bawa diorang ke majlis kahwin.

As salam...

Pagi tadi aku dah selamat sampai ke kampus yang tercintai di negeri Melaka ni.  Apalagi, qada tidor yang tak nyenyak atas bas tu la.  Sejuk giler, camne nak tidor :(
Cuti dah berakhir tapi cuti kali ni sangat best kerana diisi dengan aktiviti yang menarik.  Antaranya, menghadirkan diri ke majlis mak sepupu bersama sepupu kecil yang comel iaitu Anis & Sucee.  Dua-dua budak kecik ni bagai terpegun dengan kaAyuan pengantin..dah nama pun Ayu der :P

 like dis pic, tetibe je Anis ambik binaan yg die buat ni letak atas kepala.   Ni masa menunggu bersama pihak pengantin lelaki kat rumah nenek.  Bosan kot, bila nak pi jumpa pengantin Ayu tu :)
(info : rumah nenek dekat dengan rumah pengantin perempuan maka dijadikan singgahan oleh pihak lelaki lepas akad nikah dan untuk meneruskan majlis persandingan)

masing-masing buat gaya. suasana lepas hujan di waktu tengahari, cun kan :)

 
 Sucee wif puan pengantin, eksaited tol die dapat bergambar dengan pengantin.

yang sebelah tu memang feelin pengantin betul, tertunduk malu :P

p/s : macam-macam perangai bawa diorang berdua ni.  Dua-dua dah macam pengapit lak bila ke hulu ke hilir dok ikutkan pengantin.  Diorang yang lebih kepoh nak bergambar situ sini >_<"

Soalan berkaitan kura-kura kecil.

As salam...

Kesayangan yang makin membesar dengan otot-otot kaki empat yang makin kuat.  Ryan, si kura-kura kecil ni aku bawa balik kampung.  Gembira sangat sebab semua dapat terima Ryan ni.  Semua adik beradik aku pun bukan spesies nak 'geli-geli'.  Jadi cepat je aku dah boleh suruh Akif (adik bongsu) supaya menukar air dan bagi Ryan makan.  

Ryan makin kuat makan dan jugak kuat tidor.  Jadi, waktu main iyer sangatlah aktif memanjat ke sana-sini :)  Dalam post sebelum ni, ade beberapa orang kawan blogger tanya pasal kura-kura kecil ni.  Baru kali ni berkesempatan nak menjawabnya.

Kak Lydia Miza :  Camne nak bezakan Ryan & Rara? (camne nak bezakan kura-kura jantan & betina)

Jawapan : Orang kat kedai bagitahu yang kite boleh lihat perbezaan ni kat belakang badannya.  Terbalikkan, pastu akan nampak corak kat bawah badan kura-kura tu.  Corak di bawah badan yang jarang-jarang adalah jantan dan corak rapat-rapat dan padat lak betina. Lepas tu, bila emiey dah jaga ni boleh cam dengan melihar beberapa perbezaan antara Ryan & Rara.  Cengkerang Ryan lebih terang dan cantik sikit berbanding Rara.  Manakala cengkerang Rara lebih cembung berbanding Ryan.  Jadi, dari perbezaan ni juga emiey leh cam Ryan & Rara, tak perlu nak balikkan badan kura-kura tu.  Sebenarnya nak letakkan video Ryan & Rara tapi sekarang masih tak beredit video tu sebab ade beberapa part kena potong.  Nanti bila dah letak, emiey bagitahu akak yer supaya tengok camne corak kat bawah badan tu :)


Apik pehe : senang ke nak jaga?

Jawapannya : tak susah pun.....................bila dah suka.  hee :D
Rutinnya sama macam kita manusia jugak.  Tukar air dalam bekasnye ibarat kita pergi mandi la.  Badan busuk tak selesa, pergi la mandi kan.  Jadi, kalau bekas air tu dah berbau tidak menyenangkan di hidung kita dan pasti bukan di hidung iyer, cepat-cepatlah rajinkan diri menukarnya.  Kemudian, bagi makan bila nampak iyer macam dah lapar.  Kalau dulu, Ryan tak tunjuk sangat iyer lapar dan nak makan jadi aku bagi makan ikut waktu je la iaitu pagi dan petang.  Tapi sekarang, Ryan dan tunjukkan iyer lapar bila iyer dok menghidu-hidu ke lantai.  Jadi, cepat-cepatlah aku bagi makan.  Ada sesuatu lagi yang penting untuk jage kura-kura kecil ni iaitu tumpuan.  Maksudnye, ia suka dimanja dan diberi perhatian bukan dibiarkan camtu je.  Ini teori dari kawan aku yang mempunyai pengalamanan menjaga spesies kura-kura kecil ni sehingga besar. 


Kat kampung ni, semua orang kat rumah sukakan Ryan termasuklah my abah yang agak cerewet gak dengan aktiviti anak-anaknya ni.  Abah pernah puji cakap Ryan cantik dan abah carikan batu sungai yang sederhana besar untuk diletakkan dalam bekas Ryan.  Batu tu leper dan memang cantiklah untuk Ryan main-main atas tu.  Rasa happy sangat dan buatkan aku makin sayang kat Ryan. 

Derita.

As salam...

Kadang-kadang kita akan melalui perasaan suka dan duka, bahagia dan derita.  Prinsip aku pulak, senyumlah ketika berbahagia dan menangislah ketika derita.  

Ya, itu semua lumrah hidup di dunia ni, ada tangis dan ketawa kerana hidup kita bak putaran roda.  Kita akan merasai semua perasaan tu.  Sebab tu adanya blog ni, aku akan share semua perkara yang akan jelas menunjukkan perasaan aku tika itu.  Tapi aku perasan yang aku jarang sangat nak feelin perasaan sedih kat blog sebab aku tak reti. Tak tahu la nape, macam aku sedih bila berpisah dengan ex-bf dulu.  Aku ada tulis pasal perpisahan tu tapi takdela berlarutan hinggakan kawan blog yang rapat pun tak perasan sal sedih perpisahan tu.  Apa yang aku buat ialah tinggalkan hobi mengupdate blog ni.  Ya, waktu itu tangan dan hati aku kaku sehingga aku takut untuk terima kebahagiaan lagi.  


Sekali lagi aku benar-benar sedih waktu Rara 'pergi'.  Aku menangis pukul 3 hingga 5pagi tapi hanya beberapa patah ayat sahaja yang aku update di blog sebagai penanda dalam memori ini salah satu kesayangan aku telah 'pergi.  


Itu hanya beberapa kesedihan yang aku lalui.  Ada beberapa kesedihan yang aku share di blog dan ada yang aku terus Ctrl + A + Del.  Tapi kan, pape pun pengalaman merupakan guru terbaik yang menjadikan aku sekarang. 


p/s : jangan ingat bibir yang mengukir senyum tidak ditimpa perasaan duka.

Wordless Wednesday #14 : lama tak pegang baby, siyes rindu nak dukung & cium bau baby :)

As salam...

 eksaited!

yes! dapat pegang baby girl ni :)

Wordless Wednesday #13 : sama tak muke kitorang?!

As salam...


p/s : ade iras sikit kan? kannn..kannn :)

tang senyum tu, senyum tuu..tol dop?

Jalan-jalan dengan si die.

As salam...

Maaflah, hampir empat hari meninggalkan blog tersayang.  Almaklumlah, nikmati awal cuti agar hari-hari seterusnya dapat bekerja dengan jayanya.  Eh..macam lah aku ni banyak kerja sangat.  Kalau balik kampung, semestinya rileks habis-habisan, ye dop?

Sebelum balik kampung,  sempat habiskan masa berpoya-poya dengan si die.

bowling time! err..nak sama saiz je kasut. salah teknik ambik gambar =.="

rindunyer lama tak main bowling ni.  Main bowling best sangat kalau beramai-ramai macam gathering cikgu blogger yang lepas :)

ini olang sikit pun tak bagi can pada awek die. redha je la dengan kekalahan.

nampak tak yang comel tu? ha..yang comel belakang tu,  kalau aku naik mestilah lagi comel kan.  Ya, comel sangat kalau pitam kat atas tu.  Kesimpulannya, xde kekuatan semangat lagi nak naik mende alah tu.  Tapi teringin nak naik merry go round, ramai orang la pulak.  Hari cuti kannn.

makan time! sebelum masuk wayang, tengok citer klip 3gp wooo sebab ada Zahiril Adzim berlakon.  Alasan lain sebab tiket untuk citer Real Steel dah habis :( siyes rasa ralat sampai sekarang sebab Klip 3gp tak bape nak best. Si die lagi la tak habis-habis dok perli sebab layankan aku nak tengok citer tu.  Grrr! nasib awek tak suke merajuk :P

 mine!

boleh tahan gak gambar dari hp ni :)

sebelum naik bas untuk berangkat balik ke kelantan. babai!

 last but not least, Happy Deepavali!

Cuti

As salam....

Cukup lama berehat, kerana badan yang dibiasakan berehat lama.  Dalam menghambat waktu kesibukkan supaya cepat berlalu, kelapangan yang ada belum puas dirasai.  Mahu dan mahu lagi.  Semua yang indah itu akan disambung dalam melalui hari-hari cuti selama seminggu mulai selepas esok *agak berbelit tak ayat aku, huhu :P


Lepas kelas esok, aku akan bercuti selama seminggu.  Hajat di hati mahu bertapa di dapur menghasilkan maruku yang enak.  Eh, jangan pandang aku sebelah mata..kalau boleh pandang dengan empat mata pun baik jugak sebab memang aku pandai buat maruku pulut! yeay..tepuk tangan untuk diri sendiri.  Betul lah, dulu pernah ganti ma pergi kelas masak pastu cikgu masakan tu ajar  cara membuat maruku pulut, sangat yummy! dan sejak tu aku suka makan maruku. sekian, maceh =.='


Tak sabar nak bawa Ryan balik kampung, risau pun ade.  Keselamatan Ryan akan aku awasi 24jam.  Ya, mesti.

apakah ini???!


Ryan yang suke cari tempat gelap untuk tidor.  Biasa aku akan sediakan kain hitam untuk iyer tidor.  Makin manja sejak Rara dah takde ni ;)

Wordless Wednesday #12 : Senyum :)

As salam...


p/s : lega bila pementasan teater dah selesai :)

Kenapa aku sayang Ryan & Rara

As salam...

Bukan saja-saja aku emo pasal Ryan & Rara.  Meh baca sini..saat aku jatuh sayang pada small tortoise ni.  Bila si die baca entri tu, si die berusaha nak dapatkan natang tu untuk aku.  Bukan seekor tapi dua ekor.  Sepasang kura-kura kecik yang comel. 

Beberapa perkara yang membuatkan aku sayang Ryan & Rara.



*Mengalih hobi aku yang suka mengadap laptop (online, main game, edit gambar/blog) yang semua tu bikin kepala aku pusing kepada hobi main kejar-kejar ngan Ryan & Rara.  Aku rasa makin sihat :)


Tak pernah aku sayang natang sampai macam ni sekali.  Mungkin ujian untuk aku sebab aku tak pernah suka pada binatang peliharaan biasa seperti ikan, kucing mahupun harmster.   Kucing dan harmster spesies haiwan berbulu yang membuatkan aku geli, siyes la jangan dekat hoiiiii..kalau ikan, tak leh nak pegang la pulak =.='  Sekali aku jatuh sayang pada kura-kura kecil yang boleh dikatakan tak ramai membela nya kan.  


Persoalan kenapa aku tak bawa ke doktor veterinar masa Rara sakit.  Urmm...dah tiada jodoh Rara dengan aku lagi dan paling jelas, aku takde pengalaman mengenai hal ni.  Pengalaman pun penting untuk mengatasi situasi, paling kurang biarlah ade rujukan orang yang berpengalaman.  Dah la, tutup cerita pasal Rara dan sekarang aku akan jaga Ryan elok-elok.

p/s : abang menangis bila sayang menangis.  Redha. rest in peace Rara.

Kenangan pahit pada malam ini.

As salam...

Seharian Rara tak bergerak.  Tetiba tingkahnya menjadi lain, bergerak tak ketahuan.  Semua tu jadi rakaman langsung di mataku.  Takut.  Risau.  Berharap.  Dalam masa yang sama berharap si dia ada di sampingku.  Beberapa ketika kemudian, Rara diam..kaku di situ.  Sungguh aku perlukan kekuatan. 


4.03am - 17/10/2011
Rara 'pergi'

Rara Sakit

As salam...

Seawal pagi aku dah mengadap laptop ni sambil main-main ngan Ryan & Rara..aku lepaskan kat atas meja study.  Ryan yang aktif pula sibuk nak memanjat skrin laptop ni.  Memang aktif, ganas pun yer jugak. urmmm..berbeza dengan Rara yang makin hari nampak sangat pasifnyer tu.  Sekarang jugak, aku asingkan Ryan & Rara sebab risau Ryan dok memanjat badan Rara ni.  Ada kawan kata tak elok, lagipun pernah tengok Ryan panjat badan Rara..ganas sangat, dianggapnyer Rara macam batu dah la kuku tu panjang..eh, korang jangan ingat natang ni nak mengawan lak sebab Ryan & Rara ni kecil ag tau. 

Pukul 2 pagi aku dok menangis telefon si dia.  Sebabnyer? Rara yang tak bergerak walau diusik.  Bukan mati sebab kulitnye masih berdenyut-denyut.  Sampai keesokkan masih macam tu hinggalah aku bawa tukar air..pastu usap-usap badannyer, baru Rara bergerak.  Sekali lagi air mata aku tumpah bila tengok Rara bergerak.  Inikah cengeng namanyer? huhu, sensitip benar kan. Aku sayang Ryan & Rara sangat-sangat. Dah 4 hari Rara tak makan dan setiap kali Rara keluarkan kakinyer pastu bergerak atas telapak tangan aku akan rasa happy sangat. 

p/s : please Rara cepat baik..love u so much!

Spontaneous Thursday #5 : Doakan yer!

As salam....


Sekarang tengah sibuk uruskan persiapan untuk persembahan Sketsa dan Nasyid pada malam ini, persembahan teater sebenar akan berlangsung pada 17 & 18 Oktober 2011 dan ini merupakan salah satu tugasan pada semester ini jadi apalagi doakan la kumpulan aku dapat buat yang terbaik!
 
p/s : Mujur ada wordless wednesday & spontaneous thursday..sempat la curi-curi buat entri di kala masa sedang suntuk..post gambar & taip dua tiga patah perkataan sudaa :P

Wordless Wednesday #12 : Kesayangan! (Ryan & Rara)

As salam....




p/s : sedang risaukan Rara(betina)..keadaannyer yang terlalu pasif :(

Wordless Wednesday #11 : Riang Ria bersama Azween!

As salam....




p/s : hari ni seronok lak melancong berdua, kan ween? :P

Ryan jatuh!

As salam...

Hari ni agak penat sebab petang tadi walaupun takde kelas tapi kena hadiri latihan teater, malam pun ade latihan lagi.  Pukul 11.30malam baru habis.  Setiap kali balik ke bilik, yang aku cari adalah Ryan & Rara. Kesian kat natang2 tu sebab dibiarkan je dalam bilik.  Itupun aku dah asyik pindah-pindah tempat.  Tiga tempat yang aku selalu tukar-tukar ialah kat atas meja study menghadap tingkap, pastu kat meja solek berdekatan dengan katil aku dan atas lantai..bila ada masa aku akan lepaskan Ryan & Rara main kat atas lantai tu. 

Tengahari tadi, masa balik sekejap..aku main la dengan Ryan & Rara. Bawa letak atas katil, time tu ade baju yang baru diangkat..laju je Ryan masuk dalam celahan baju tu.  Rara lak senyap jer.  Kemudian, diorang tertidor.  Yup, tidor.  Mata terpejam rapat. Aku pun baring la jugak dan Ryan time tu aku letak berhampiran peha.  Dah time tengahari, aku pun tertidur jugak.  Tetiba ada panggilan telefon dari si die.  Telefon tengah cas kat meja study.  Cepat-cepat aku bangun nak ambik telefon dan tetiba aku rasa ada benda jatuh dari baju aku.  Ya Allah! Ryan...urmmm, die jatuh..cepat-cepat aku ambik dan gosok natang tu.  Nasib baik paras peha aku ke lantai tak tinggi sangat.  Dan my rumet cakap apa tau...

"Ala...die tak nangis tu, tak sakit la tuuuu"

so bo***ks la rumet! :P

Ryan! memang tak reti dok diam

Bukan ape, risau takut ada kecederaan dalaman jer. Ish..Ryan ni nakal betul .  Malam ni, aku letakkan diorang atas katil lagi.  Rara cepat je tutup mata rapat-rapat.  Macam biasa, Si Ryan laju mencari celahan baju atau bantal, dan aku rasa si Ryan ni suke tempat gelap.  Syok dok kacau-kacau natang ni.. tapi tolonglah jangan usik Rara..tolonglaaaaaaaaaaaa, hampeh..memang tak bukak langsung mata tu.  Kalau Ryan, bukak je tempat die berlindung dari cahaya tu memang akan terus bukak mata.  Lepas tu, aku ambik dan letakkan Ryan & Rara atas ribaan aku, i mean atas peha la.   Rara memang senyap je,  si Ryan kena tutup kena kain untuk bagi suasana romantik gelap.  Diorang dah parking baik atas peha tu, aku pun lipat-lipat  baju sambil gayut dengan si die.  Main topic kitorang mestilah pasal Ryan & Rara.  Si die pernah jaga dua minggu, dan aku baru jaga dua hari.  Jadi kitorang bertukar-tukar cerita untuk lebih kenal natang ni la.  Si die pun dah mula rindukan Ryan & Rara, haaa..baru tahu apa yang aku rasa dulu :P 

Rara! time makan baru leh nampak aktif sikit.  Sangat jelas perbezaan Ryan & Rara nih.


Asyik bersembang, si die suh tengok Ryan & Rara..pehhh, sekali tengok memang masyukkkk ar..diorang berak atas peha aku.  Tak pepasal kena tukar baju tidur yang dipakai dari tadi.  Hijau bertukar ungu terus.  opps! jangan la geli, tahi kura-kura ni kecil je, tak lah berbau sangat.  Aku dan si die dok gelak je..kemain parking tidur kat tempat best sampai terberak. huhu. 

 boleh nampak tak perbezaan jantan & betina (Ryan & Rara)?

Sekarang, dah pindahkan Ryan & Rara ke dalam bekas.  Rara terus-terusan mengatup matanya, Ryan lak mencari-cari tempat gelap.  Sebelum tutup lampu kejap lagi, aku tutup dengan kain dulu biar gelap tempat die nak tidur tu.  Sekarang dok lena dah natang-natang tuuu =.="

p/s : Ade beberapa persoalan yang diajukan pada aku berkenaan kura-kura kecik ni, nanti aku jawab dalam next entri okeyh :)

Welcome home!

As salam....

Gembiranya dalam hati...
Dapat jumpa kekasih hati..
Sepasang berdua, 
Hai ana yang punya!

hahaha..menjadik tak lagu aku ni. ehehe, tengah gembira apa pun jadik.  Dulu berjauhan, kini berdekatan.  Ryan & Rara kepunyaanku kini di sisi.  Petang tadi dah bawa balik ke bilik kecilku.  

berdua lebih baik!


 love me yaaa~

terjumpa duit seringgit! jom wat beli kace bute. ahakkkks. sape paham, angkat kepala macam Ryan :P


p/s : harap-harap aku jaga natang-natang ni dengan sebaik mungkin, lagipun cinta hati yang bagi..lagi sangat bermakna :)  Siapa yang baru nak kenal ryan & rara, meh baca sini dan sini.

Aktiviti pagi :)

As salam....

Banguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunnnnnn! Haish..korang tidor lagi ke? aku sangat jeles nih, pagi-pagi dah kena gerakkan anggota tubuh badan untuk bergerak ke padang.  Almaklumlah, minggu ni minggu 5K..kebersihan, keselamatan...k k kFC *erkk, cukup lah 5K! hehehe.


Sudah cukup berpenat lelah menumpahkan peluh untuk menyihatkan tubuh badan..yeah! marilah bergoyangggggg~~~~ dalam aktiviti senamtari, ala...bersenam dengan langkah tarian tu. macam jenis tarian ada :)

macam ni lah gaya bersenamtari yang aku buat tadi, sesi snap snap pic tak dijalankan tadi, maka aku ambik dari Google si baik hati sudaa. tengok makcik makcik ni lagi curlasss yuuu :P

pagi-pagi camni elok sangatlah tengok gambar yang manissssssssss Ini.
main angklung pun kena goyang..ewahhh..goyangg..wee :D

Persembahan Angklung

As salam....

 motif? it's PINK! :p

Entri latest dalam Spontaneus Tuesday aku ada informkan pasal aku dan classmates kena buat persembahan angklung kat Hotel Avilion Legacy.  Huh..petang baru balik, memang penat la sebab tu majlis besar..padahal persembahan kumpulan kitorang kejap jer.  


Ada yang suruh ambik video? err..perlu ke? kang ramai lak nak invite kitorang untuk function nanti.  ekkk! ade unsur riak kat situ. huhu.  Takdela, persembahan kitorang biasa-biasa jer sebab kitorang masih belajar, tambahan pula..memang kelas kitorang ambik major muzik, sume alat muzik kitorang kena cuba pegang dan main!  Sebelum ni, kitorang aktif sebagai kumpulan gamelan, siapa yang follow blog aku dari awal mesti tahu :)


Kitorang biasa-biasa jer, tapi aku dapat merasakan kalau kitorang pi mana-mana memang jadi tumpuan la..sebab? we enjoy ourselves! haha...bawa mulut bising ke mana-mana,  pose sana-sini, cermin tu cermin ni jadi tumpuan.  Apa guna masa yang ada untuk bersama ni tak dinikmati dengan sepenuhnya kan? pasni dah kerja, berlaki..beranak pinak, mana boleh camni lagi kan :)



Yang bestnye, pagi tadi aku mencuba bakat make up kan classmate.  Nak buat persembahan kat hotel, takkan la tak nak calit pape kan.  Mula-mula takut jugak, rosak muka anak orang sapa nak jawab kan.  Muka manis ayu bertukar jadi jebon..naiya aku.  Tapi alhamdulillah, dengan bertemakan make up pink dan simple..okey la aku berjaya make up kan beberapa orang classmate ni.  Kalau terkurang dan terhuduh tu, aku minta maaf sangat-sangat sebab aku memang tak de pengalaman dalam bidang make up orang ni, setakat jadi mak andam bidang terjun jer boleh la kan.  Kalau dah kumpul semua gambar bersama, aku tunjuk kat blog ea :)

Spontaneous Thursday #4 : Persembahan Angklung.

As salam...

Hari ni (6 Oktober 2011) all my classmate kena buat persembahan angklung untuk persembahan depan YB Senator Dato' Seri Shahrizat di hotel Avillion Legacy, dengan tema pakaiannya adalah pink!

Wordless Wednesday #10 : Picnic!

As salam....



p/s : cerita di entri ni, boleh baca kat sini jugakk. :))

Mimpi siang mainan tidur kan..kan kan?

As salam...

Tengahari tadi, lepak bilik member ramai berempat orang.  Bagai meraikan kelas habis awal, kitorang pun buat projek tuttttt! hei, ingat boys je boleh buat macam-macam..girls lagi dahsyat ..jangan u alls tak tau.  Apa yang kitorang boleh buat? facial muka secara berjemaah, conteng muka kawan secantiknyer (make up), mix and match segala pakaian yang ada..itu yang biasa, yang luar biasa pun banyak lagii..ehehe, itu satu keistimewaan bila dok di asrama sebab leh jumpa member sekepala dua kaki. ehh ;p


Lepas tu kan..aku tertidur.  Tapi diganggu mimpi buruk.  Aku mimpi aku ambik Ryan & Rara.  Aku jaga. Rara okey jer tapi Ryan..Ryan hidup tak lama bila aku menjaganya :(  Sebaik je sedar, ada air mata jatuh ke pipi aku.  Ermm..sedih.  Aku bagitahu si die pasal hal ni, tak pepasal die mula risau sebab masa aku tepon tu si die tengah buat kerja kat luar. 


Dah la semalam, Ryan & Rara kena tinggal seharian. Bila si  die balik, berebut natang tu dapat makanan, tapi si Ryan buat perangai dok ketuk-ketuk bekas akuarium tu.  Macam merajuk kena tinggal sehari.  Err...macam-macam hal la, tapi member pernah bagitahu..natang kura-kura kecik ni memang sensitif, manja. 


p/s : harapnya, mimpi tengahari tadi hanya mainan tidur dan aku harap sangat moga aku dapat Ryan & Rara dengan elok nanti :D

Seminggu Sekali

As salam...

"Seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang..suci ~amboi-amboi enak..." 

Yeay! sudah pasti entri ni bukan berkisahkan lagu Senggol-senggolan Cubit Cubitan nyanyian Mas Idayu.  Tapi pasti korang akan terus cari lagu tersebut untuk didengari sebab lagu tu memang letops lah dulu kan. 

Seminggu sekali kalau dapat.....
berkumpul bersama rakan-rakan,
masak sama-sama (girls la kan),
sediakan tempat makan sama-sama,
makan sama-sama,
main sama-sama,
gelak sama-sama,
happy sama-sama,
 sume sama-sama lah!


without make up.  hai! saya makcik yang awak nak ngorat kat tesco semalam >.<"

Memang best kan! itulah yang aku buat semalam bersama sahabat-sahabat tersayang.   Mula masak dari pagi dengan menu yang cukup ringkas iaitu spagheti, sandwic dan sosej rebus.  Lepas makan, sama-sama kemas pastu main TRUE & DARE.  First time main dan ada lah rahsia terkeluar, but we're friends, aite? sharing is loving. aiya yay yay

Lepas tu, tengok movie dalam laptop sama-sama.  Habis tiga movie kot sampai ke petang tu.  Dok berkumpul sambil berpeluk-pelukan sama-sama, apsal?! tengok movie hantu derr tak pepasal aku susah nak lelap mata semalam =.="

with my friend, blogger jugak..tunggu gambar berlambak-lambak dari die nih sebab die yang bertindak selaku ajk dokumentasi semalam :)

Malam tu kitorang makan sama-sama lagi, lepas tu meneruskan aktiviti melatih jari jemari di atas kibod untuk amali esok.  Wish me doing the best for tomorrow. tq. 

p/s : Ryan & Rara tak dapat lagi tapi aku dapat sesuatu dari ibu si die yang tersayang. temkiyuuu :)

Pagi-pagi lagi dah jatuh cinta.

As salam...

Pagi-pagi lagi aku dah berambus dari asrama.  Pergi mane? pi tesco jer.  Seakan isteri mithali yang keluar ke pasar untuk mencari bahan masakan untuk hidangan si suami, tapi itu bukan aku..aku adalah macam bik.  err..nama panjangnyer bibik.  Itu yang member aku bagi kat aku, sepanjang jalan dok kutuk aku macam makcik. Sampai hati die kan..die dok ulang ayat, "Ko kan bik aku". tolong cepuk die untuk aku =.="

macam mak cik ker???err...korang jangan kutuk buruk nau lak >.<"


Selekeh tak selekeh masa kat kedai topup, budak jaga kaunter jual topup tu leh pandang aku kejap pastu cakap "Pagi-pagi lagi dah jatuh cinta" *kenyit mata. haha..memang comel giler budak kedai topup tu. nasib baik terus ingat pakwe, selamat dari tergoda =.="

p/s : agak-agaknyer die perli aku kot, mentang-mentang aku pakai selekeh macam bik pagi tadi, ingatku mudah diperdaya? SORRY, U BOLEH NAIK LORI..BLAH AR.

Entah bila akan dapat

As salam...

Aku memiliki ia dari jauh..entah bila akan dapat. urmmm..untuk hilangkan rindu, aku akan suruh si dia post pic kesayangan tu je la.  


Ini pic kesayangan-kesayangan saya. Ryan & Rara. perbezaan warna tu hanya sebab camera hp ataupun lampu, dan gambar agak kabur. maaf yer.

Dah seminggu Ryan & Rara tu duk bersama si dia.  Si dia yang tak sukekan natang tu pun dah jadi suka.  Sampaikan...

Si die : abg suka main dengan Ryan & Rara. 
Aku : mestilah, natang tu kan comel.
Si die : tak nak bagi la kat syg.
Aku : haa? mane boleh camtu :(

Si die berat hati nak bagi kat aku. Mana boleh kan, itu hadiah untuk aku. sob sobs.  Tapi aku tahu itu hanya gurauan die.  Bila sembang kat tepon, Ryan & Rara takkan ketinggalan jadi topik perbualan kitorang.  Ehehe, sangat menceriakan hari kitorang.  Aku rasa selama seminggu memang si die jge Ryan & Rara dengan baik sangat sampai aku jadi takut, mampukah aku jaga Ryan & Rara sebaik die. ermmm..


p/s : dapat natang tu, dapat lah jumpa si die! >__<"