)


Published with Blogger-droid v2.0.2