Merdeka & Duit raya

As salam..

Kisah raya belum tamat lagi derr..raya kan sebulan..rileks dulu..rilek rilekss..Apapun, jangan dilupakan hari ni tanggal 31 Ogos yang merupakan ulangtahun kemerdekaan kita yang ke- 54 :)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
teringat masa last observe praktikal ajar budak-budak nyanyi lagu Tanggal 31, diorang sangat bersemangat sekaligus menarik perhatian diorang untuk terus dengan sesi p&p dalam kelas.

Antara aktiviti minggu last bertemakan hari kemerdekaan :-


Aktiviti mewarna bendera Malaysia kecil untuk dijadikan untaian, bendera kecil tu akan ditebuk lubang pastu masukkan tali..dah siap boleh gantung! gambar yang dah siap xde :(


Kolaj tisu bendera Malaysia! ambik tisu, koyakkan sedikit, gentel biar jadi bulat jangan besar sangat pastu tampal guna gam kat atas kertas yang dah siap ada garis-garis melintang.  Budak-budak sangat sukakan aktiviti ni!   :)


Psssttt! korang dapat banyak duit raya tak? meh tanya aku balik meh. Tanya la aku dapat duit raya ke tak? wuuu~ Aku dapat lima hengget!! lima hengget tuu, boleh beli esteyem pong beratus kali ulang alik ke kedai. adesss >___<"



Lepas sembahyang raya, maksedara nak singgah rumah kawan dia.  Sebab pergi masjid dengan dia jadi ikut la kan. Dah sampai, makan la kuih raya biskut raya kerepek raya dok krup krapp krup krapp..kejap, ting! sampul berwana coklat melayang-layang kat depan mata. Sempat lak aku fikir nak ambik ke tak nak ambik..taknak..taknak nehi nehi malu ah gini malu malu tapi MAHUUUUUU~ ambik simpan dalam beg. ehehe =.="

Balik bukak sampul tu, ade lima hengget. Terima kasih daun keladi, tahun depan saya pergi lagi -_-"

p/s : dah terima kenyataan bahawa umur sekarang dah tak sesuai untuk terima duit raya, malu ah. Tapi tak leh terima kenyataan bahawa umur sekarang budak-budak dah mula aim aku untuk minta duit raya..uwaaaa ;p

Selamat Hari Raya!!

As salam...

Yeay! esok raya esok raya!..sambil berlari keliling rumah bawa bunga api..pusing pusing sampai pening! ehehe..itu tipu.  Dalam kepala memang niat nak main sangat bunga api..nak sangat, tapi apakan daya..dari semalam ingatan kepada kuih dan biskut lagi kuat menolak angan untuk bermain bunga api itu jauh-jauh.  Dan sekarang pula, sedang tunggu paracetamol yang ditelan dua biji bertindak..errr, bertindak betul-betul lali. Haih..minta-minta la bangun pagi esok jangan pening-pening lagi..memang menspoilkan mood raya la kalau macam ni >___<"

Sekarang, masa untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya. 

Dengan ini, saya Permaisuri Emieysandra selaku pemerintah di Dunia Emieysandra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Batin.  Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung bulu kaki jika saya termaki, terhamun, tersepak, tertumbuk, terlempang, terludah, terkahak, terhantuk *auww! sakit la setaNNN! terlanjur ehh belum apa-apa dah terlanjur, terkentut di muka, terHOT, tercium dan segala ter ter ter la,,KBYE!. *ade sesiapa rasa nak ketuk kepala aku dah biol ni tak? meh meh ketuk dinding rumah hang dulu eh =.='


k la..ni betul-betul aku nak ucapkan selamat hari raya :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGERS YANG SENTIASA MENCERIAKAN HARI-HARI INDAHKU.  MOHON AMPUN DAN MAAF JUGA BUAT KALIAN SEKIRANYA TERGURIS HATI PERASAAN. 

p/s : jangan tidor lewat untuk dapatkan muka berseri-seri di pagi hari raya. nyte! :)

Beraya di perantauan.

As salam...

Pernah tak beraya di perantauan?  Alhamdulillah, selama ni aku dok menangis sakit derita merindu kerana belajar jauh dari keluarga sekurang-kurangnya masa hari raya memang akan dapat peruntukkan cuti raya.  Bagaimana dengan nasib orang lain yang terpaksa menjalankan tugas sedang ahli keluarga lain sedang berkumpul untuk menyambut hari raya yang mulia? Mesti sedih kan..ermm, hati pasangan mereka pun akan turut sedih..


'Walau raga kita terpisah jauh..namun hati selalu dekat'


Aikk..malam raya sepatutnya nyanyi lagu raya, ehehe. Ini first raya bergelar pasangan kekasih dengan si di dan ingatkan tahun ni boleh la sambut raya bersama, sebab dia pun orang Kelantan jugak namun hampa sebab dia tak boleh tinggalkan tugasnya.  


Selamat Hari Raya Aidilfitri abang..maaf zahir batin, terima kasih kerana sampai sekarang abang masih sudi untuk cuba pertahankan hubungan ini. Aishiteruu :)


p/s : suatu masa dulu pernah serik untuk menulis kisah cinta di blog, namun yang pasti aku berjaya melalui saat sedih kecewa serta bangkit dengan kekuatan.  Amat penting peluang kedua untuk diri sendiri demi mencapai kebahagiaan kerana hidup ini terlalu singkat untuk disurami kesedihan.  Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak menyokong ~_^

Ketuhar yang tidak disia-siakan!

As salam...

Boleh baca tajuk entri dengan suara doraemon masa tengah nak keluarkan barang dari kocek ajaibnya.  Ketuhar yang tidak disia-siakan! huhu..

Ya, ketuhar yang ada memang tidak akan disia-siakan.  Dua tahun yang lepas, ma sibuk belikan ketuhar ni sebab tiga orang anak perempuannya yang makin meningkat kecomelannya =.=' amat gemar membuat biskut raya. ehehe.  Yup, aku beserta dua adik perempuan suke dok belek-belek buku resepi, memang teringin sangat nak buat biskut dan kek sendiri menggunakan ketuhar.  Kenapa ma tak beli awal-awal lagi? sebab ma jenis yang tak suke buat biskut dan kek yang sampai kena guna ketuhar ni.  Ma suka buat kuih-kuih yang macam donat, karipap, cekmek, lepat pisang ubi..haa..kuih-kuih yang macam tu memang mabelles la kalau ma buat.  Tapi, sebab nak ikutkan kemahuan anak-anak perempuannye ni ma pun belikan ketuhar.  Memang! memang ma tak sentuh pun ketuhar tu..hanya kitorang je dok kletang kletung tang tung gune ketuhar tu =.='


gambar yang cenget untuk mood buat biskut raya cenget! *ade keww biskut tu? =.='


p/s : suke bace segmen bersilat kat dapur sis intan ni, ade jugak rujuk sikit-sikit resepi kat situ. thanx for sharing sis! :)

aktifkan MODE RAYA.

As salam...

Rindu giler dekat blog ni. siyes! Tibanya tarikh 26hb (dua hari yg lepas) maka tamatlah praktikal selama dua bulan serta bermulanya cuti raya, sgt hip hip hoooray! *kebelakangan ni suke benor letak tanda '!' terasa hidup sangat eksaited...wuuuuuuu~ 

Tadi aku bagitahu yang dua hari lepas tamat praktikal, it mean dah MERDEKA dengan segala kerja praktikal. Merdeka awal dari tarikh ulangtahun kemerdekaan negara kita ni. Sibuk nak beraya mesti ada yang lupa sal ulangtahun kemerdekaan. Ade tak? Tapi sekarang baru update blog sebab uruskan beberapa hal seperti mengemas barang untuk balik kampung!!! <---sangat eksaited. LOL.

Alhamdulillah, dah selamat sampai kat kampung dan sekarang baru aku boleh aktifkan MODE RAYA.  Kalau sebelum ni, dengar lagu raya pun tak hingin..sebab tak boleh nak feeling dengan kerja praktikal yang masih bertimbun.  So, sekarang dah betul-betul boleh feeling raya! 

Sampai kampung pagi semalam. Jadi hari ni nak keluar shopping raya, cari tudung je pastu nak belikan baju raya adik yang kedua bongsu.  Tak nak beli baju untuk Akif sebab dia puasa tak penuh.  Dah janji nak puasa baru kak ngah beli baju kan, tapi tak puasa jadi takdela baju..JANJI TETAP JANJI, padan muke.manja sangat. <--- akak yang tegas >___<"


Jom dengar lagu ni.. ololo..comel je budak lelaki ni..hihikkk~


Kad Hari Raya

As salam...

Siapa yang masih dapat kad raya sekarang ni? best kan...terasa sangat kemeriahan sambutan hari raya bila dapat banyak kad raya.  Dulu aku pun suka bagi kad raya dan dapat banyak kad raya.  Sekarang ni, sume men tag je..cari gambar kad raya then tag kat semua kawan-kawan =.='

Disebabkan rindu nak buat kad raya macam zaman dulu-dulu, aku masukkan aktiviti membuat kad raya dalam pengajaran.  Buat dengan budak-budak lagi beshhhhh! kreativiti diorang sangat comel ;)

Actually, tema pengajaran prasekolah minggu ni ajar  pasal kemudahan awam dan salah satunya kemudahan awam ialah pejabat pos.  Jadi, jom murid-murid buat kad raya dan hantar ke pejabat pos!! >___<"

kad raya hasil kerja 18 orang murid..5orang tak datang hari ni, kalau tak lagi banyakkkk kan :)


 kad hari raya yang ditampal pada sudut hasil kerja murid.

Sudut hasil kerja murid, tengok pejabat pos yang menggunakan kotak tu pun dah buat murid-murid melompat gembira tak sabar nak masukkan kad hari raya yang diorang buat ke dalam tu~


p/s : cikgu prasekolah minta aku buat blog untuk prasekolah ni, sekarang dalam proses mengedit, mungkin aku akan siapkan malam ni sebab lepas ni nak buat kad bergambar dulu. Nanti aku bagi link, korang wajib terjah tau, nak follow pun boley ;)

Janji syawal

As salam...


Macam-macam jenis fesyen baju raya sekarang ni.  Aku pun rambang mata nak pilih.  Tapi yang mendesak aku untuk sibuk mencari baju raya ni adalah kerana janji kepada ma, achek (adik perempuan) dan tati (adik perempuan).  Janji mesti ditepati, sebab tu dalam kesibukkan praktikal ni, aku intai-intai jugak mana baju yang cantik serta belek-belek harga yang berpatutan :)


Hujung minggu ni nak keluar dan shopping dengan my sis.  Ini baru namanya shopping raya!


Baju raya aku? aku just sediakan jubah untuk buat pergi sembahyang raya jer.  Selalu sangat dah shopping baju untuk diri sendiri, jadi kali ni shopping untuk orang-orang yang tersayang lak.  Ololo...ter--syahdu sendiri bila aku buat ayat camni =.='


p/s : akif (adik bongsu) minta baju raya superman, camne lak? hadoiii..kakngah beli spender je la..errrk~

SELAMAT BERBUKA KAWAN-KAWAN SEMUA, 
MAKAN SAMPAI KENYANG,
TERAWIH JANGAN DILUPAKAN.
:)

Wordless Wednesday #5 : Ikan Bakar

As salam...




Nakkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Ikan bakar kuah percik = masakan ma.

rindunyerrr~

Memori puasa masa kecik-kecik

As salam...

Selamat berpuasa semua!! Aku dah makin liat mengupdate blog, ampun yer.  Tapi aku berterima kasih sangat kepada yang sudi follow blog ni yang hentahape-hape ni, dah la tak berupdate lama =.="


Di petang yang indah sambil memanjakan perut dengan ungkapan 'sabar, sabar' :) Tiba-tiba aku terkenangkan memori berpuasa waktu kecil-kecil dulu *muzik merdu kesayuan mengiringi, ceeewaaah =.=' Aku dah mula puasa waktu umur 5tahun dan time tu aku dah pergi tadika.  Kenapa aku rajin puasa waktu tu? mungkinkah dijanjikan singgit sehari puasa ataupun baju raya patlima pasang?  takpun, aku tak dijanjikan semua tu.  Aku suka puasa sebab bila aku puasa, hari-hari abah akan bawa aku round-round kampung, beli kuih-muih...air sedap-sedap untuk berbuka.  Dan yang special, abah akan tanya "angah nak air ape berbuka petang ni?" tiap-tiap petang ma akan tanya "angah nak kuih ape berbuka petang ni?ma nak buat ni" ehehe, aku yang buat keputusan.


Pernah sehari aku tinggal puasa.  Sebabnya, ma yang teman aku pergi sekolah kesiankan aku yang main sorang-sorang sedangkan kawan-kawan lain sedang makan.   Ma pulak cakap, tak pela, puasa separuh hari je hari ni.  Okey la, aku pun pergi makan.  Bila balik rumah, ma kena marah (lebih kepada teguran la) kat abah sebab ajar aku pasal puasa separuh hari. huhu.  Yela, abah tak nak aku belajar pasal puasa separuh hari ni, nanti diamalkan selalu pulak.


Betul la kan, mana ada puasa separuh hari lepas tu ganti puasa separuh hari.  Ada ke macam tu, maksud puasa itu sendiri menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari.  Yang aku tahu, puasa separuh hari ni dibolehkan kepada mualaf yang tak biasa berpuasa dan sedang belajar berpuasa.  Betulkan kalau aku salah yer :)

p/s : ma masak apa kat rumah petang ni? mesti banyak lauk kan? angah beli ikan bakar je, nak buat berbuka =.="
p/s : SELAMAT BERBUKA ;)