Yeay, SKSB menang!!

As salam...

Semalam..iaitu pagi 30 Julai, ada pertandingan Senamrobik Prasekolah kt Serindit.  Salah satunya Prasekolah SKSB dan selaku guru pelatih kat sekolah tu, mesti la aku turut serta kan untuk bantu apa yang patut.  Ada 16 buah sekolah yang bertanding termasuklah SKSB. 

Yang bestnyer, budak-budak tu menang!!! Tahniah diucapkan kepada mereka terutama kak Norazurah yang bertungkus lumus melatih diorang serta Kak Su, pembantu pra yang banyak membantu menguruskan diorang.  


Ini gambar masa latihan..gambar masa kat pertandingan belum ditransfer masuk laptop lagi, akan diupdate lepas ni ea ;)


p/s : update kat laptop kawan je sebab bil broadband belum dibayar lagi =.="

Gudluck Sayang!!

As salam....

Tengahari tadi, buat lawatan ke tesco pulak dengan budak-budak prasekolah.  Bawak lapan orang murid je ;)

Ehehe..diorang nak cari kasut yang seragam untuk pertandingan Senamrobik hari Sabtu ni.  Pertandingan Senamrobik tu pagi Sabtu, 30 Julai kat Serindit, sape yang dok Melaka tu..mai la pi tengok yer ;) 

yeay!! dah jumpe kasut yang sesuai ;)


Meh tengok video persembahan diorang lepas menang dalam pertandingan yang lepas ;)



 p/s : Gudluck untuk group senamrobik prasekolah SKSB!!

Terlalu 'enjoy' dengan praktikal sampai lupa blog.

As salam....

Hampir seminggu lebih aku tak update blog.  Usahkan orang lain nak datang singgah, aku sendiri pun tak singgah ke blog sendiri.  Kalau dulu, tiap-tiap hari macam tak lengkap hidup kalau tak bukak blog..sekarang ni, seminggu sekali baru buka.  I' m Sorry la blog =.='


Entri last aku ada cerita yang aku sekarang sedang berpraktikal.  Yup, praktikal ni mungkin orang lain nampak lebih relaks dari belajar.  Tapi bagi aku tak sebab banyak kerja kena buat.  Meskipun banyak kerja, praktikal ni best sebab aku boleh rasa alam pekerjaan di sekolah.  Gembira sebab dapat macam-macam pengalaman baru.  Part sedih pun ada bila kena tegur dengan guru-guru lain, guru pembimbing ataupun pensyarah.  Tapi, aku kena cepat-cepat fikir positif sebab dah nama pun belajar lagi kan.  Aku kena la terima ianya sebagai penduan untuk melangkah lebih jauh dalam hidup ni kan..kan ;)


Jom tengok aktiviti latest aku dengan anak-anak murid kesayangan ni.  Semalam pergi lawatan ke Planetarium & Taman Buaya Melaka. 
 sayang semuanya!

sejukkkkkkkk!

Dapat jumpa ular ni lagi! rujuk entri ni.  Ingatkan ular yang sama, rupanya tak..Yang ni namanya Minnie ;)



posing dengan Minnie!

p/s : Aku rasa enjoy mungkin sebab aku suka budak-budak.  Stress dengan banyak kerja pun jadi terubat bila tengok perangai budak-budak yang comel ni. Ada masa aku update lagi :)


Selamat Datang ke SKSB

As salam..

Suka gambar ni, gaya cikgu cukup terserlah..err, ye k? =.='  
Menjejakkan kaki ke prasekolah SKSB.  Membawa cabaran untuk mengajak murid-murid yang hanya berkeinginan untuk bermain saja mendapatkan ilmu apabila datang ke sekolah.


Ini wajah-wajah cumil tatapan aku setiap hari selama menjalani praktikal di SKSB (Sekolah Kebangsaan Seri Bandar).  Apapun, diorang best!


p/s :  Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini..amiiin.


Spontaneous Thursday #3 :

As salam.....


Budak-budak enjoy dengan aktiviti pendidikan luar (PJ), tapi lak yang hilang suara =.="


p/s : status : sibuk dengan praktikal.

Terluka

As salam...


Bukan ku pinta seguni emas,
Tidak ku rayu jambatan gantung dari Melaka ke Kelantan,
Yang ku ingin bukan tujuh bola dragon balls
Cukuplah satu kefahaman dalam perhubungan.


Namun kau beri aku kelukaan yang maha dahsyat.




Err...ini bukan seloka, bukan juga pantun..budak-budak sekolah jangan ambik ni sebagai rujukan yer.


Jari asyik terluka jer, kena kertas sehelas dah tercalar berbintik merah, opkos la sakit. Tadi lak terkena hujung pisau, pedih..itu rasa kelukaan.


 p/s :
layan lagu moh, someone give it to me. jahat! nak kata aku bodoh lettew~ =.='



gambar di majlis kahwin Atie & Yus.

As salam...

Yeay!! hari minggu yang dinanti-nantikan oleh budak-budak sekolah dan cikgu-cikgu sekolah..ye kan? ehehe.tapi bagi cikgu praktikal, ianya sama saja..kerja tetap diteruskan sibuk seperti biasa.  Sampaikan blog ni pun dah hampir terabai..ololo..shiannyer.. Semalam dan hari ni agak penat plus selalu sangat pening kepala mungkin disebabkan tindakan auto badan menerima tugasan yang meruntun jiwa raga sekarang ni =.='

Baiklah, sebelum ni aku ada bagitahu nak tunjukkan gambar masa kenduri rumah mama a.k.a mentor/pensyarah kitorang.  Sambungan dari entri comel dan entri comot ni. Yela, gambar yang ada harus digunakan sebaik mungkin ditempek di belog kesayangan ni kan.  Gambar ni kiranya sepanjang tiga hari kitorang menolong mama ;)

 posing sebelum buat kerja..


 ini haa..yang kitorang buat, bertungkus lumus dengan jayanya ;)

 masuk dapur jap, bertungkus lumus makan sup dengan jayanya..very delicious la sup ni, i loike sangat2~


 "pokcikkk..nasi lima senduk, cukup x?" muehehe


kawan-kawan saya sangat cantikkkk ;)


 bersama Awin merangkap my partner praktikal..macam mak datin giteww~


bergambar bersama-sama di pelamin akad nikah ;)


 pengantin perempuan yang cantik ayunya..Atie.  

 bergambar kenangan dengan pasangan pengantin..Tahniah buat Atie & Yus semoga berbahagia ke akhir hayat ;)


 sempat main nyorok-nyorok dengan ida..harap maaf la yer, efek 'nur' pada setting kamera berlebihan lak..janji nampak hantaran bunga sabun yang cantik berwarna turquoise ni.


bergambar bersama pasangan pengantin dan mama a.k.a mentor kitorang yang maintan muda..cer cari mana mama? ehehe.


DONE! Sory la, eksaited tol upload banyak-banyak gambar..haha..kalau korang tak dapat tengok semua gambar sebab loading yang lambat..aku sarankan korang tulis komen..'sume cantik2!' sekali sekala ambik hati aku pe salahnya..perasantan betol la =.="

p/s : terima kasih kerana sudi men'scroll down ke bawah, jauhilah 'BERSIH' kerana dirimu begitu akan berharga ;)

abah.

As salam...

Hari ni hari ulangtahun kelahiran abah.   Cantik je tarikh lahir abah iaitu 7.7.1957.  Abah memang dah tua tapi masih nampak muda.  Aku sentiasa doakan kesejahteraan abah dan juga ma.  Tak pernah lagi aku bercerita pasal abah kan.  Jadi, malam yang santai ni sebab esok tak perlu mengajar disebabkan sekolah mengadakan Hari Terbuka untuk ibu bapa datang berjumpa guru dan bercakap tentang prestasi anak masing-masing.  


Balik pada cerita abah yang hanyalah seorang tukang rumah berjaya, mestilah berjaya kerana dia ianya ibarat superhero bagiku walaupun kerjaya yang orang lain tak pandang pun kan.  Yela, aku bukan anak datuk menteri ke hape cumalah anak seorang tukang rumah.  Abah kelihatan bahagia dengan kerjayanya sejak dari dulu, sekarang dah berkurang la sikit sebab rumah kitorang kecik je sebab abah mengutamakan pelanggan, rumah pelanggan yang mesti cantik dan besar dulu.  Eh..memandai je aku buat alasan skima macam ni =.="  Balik cuti hari tu, abah sibuk bertungkus lumus dengan rumahnya sendiri, owh..rupanya abah tunggu giliran untuk dirinya sendiri..al maklumlah ramai pelanggan sebelum ni =.=" kot kot abah nak get ready untuk terima menantu *teringat adik-adik..err, aku lah kakak yang tua..ehehe ;)


Abah seorang yang aktif, dulu sekitar umur 40-an dan aku masih bersekolah..abah tetap aktif bermain bola di padang.  Saingannya pula anak-anak muda 20-an..semuanya kawan-kawan dia la. ehehe, otai tak abah aku? malangnyer, xreti reti lak die ejaskan sorang mamat aktif sukan untuk aku, khabarnya lelaki yang aktif sukan ni hensem. Buktinya pemain bola kembar zaquan tu ;p


Hobi abah ialah memancing.  Semua koleksi pancing, dan alatan memancing lengkap.  Anak-anak takkan dibenarkan sentuh alatan memancing die tuu, kitorang kalau nak memancing pergi buat sendiri guna batang kayu, ikat tali tasi dan pasang mata kali murah kat kedai then pergi la cari cacing untuk buat umpan.  Kire abah ni pemancing stendek la untuk pancing ikan besar.  Ya, banyak kali jugak abah dapat ikan yang besar besar.  Nak tahu apa jadi pada ikan tu? kitorang tenung-tenung, tilik kiri kanan atas bawah sambil kira sisik..err..pastu bagi kat jiran.  Yela, siapa yang nak makan sebab kitorang tak berapa makan ikan sungai*tol x jenis ikan ni..harapkan abah, dia hanya mengejar kepuasan dalam aktivitinya ni.  Abah suka memancing sampai sekarang, tambahan pula dia ade geng sekepala..sek kacik la katakan ;)


Aku paling suka masa dulu kan femes main wau bulan.  Bukan layang-layang yang berbentuk segiempat tuu tapi wau yang dibuat kukuh menggunakan buluh dan plastik mahal wooo.  Abah sangat mahir membuat wau.  Kalau dikenang time tu, ramai yang datang ke rumah minta abah buatkan wau.  Aku masih ingat, abah gigih mengasah buluh yang dipotong kecil sehingga licin kemudian dijadikan rangka badan wau.  Abah sibuk minta 'plastik gelenya' if u know la dari ma untuk dijadikan 'baju' wau tu.  Kat kelantan kan terkenal jugak dengan pertandingan wau yang bukan diukur pada kesenian pembuatan wau malahan takat mana tinggi wau tu naik ke atas langit.  Merasa jugak la gelas berdozen-dozen hasil dari kemenangan abah ni.  Yang untung penuh kat dapur ma, kan aku dah bagitahu tadi..abah hanya mencari kepuasan dalam aktivitinya ;)


Macam-macam yang abah suka buat tapi aktiviti yang kekal sekarang ialah memancing je la. Bila aku buat entri ni, jeles pulak dengan kehidupan abah sebab hidupnya penuh dengan minat dan kesungguhan.  Aktiviti yang abah buat menampakkan minatnya yang mendalam sehingga aku boleh ingat semua tu dan menghasilkan entri sekarang. 


p/s : risau jugak kalau-kalau ada yang tak faham dengan entri ni sebab aku hanya muntahkan dari kotak fikiran bukan dengan temuramah @ research lain.. kalau ade penggunaan bahasa yang tak bape betul tu, sori dan buat2 faham je la. TQ.

Spontaneous Thursday #2 : HB abah.

As salam...


Selamat Hari Lahir yang ke- 54 Encik Abu Bakar bin Hussin!



Wordless Wednesday #5 : Bunga

As salam...

Aktiviti last sebelum balik, topeng bunga.




cikgu pun masuk sekali >__<"

Wordless Wednesday #4 : Perhimpunan, rutin pagi di sekolah.

As salam...


p/s : baca sifir..2 x 2 = ???

baju kurung & praktikal

As salam....

Hari ni hari first berpraktikal setelah bercuti semalam.  Bercuti semalam pun, bukan la aku duapulohempatjam dok mengadap mukabuku.  Banyak masa dihabiskan membuat persediaan untuk hari pertama ni.  Yang penting, eksaited betul aku gosok semua baju kurung.  Yup, dah itu pakaian rasmi seorang guru apalagi untuk guru praktikal yang masih belajar ni.  Gosok semua baju siap-siap, takut-takut kang ada hari terbangun lewat ke ape boleh main capai je baju-baju tu kan.

 tengok, ada lapan pasang cukup untuk dua minggu dulu la ;)


Akak saya ni dah pesan supaya jangan lupa update blog jugak walaupun dah berpraktikal. Akan saya cuba kak, sebab semester lepas dah nampak corak kerja jadi boleh la susun jadual dengan elok semester ni.  Semestinya komitmen pada praktikal lebih diutamakan.  Tiap-tiap hari kena buat rancangan pengajaran dan juga alat bantu mengajar.  Pengalaman lepas dah ada, boleh la dijadikan rujukan sikit.


 muka sememeh je masa dok menunggu guru pembimbing. 


Ini pula anak-anak murid di prasekolah.  Seramai 25 orang dan get ready jugak la aku dengan 25pesen perangai nanti.  Sudah semestinya di antara 25orang tu ada yang nakal, sabo je la haku =.='


p/s : terima kasih pada yang sudi singgah meninggalkan jejak, insyaAllah akan kunjungan balas pasti menyusul ;)

yeay! hari ni cuti..

As salam...

Bangun pagi terasa begitu bahagia, tersenyum mengingatkan hari ni kepala aku tak usah fikir pasal perkara itu lagi.  Perkara apa yer?


PRAKTIKAL!!


Sepatutnya hari ni aku melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Seri Bandar, Melaka untuk menjalani praktikal selama dua bulan pada semester ni.  Namun disebabkan sekolah tersebut bercuti pada hari ini. Ianya cuti sempena Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia yang diadakan pada hari Sabtu bersamaan 2Julai 2011 yang lepas , maka cikgu praktikal takkan la mahu pergi ke sekolah cabut rumput, tanam pokok bunga tahi ayam lak kan? nehi nehi opkos la tidak, semestinyer goyang kaki menghadap mukaBUKU =.='

Bakal murid-muridku, please get ready cikgu nak jumpe kamu esok! 
*dalam hati, please kamu jangan nakal ea sayang-sayang buah hati ayahbonda sekalian ;)


p/s : Tidak semua sekolah cuti pada hari ni, jadi sesiapa yang bercuti pada hari ni, meh gimme five ;)

Apa itu 'kendarat'?

As salam...

Entri lepas, aku ada sebut pasal 'kendarat' kan..aku tak tahu pe maksud 'kendarat' tu..dengar je kawan sebut.  Perkataan baru dan pelik, jadi aku pun tanyakan la kalau ada yang sudi nak menjawab..rupenyer ada yang sudi jawabkan..meh tengok..


 
owh..itu bahasa Melaka eh Fiq, patut la akak tak tau :)



Yela, aku salah seorang orang kuat la hari tu..ehehe. sempat lak James ni menTUAkan aku hek? =P


Yup! ianya kerja yang sangat bizi. Interprem gambo tu i loike, ehehe..mesti la gambar, banyak..tunggu je nak update pasni ea, tak pun boleh tengok dalam facebook sebab dah diupload sikit..sikitkerrr? =.='



Kerja aku semalam masa majlis berlangsung memang la kena kuat, sebab kena pastikan nasi serta lauk pauk cukup di meja makan, air semuanya yang sepatutnya la.  Kalau tak cukup kena cepat-cepat bagitahu pada orang belakang supaya bawa keluar. Kuat tak kuat, balik semalam memang rebah gak la.  Mungkin sebab panas kot.  Sekarang pun masih terasa pening.  Semalam dah telan 3biji panadol yang biasa tu, malam ni pun kena makan lagi supaya cepat sembuh untuk meneruskan kerja lain yang lagi penting pulak lepas ni ;)


PENAT tapi BERBALOI

As salam...

Semalam aku dah terlepas Spontaneous Thursday, tapi yang pasti aku nak bagitahu satu je ayat spontan ' PENAT tapi BERBALOI ' .

 Gambar kenangan dengan bilik pengantin mesti ada. 


Berbaloi sebab dapat makan free dan tengok pengantin. err~


Ambik seri bilik pengantin, boleh? ;)


Semalam dan jugak malam ni, sibuk menolong mama a.k.a mentor (pensyarah) untuk persiapan majlis perkahwinan anaknya.  Bak kata kawan aku,kena jadi 'kendarat'..aku pun tak berapa ngerti dengan perkataan tuu~ 


Esok majlis perkahwinan akan dilangsungkan dengan tema hitam, putih dan merah.  Semoga segalanya berjalan dengan lancar, dan pasangan pengantin diberkati Allah SWT. amiin.