Tips : Apa nak buat bila putus cinta

As salam...

Hari ni aku nak bagi tips.  Yela, kalau boleh nak memotivasikan orang lain dan juga diri sendiri.  Uishh, menggigil nak taip takut la kalau merosakkan anak orang lak bila die ikut tips tips dari aku ni.  haha..eh, don't worry la, aku guna cara yang diyakini selamat ;)


First and the foremost.
*Menangis
Menangis la sekuat hati eh selaju air terjun panching pun boleh.  Kerana dengan mengalirkan air mata tu, u all dah melepasakan segala bahang kekecewaan.  Kalau banyak sangat bahang kekecewaan tu, menangis la menangis la dan lagi dan lagi. Ada juga orang yang tak boleh menangis, boleh la rajinkan diri pergi kupas bawang merah dan bawang besar..tup tup ada Mak cik Jah berkenan boleh buat menantu kan. Tak pun, dia hanya gelak bila tak mampu mengalirkan air mata.  Tak pe, gelak la sepuas-puasnya pastu bila keseorang baru nak menangis.  Tak pe, ikut kesesuaian masing-masing. ~oh me, please be serious la. entry serious ni =.='


Second
* Fikir
Buat apa-apa kerja pun kena fikir.  Kerja memulihkan diri dari putus cinta lagi kena fikir banyak-banyak.  Aku bahagikan kepada dua yang aku rasa sangat penting.


1) 'Kalau ada jodoh, tak ke mana'. Ini ayat famous bila orang tanya kenapa putus cinta dan bla bla bla..u all pun keluarkan ayat ni, kan kan?.  Betul la, joyah joyah sekalian.  Kalau dah putus cinta tu ada lah yang berlaku antara pasangan tersebut dan berfikiran positif adalah harus.  Bercinta tu adalah kasih sayang, takkan mudah untuk lenyapkan kasih sayang kan.  Kalau ikatan kasih sayang tu kuat, maka akan bertautlah kembali.  Kalau tak, makin menjauh la ~dah macam ayat pakar motivasi dah ni.


2)'Aku kena fikirkan diri sendiri'.  Hamboih, ketara sangat tengah jual ikan ni (selfish).  Ya, u all kena fikirkan masa depan sendiri.  Dia adalah masa lalu yang telah ditinggal kat belakang.  U all kena terus melangkah dan sememangnya takdir adalah dari Allah Yang Maha Esa.  Fikir positif dan terus melangkah dengan positif supaya u all pun akan mencapai kemajuan yang positif dalam hidup.  Kalau kasih sayang tu kuat, dia akan muncul lagi di masa depan dan terus mencapai tangan u all takkan lepas-lepas lagi.  Ha..ni baru dikatakan jodoh yang sebenar.  Macam-macam halangan ditempuhi, tapi masih kembali bertaut.  Kalau itu terjadi, pastikan la masing-masing dah  move forward, dah berubah dan takkan ulangi kesilapan dulu. okey?.


Third
Obses.
*Tipu la kalau ada pakwe/makwe  tak obses dengan die, kalau tak obses u all takkan sedih sampai tak keluar bilik tiga hari dan tak makan minum, bilamana tengok entri tips putus cinta dari emieysandra ni terus klik dan sedang baca sekarang *ayat ni..i'm not very sure la, depends aite? =.='  Jadi, bila dah putus cinta, cari obsesi lain pulak.  Sukacita diingatkan, jangan la obses dengan tempat tinggi lak.  Main terjun bangunan KB Mall pastu naik, terjun lagi.  Apa hal? pergi la KLCC kan tinggi sikit, dan haish takde la nak malukan orang Kelantan buat kerja terkutuk macam tu.  Contoh yang senang, berbloging. duopulohempat tolak limakeenam jam boleh dok ngadap blog.  Peace from me^^


Fourth
*Pandang depan.
Kalau u all jalan, pandang depan kan.  Ahmad Idham pun buat cerita supaya Jangan Pandang Belakang.  The best way semestinya depan kan.  Pandang depan, cipta pemandangan indah kerana sememangnya hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan.  Sambil berjalan sambil pandang depan tu, jeling la kiri dan kanan.  Kalau ada yang menagih peluang, apa salahnya menerima tapi pilih la dengan berhati-hati kan dah cipta pemandangan indah tadi.  Bila dah terima tu, boleh la guna unsur- unsur penambahbaikan.  Memperbaiki diri yang sebelum ni kureng dengan kekasih lama, takkan nak jadi pencinta yang lama lagi, kena la improve sikit.  Lagipun, berpisah tu tak semestinya salah satu pihak kan.  Dua dua salah kerana tak saling melengkapi.  Takde cinta dari satu pihak je. Jadi refleksi diri dan selamat beramal^^


Okey, itu saja la tips yang muncul sepintas lalu dalam benak fikiranku ini.  Aku tak berbakat pun nasihatkan orang tapi aku ada niat nak orang lain menjalani hidup dengan lebih baik as i hope same goes to me.  Sememangnya, tips tips ni adalah untuk menambahkan semangat waja dalam diri sendiri^^

p/s : entri autopost, otw..hahai kelate ;)

Manis manisan buat mereka.

As salam..

Selamat pagi!!

 
Ini manis manisan yang nak dibawa balik untuk budak-budak kat rumah.  Ya, kat rumah aku tu ramai budak-budak sebab kebanyakkan sepupu masih kecik-kecik.  Mesti diorang suka la dapat makan cokelat ni.  Err..kat kelantan memang gula-gula dah dipanggil cokelat ;)


Semester ni dapat banyak gula-gula ala yang dalam hamper tu, banyak macam nak bikin orang sakit kencing manis je dan aku lak bukan jenis makan gula-gula camni,  maneh sangat.  So, bawak balik bagi kat si comel ni dan buah hati pengarang jantung yang ni, biar gigi diorang rosak, muahahahaa.  *sadis tol dapat kakak yang camni =.='


yang ni lak gula-gula extra yang paling maneh
:
:
:
-kak ngah diorang-
 perasantan tol..k la bai^^


Semoga perjalanan pulang ke kampung ini selamat. Amin.

Persembahan kad Selamat Hari Guru.

As salam...

Semalam (27/5) merupakan hari terakhir sebelum cuti semester.  Istimewanya, hari ni ada sambutan Hari Guru.  Acara paling menarik adalah apabila menyanyikan lagi 'Kami Guru Malaysia' ;)


Paling menarik pula bila preschool of roxs dapat hamper lagi sempena pertandingan membuat kad Selamat Hari Guru.  Tahniah pada semua dan yang paling banyak berjasa mengkreatifkan persembahan kad tu dengan membuat kotak lady bird yang cantik.  

 
Suke benar aku ambik gambar dengan hamper.  Yang sebelum ni lagi besar.  Tak best sebab takde gambar ramai-ramai, semua dah lorat nak balik.

Dalam kotak ni terdapat 20 kad masing-masing hasil tangan preshool of roxs, lupa lak nak snap kad yang aku buat, yang paling buyuk =.=' Malas dah nak taip banyak-banyak, nak sambung tengok cerita dulu. Layan citer hindustan ;)

Malam sepi

As salam.

Malam yang sepi pi pi..
Pak Mat jual kopi pi pi..
Kopi yang enak nak nak..
Pak Mat jual anak nak nak..

Anak yang hilang lang lang..
Pak Mat jual gelang lang lang..
Gelang yang patah tah tah..
Pak Mat jual getah tah tah...


Pernah main sep sep nyanyi lagu ni tak? ha..cer try sambung.

Asrama dah senyap sunyi, baru pukul 8.30malam kan dah sepi tanpa bunyi kebisingan manusia lagi dah.  Ada beberapa orang je yang tinggal tambah budak budak SIPMA, nampak la jugak berketul ketul manusia ;) 

Jaga diri jangan nakal

As salam....

Hari ni kebanyakkan penghuni bangunan tiga tingkat asrama batu semua perempuan dah nak beramboss..oopps, terkasar bahasa lak.  Semua dah nak balik yer...tinggal aku sorang seketul menghadap blog pink ni.  Tak pe la, boring berblogwalking leh marathon movie lak.Nak keluar pun dah berstatus pokaipo..aiyoyo~


Kepada yang memandu kenderaan berat mahupun ringan, sila lah berhati-hati semasa memandu.  Sesiapa yang naik bas lak, pastikan pemandu bas tidak mengantuk, pi la borak-borak ngan pakcik drebar tu, buat lawak cerdik ke..biar dia xde la boring sangat kan.  Haish..memandai je aku bagi idea ni.  Dan yang penting sekali, sesiapa yang naik flight, jaga diri  jangan nakal nak ngorat aweks pramugari lak *ni objektif entri sebenar nya, puas hati dapat capslock. pada siapa? opkos la kepada lelaki, takkan aweks nak ngorat aweks lak kan.  muahahahahaa =.="


dah rindu pada si manja sorang ni^^


rindu dah nak cubit-cubit pipi si kecil molek ni, hope makin membesar ye Anis, baru sedap kak ngah nak peluk^^


Aku bertolak balik ke Kelantan pagi esok, tumpang kereta kawan.  Kali ni boleh la selamat dari sejuk aircond dalam bas. yeay yeay balik kampung~

Bagai mencurah air ke daun keladi

As salam....

Kalau tidak dinasihatkan, keadaan jadi makin teruk.  Tambahan pula, aku lah satu-satunya tempat mengadu.  Kerana sayang juga, berbuih mulut ni cuba menasihatkan dia.  Ya, kerana sayang.  Tapi apakan daya, kalau setelah dinasihatkan tiada apa pun yang berlaku.  Bak kata peribahasa, bagai mencurah air ke daun keladi.




Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. sumber dari sini.


Apa korang buat, kalau dalam keadaan camni.  Urmm..aku nak diam je la dan berharap dia akan temui kebahagian dan segala keputusannya tidak akan memakan nasib dirinya nanti.  


p/s : nasib la, korang belajar peribahasa malam ni yer^^

hooray!

As salam...

Keluar je dari dewan exam tadi, terus mesej ma dan juga ehem-ehem..





Dah habis exam untuk semester ni, maka berakhirlah pengajian aku di semester 5 ni.  Ada 3 semester lagi nak habis.  Belajar ni memang best, tapi part exam tu yang sesak nafas sikit.hohoo~


Aku balik kampung hari Sabtu, jadi blog akan jadi tempat aku melepaskan bosan.  Orang lain petang ni pun dah blahh.  Aku kan bersemangat sayangkan maktab, biasa lah suruh orang kampung menanti dengan sabar sikit =.='


Yezza, lepas ni boleh blogwalking sepuas hati dan balas jejak semua orang yang datang sini bagi semangat  kipas kipas hati supaya tenang.  Sayang la korang semua^^

Last.

As salam..

Last, bukan lah bermaksud akhir bagi segalanya.  Heh, aku masih bernafas lagi, dengan bau ketensionan yang masih belum semerbak lagi.  Esok akan menjawab paper exam last yang paling ditunggu.  Jadi, agak perit sedikit sebab baru je habis exam petang tadi, terus je kena siap sedia untuk exam pagi esok.  Pagi tuuu.  Jadi, cuba fikir berapa banyak masa yang aku ada? adushhhh. 


motif gambar : ?????


kurangkan merapu meraban dalam blog untuk jawab exam esok, eh mana boleh. tak tak, tak nak merapu meraban, kena jawab leklok. okeyh, moh la aku stadi sekueknyo^^


p/s : Jadual exam yang terlalu padat, memang mengganggu pelajar terutama dari segi psikologi & emosi kan? tol tak?

bangun pagi

As salam..

BANGUN PAGIIIII

GOSOK GIGIIIII

JANGAN LUPA SARAPAN PAGIIIII

BARU BOLEH STADI LAGIIII

>_______<"



 Petang ni paper PJM 3112^^, memang dah tak sabar untuk ketemu Encik Jumaat, baru boleh lega segala urat saraf otak ni.

kepochi petang

As salam..

Petang ni dah habis paper ke tiga, ada dua paper lagik. Kena bertahan dua kali lagi masuk dewan tu yang memang dah feeling winter sonata, sejuk yuuu...pegang pen pun dah tak rasa ape dah.  Sejuk satu hal, yang pesen perangai pelik aku lak tak bolek lampu terang sangat.  Aku rasa pelik sebab aku sorang je tak puas hati pasal lampu, orang lain kuar menggigil je aku kuar tenyeh-tenyah mata sebab rasa berpinar sangat duduk dalam dewan selama dua jam setengah tu.  Nak minta tutup? sabor je la dengan kecanggihan teknologi sekarang.  Tutup satu suis, satu bari lampu akan padam, dah mengurangkan cahaya dalam dewan tu.  Keputusannya, aku yang kena bawa bersabar banyak-banyak =.=" 

Ambik gambar sebelum pergi exam, terapi keceriaan untuk hilangkan nervous. Redha je la, pakai macam nak pergi mengaji masa darjah 6 dulu, xgheti nak pin tudung kat bahu dan tudung sememeh je~


You all masih kenal apa itu mata, mulut dan pipi licin berkarat kan walau keadaan gambar macam ni kan =.="


p/s : menaip sambil makan sepotong betik yang dibeli di gerai belakang, takkan study kot time gini^^

Parallel Bar

As salam..


Hanya disebabkan satu status facebook aku, yang meluahkan rasa keinginan untuk beriadah di facebook setelah penat menelaah buku pada waktu petang tersekat dek kerana wayarles asrama yang berlagak comel macam chipsmore yang memang nak kena bite banyak-banyak nih.  Seorang teman pun beriya-iya jugak nak beriadah di tempat yang sepatutnya iaitu di trek padang la.  Apa lagi, masa dah menunjukkan pukul 5.30petang dan diberi masa oleh beliau supaya siap pada pukul5.45petang.  Semestinya, dengan berbekalkan semangat waja, lima minit terus siap!  Nak pergi beriadah, cukup la sarungkan apa yang patut untuk menutup aurat, ye kan?


 jadi pemalu lak sejak dua menjak ni.


Dah lama tak joging, tapi alhamdulillah..mampu jugak aku pusing 2 1/2 round trek tu. Sory la, 1/2 round tu amat penting bagi aku la supaya lepas ni boleh cukupkan 3 round lak. Hutang, single 1/2 round je lepas ni =.=" Haish..pening dengan banyak-banyak sangat nombor ni, diskalkulia jap.



Masa berlari tu, aku nampak pemandangan hadapan (masa depan) yang luas (peluang) dan cantik (bahagia).  Ha..sebab tu la kalau dah stress sangat menghadap mukabuku, memang elok sangat pergi beriadah, dapat menenangkan otak dan jiwa kacau nih. 

 
gediksss^^
 
Makin bermakna lagi kalau lepas lama tak bersukan ni, pergi la bersukan dengan penuh semangat dan dapat kesan sampingan seperti cramp kaki sebab dah gedabak besar signboard pasal 'parallel bar' (rujuk gambar atas), boleh pulak buat gaya sendiri tak ikut step yang telah dinyatakan konon badan fleksibel kan.  Memang syiok la * urut kaki sambil sapu minyak panas. 


p/s : entri yang sepatutnya di post semalam, babai mahu dinner lu ;)
 

Kenapa nak sedih?

As salam...

Selamat tengahari! dah lunch ke semua? wuu, ber-omputih lak.  Hari ni kena buat-buat sihat supaya esok makin sihat sepenuhnya, trick psikologi okeyh.  Sekarang ni macam-macam perasaan kan, saje nak layan JK (jiwa kacau) nak pulak kalau tengah exam.


Kenapa nak sedih?


Have you ever wondered if maybe you don't really miss the person, you just miss the routine.



Adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita sayang dia disebabkan kita perlu dia?



Dua entri tu bagaikan kata-kata nasihat yang jelas dengan hujah-hujah yang menarik dan buatkan aku terfikir kenapa aku masih bersedih sedangkan aku sepatutnya bahagia dengan apa yang aku punyai sekarang.


Jadi, aku mesti bangun dari lena yang panjang.  Buka mata dan minda untuk kedewasaan dalam melangkah hari-hari yang mendatang.  Beberapa entri sedih aku sebelum ni juga telah buat seseorang terasa.  Hanya satu ayat yang mampu kututurkan 'Aku minta maaf'.  Apalah daya, aku hanya manusia biasa yang melalui proses kurang matang untuk menjadi lebih matang.  Setiap keputusan yang aku pilih adalah tanggungjawabku sendiri.  Melangkah dengan penuh yakin, bahawasanya Allah SWT berikan ujian kerana sayangkan hambaNya dan supaya hambaNya dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik dari semalam.

Pening.

As salam...

Yup, pening.  Ingat nak buat tajuk 'Bila aku sudah tiada', memang ingat mati terus. haishh. tak pe, ingat mati tu memang wajib supaya dapat meningkatkan amal ibadat, kan.  Okey, jadi ustazah la pulak kan. 


Entah kenapa hari ni rasa touching je, rasa sensitif, rasa nak marah pun ada.  Bangun pagi tadi, sakit sangat kepala tak tahu kenapa, mungkin dah banyak hari tidor lewat.  Dah tahu ada darah rendah masih nak tidur lewat. Abah, i am sorry *sambil buat gaya Amir ML ;p sebab tak ikut nasihat, sejak dari zaman nak ambik exam PMR lagi camni =.="


Sakit ni jugak mungkin sebab banyak sangat berfikir tentang masa lalu. Kisah sedih. Baiklah, aku mesti cuba jauhkan diri dari kesedihan yang sia-sia.  Meratapi masa silam hanya menyesakkan otak yang sebenarnya harus ku isi dengan ilmu bekalan untuk masuk dewan exam. Kan kan..yup, i'm a  goodgirl!  Jadi baiklah aku pandang ke depan dan menghargai orang yang masih sayangkan aku.  Aku masih punya keluarga serta kawan-kawan.  Ya, diorang masih sayangkan aku.


Semester ni memang panadol sangat mesra dengan aku, bagai isi dengan kuku dah.  Walau pun aku tahu baik dengan ubat ni tak elok tapi apakan daya aku tak mahu membazirkan masa dan air mata sedangkan banyak hal yang perlu aku fokuskan macam sekarang, exam! yeah, gambate^^


It is better for us to love someone who loves us more, aite?

Cari mood study.

As salam...

Baru balik dari gosip study kat bilik kawan tadi.  Macam-macam cerita keluar pasal budak pendidikan khas ni, okey nampak tak di situ sebenarnya kitorang gosip plus study pasal  subjek yang akan kitorang jawab dalam exam hari isnin ni nanti iaitu Kanak-kanak Prasekolah Keperluan Khas.  Masa mula-mula belajar subjek ni kitorang bingung jugak kenapa opsyen kitorang prasekolah tapi kena belajar pasal budak-budak keperluan a.k.a kanak-kanak istimewa. Bila dah belajar, rupanya amat penting kitorang tahu semua ni sebab guru prasekolah adalah asas di sekolah,  nak naik darjah 1 mesti masuk prasekolah dulu kan *aku je tak masuk prasekolah tapi masuk tadika =.='.  Jadi, guru prasekolah la yang kena peka dengan perkembangan murid-murid dan kalau ada simptom-simptom murid keperluan khas, guru prasekolah kena cepat-cepat bertindak supaya kanak-kanak ni dipindahkan ke kelas khusus keperluan khas ataupun ke prasekolah keperluan khas.


Okey, penerangan ni ada buatkan korang rasa nak jadi cikgu prasekolah tak? tak pun jadi cikgu pendidikan khas? percaya la, dua-dua kerjaya ni sangat mencabar dan best okey.  Kalau dah hari-hari tengok murid-murid prasekolah, akan buatkan korang rasa macam tengok diri korang masa kecik-kecik dulu dan terus rasa nak budak kecik balik, tu yang kena hati-hati jadi cikgu prasekolah ni, biar lah terkawal sikit supaya tak konpius dengan umur sebenar korang ;p


You can learn many things from children.  How much patience you have, for instance.  ~Franklin P. Jones



Entri yang agak berilmiah kali ni, biasa la kena praktis ayat-ayat untuk tulis dalam kertas jawapan nanti :)  Tadi dah minum air kopiko, rupa nya macam dalam sachet nescafe 3 in 1 jugak.  Mata dah beri respon boleh buka luas-luas.  Jadi, stay jap untuk buat latihan soalan sikit.  Gambate^^

Hilang.

Dimanakah cinta sejati
Yang memberi ketenangan hati....
Sampai kapanku harus menanti,
Kau pergi dan mungkin tak kan kembali..

Dan aku menangis dan aku terluka..
Bila..
Dan aku menangis dan aku terluka....
Bilaa...
Engkau menghilang...

Kau pergi dari ku tinggal kan ku
Lewati malam tanpa kasihmu
Ku rangkai kata
Ku rangkai nada
Yang ku ingin hanyalah cinta
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..

Semua karena cinta ku menangis
Semua karena cinta ku tertawa
Semua karena cinta...
Semua karena cinta...

Dan kau tinggalkan hanyalah luka
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..

Semua karena cinta ku menangis
Semua karena cinta ku tertawa
Semua karena cinta...
Semua karena cinta...


kau pergi menghilang
sedang sendu tangisku masih belum hilang
kenangan kita jua enggan hilang
buatkan aku hilang dalam diriku sendiri
;(


Frust.| Dunia blog meratapi pemergianya

As salam...

Baru lega sikit perasaan frust tunggang terbalik ni lepas keluar dari exam tadi.  


Frust sebab 'HAPPY' sangat jawab exam tadi.  

Frust sebab dalam kepala ni asyik bermain-main di fikiran kenapa lah 'SENANG' sangat soalan tadi.

Frust sebab kenapalah aku boleh jawab dengan 'YAKIN' sangat semua soalan tadi.

Sekarang cuba tambahkan 'TAK' dalam semua perkataan capslock dan bracket kat atas tu. kecewa tau tak? =.='



Apa pun, pulihkan semangat dan teruskan berjuang untuk 4paper je lagi >___<"



Balik petang tadi juga, bila bukak facebook, baca status kak Izma pasal Air Asia yang memang teruk sangat sangat sangat.  Aku pun naik geram bila baca entri ni.  Betapa terkilan dah sedihnya kak Izma kerana kehilangan seorang kawan baik dan tidak diberi peluang menemui arwah setelah puas merayu.  


Daripada entri tu jugak baru aku tahu salah seorang blogger yang dikenali ramai iaitu pemilik blog Telordibasuh yang juga kawan baik kak Izma telah meninggal dunia.  Bila tengok dashboard tadi, ramai jugak yang buat entri pasal pemergian arwah ni.  Sama-sama la kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.  Bak kata Mish, jangan tau taip al fatihah je malahan ikhlaskan diri mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat.

dup dapp dupp dap

As salam...

Selamat Pagi! Konon nak bangun pukul lima nak asah parang nak pi pergi berperang pukul 2.30 petang ni.  Haish..ape aku merepek ni, biasalah mengidam nak makan kerepek pagi pagi macam ni la ;)  Actually nak bangun pukul 5 nak study yela kata orang study pagi-pagi lekat sikit dalam kepala ni, tapi hampeh...seton ni rajiiim asyik tergantung je kat mata ni tak mahu lepas.


Tak pe takpe, niat dah ade jadi boleh di bawa ke lain hari dan semoga berhasil la lepas ni. aminnn. Dan jugak, tak boleh nak lagha lama-lama menghadap blog ni, sambil makey sekut cecah ayer kopi (makan biskut cicah air kopi) boleh la. Nyum nyum dah kenyang, alhamdulillah dengan rezeki pada hari ini^^


 
nerbes mavelles dah ni cenyum campai tercembung cembung cudaaa, lama tak masuk dewan exam =.="


Takpe, takpe..abis exam boleh balik kampung..Jadi, kena habiskan exam dulu. fokus fokus! Korang korang semua, minta maaf la kalau emiey ada buat salah sebelum ni, terkurang ajar dalam komen ke, terconteng shoutbox ke dengan ayat huduh ke..terkasar bahasa dalam entri ke. Minta maaf yer *mata berkaca menahan sebak.


Petang ni pukul2.30 hingga 5.00petang menduduki paper Budaya dan Pembelajaran. Moga aku boleh buat yang terbaik. InsyaAllah ^^

Pakwe Idaman.

As-salam..

Satu perkongsian :)
Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...   

 Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever   
 
Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...  

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...   

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....   
 
Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...   Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...    

P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... iktibar kepada semua... Wassalam.

Sepenuhnya copy dari note di facebook.
Suke sangat baca note ni.
~_^

Fuhyoooo..Fast Five!

As-salam..


Petang semalam keluar, fuhyooo..orang lain mengadap buku aku boleh melaram keluar lak kan.


Akhirnya dapat jugak si Macy tengok citer nih..Aku suke tengok wayang...citer apa-ape je cuma tolak citer hantu.  Bukan ape, tak nak berlagak kuat dan tidak ku kata aku seorang yang lemah *ade maksud tu, ehehe.



Sangat best citer ni, berbaloi la dengan dugaan yang kita hadapi untuk ke sana tadi kan Macy.  Adess..orang lain dah lama tengok, kita je lambat sikit kan.  Bese la kita kan #budakrajinstadi..kih kih kih.



Kitorang nak tengok Red Riding Hood pulak, citer Thor pun macam best gak..Nur Kasih The Movie pun in coming tapi aku rasa semua macam tak dapat tengok jer, bila balik Kelantan of course no wayang la =.="



Apik dah risau emiey xupdate yer, huhu..nak update semalam, tapi takde mood la sebab tak bape sihat. Body kesayangan jangan la mengada-ngada nak sakit, minggu depan dah minggu exam kena sihat bersemangat, chaiyok chaiyok~


Gangguan di facebook.

As salam...


Pukul12 tadi lepas tutup buku, memang cepat-cepat balik bilik konon rindukan katil, nak guling-guling manjakan body dan rehatkan mata.  Tapi hampeh..sebaik melihat laptop yang aku tinggal tadi masih tak tutup.  Ape lagi, terus bukak facebook.  Haishh..minum nescafe tadi tak berkesan pun depan buku, bila depan muka buku sangat sangat sangat lah berkesan dengan jayanya *xminum nescafe pun camtu =.="



Aku ni memang jarang nak tengok aktif kat facebook, chat pulak jarang bukak.  Jawapan retiss kenapa tak bukak chat : i risau ramai peminat yang nak chat dengan i laa.  Jawapan yang bukan retiss macam aku lak : i risau takut kacau 'retiss' lain..boleh?? Tambahan lak, macam-macam perangai manusia yang aku jumpa dalam komuniti facebook ni.  Paling teruk kes ni la.

 

Ada seorang gadis yang berpic profile kan seorang yang cantik jelita yang aku rasa itu bukan dia.  emmuaahh mmmuahh tak pe lagi, aku selalu buat pada kawan sejantina aku.  Ilex je kan.  Lebiyu lebiyai pun okey lagi la.  Malas la nak layan kan. Pastu die dok desak aku pergi tempat die dan menjadi pasangan dia.  Dia kata semua kawan-kawan dia dah ada pasangan kecuali dia.  Aku tolak dengan cara baik.  Die dok hantar mesej lepas tu aku tak balas dah.  Apa aku nak balas kalau mesej geli-gelimann yaww~


Yang aku tak tahan sangat, dia hantar gambar perempuan bogel. Perempuan bogel, bukan lelaki yer..dan hakikatnya aku pun perempuan. titik. memang what the whiteboard la untuk aku menatap imej yang buat aku termalu beberapa jam lamanya.  Terus block..never say gudbai forever lah.


ingat haku ni yaww ke? tak payah nak gosok-gosok mata, gambar memang dah diedit camtu da~



nota tangan buat si dia, aku tak mampu nak hulurkan tisu jadi ku tadahkan tangan berdoa semoga kau sentiasa bersabar^^

kisah percintaanku sepanjang sem ni

As salam...


Percintaan ku pada semester ini hampir berakhir.  Dan kini aku hanya menunggu waktu untuk diuji kesetiaan dan kasih sayangku padanya..cewwahhhs, ingat ngan pakwe je kena buat ayat-ayat jiwang.   Bagaimana subjek-subjek yang aku dok ngadap hari-hari dan ku belai seluruh jiwa raga itu? tu diaaaaa..meh nak bagi romantika mata ke mata, hati ke hati


Jadual examku yang akan  bermula pada 19 Mei hari khamis ni weh hinggalah 26 Mei hari khamis depan lak.  Semua paper diadakan petang kecuali paper last pada 26 Mei tu je pagi.  Sayang sayang semua..wish me luck okeyh. 


Active mode : examina mina mina eh eh~

jasamu dikenang, cikgu!

As salam..

16 Mei 2011
Hari Guru sebagai penghargaan kepada guru-guru dan juga bakal guru.


SELAMAT HARI GURU 

kepada bekas-bekas guruku di SKPJ, SMKT dan juga SMKSI
Jasamu dikenang, cikgu!

tidak dilupakan kepada 


para pensyarah di IPG Kampus Perempuan Melayu
teman seperjuangan, PISMP PRASEKOLAH 1
bakal-bakal guru di CIKGU BLOGGER
serta,
bakal-bakal guru di seluruh IPG.


"Teaching is the profession that teaches all the other professions."
p/s : If you can read this, thank a teacher^^

Ce tengok ce tengok

As salam...

Tumpukan perhatian pada ruangan entri dan cuba pandang atas.  Bukan atas memandang siling tapi atas daripada ruangan entri ni.  Ce tengok ce tengok, nampak kan..ada imej yang baru, pada sesiapa yang baru sampai ke sini memang akan nampak semua ruangan ini baru, kiut miut comel macam tuannya, opss maaf tertulis di luar kawalan ;p


Header baru dibuat selepas tension dok memandang header lama. Lama kelamaan mesti bosan kan~


Mungkin tulisan agak serabut macam tulisan vampire, ala ala rock gitew tapi dalam hati ai dalam taman bunga yuuu.  Header yang ni entah la akan bertahan sampai bila, feelin nak edit-edit ni malas tol.  Hah, sekarang ni bahagian sidebar dah clear dari gambar-gambar menggediksku tapi aku balas letak kat header terus.  Sory ah kalau tak suka,tapi cuba la untuk sayang-sayang yer ^^

Quote :
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow^^

Muzik yang menenangkan di semesta alam^^

As salam..


Apesal touching menyentuh kalbu je ni? tak pasal-pasal terbantut niat suci murni ku nak study.  Haishh..kena study jugak walau beberapa helai.  Dah lama tak berjaga malam ni, so malam ni adalah malam yang tepat sebab malam minggu. jeng jeng jeng~


satu peket nescafe 3 in 1 yang belum luput tarikh guna


+
panaskan air 180 second


+

sambil sapu kaya ke atas sekeping roti
sekeping jer? yep, buat tambah tenaga jer^^

+


dan juga ini muzik yang paling indah sebagai penyuntik semangat supaya tidak hanyut dalam kesedihan dunia yang bukan apa-apa ini.


sebelum tekan play video ni, jangan lupa pause kan lagu kat blog ni dulu, di sidebar sebelah atas^^



Muzik yang berunsurkan selawat ini merupakan satu zikrullah yang boleh kita dengar sepanjang masa. Terutamanya masa sedih, buat kita rasa sangat tenang dan tak mudah hilang pertimbangan~


Orang-orang yang beriman dan hati mereka akan tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati mengingati Allah, hati menjadi tenteram (Ar-Ra’d : 28)

Episod cinta luka

Aku rindu hangat cintamu yang dulu
Sehangat air mataku yang menitis ini
Betapa kenangan itu kejam
Hadir dalam lelapku
Cuba ku tinggalkan tapi ia mengejar
Aku kalah jadi biarlah ku simpan kenangan itu
Tanpa namamu jua rindumu


Ya, ini yang aku pilih 
Penderitaan atas penderitaan
Siapa tahu ia bisa bercambah kebahagiaan
Namun, takkan ku tolak hadirmu dalam mimpiku
Meskipun kau mencaci


Salahku
Hukumku
Balasanku
Buat lah asal kau bahagia


Jauh di sudut hatiku
Kau cinta pertamaku
Seikhlasku
Nyawaku
Pergi. 

*dok crying sok sek sampai migrain*
haishhh~
jiwang ajer, tembak kang megrain nih~

Future.

As salam..


#Day 17 – How you hope your future will be like.

Arghhh..terasa lama sangat meninggalkan  30days Challenge ni..macam-macam halangan..rasanya macam jauh sangat nak selesaikan challenge ni..nasib baik tak jemu lagi. *mencari keikhlasan dalam kenyataan ayat tersebut =.='


My future? Of course la aku membayangkan semuanya sempurna. Angan-angan semuanya nak sempurna namun bila terzahir di realiti mungkin lebih indah ataupun mungkin sebaliknya. Okey la, simple jawapan yang aku boleh bagi..



*menjadi seorang guru yang baik.
Aku bakal menjadi seorang guru. Satu amanah dan tanggungjawab yang wajib aku pikul dengan seikhlas hati. Bukan sahaja menjadi baik, lemah lembut dengan keayuan tapi baik dalam menjalankan tugas menyampaikan ilmu supaya anak-anak murid menjadi insan yang berguna kelak.  Cepat-cepat siapa nak chop aku jadi cikgu anak die =.=”



*seorang isteri yang baik
Seorang wanita pasti mengidamkan pangkat isteri dan mestilah nak jadi isteri yang baik serta menjadi sempurna apabila melahirkan zuriat dalam rumahtangga dan terus menjadi ibu yang baik.  Ouhhhh..sebakk di dada memikirkan bilakah ianya akan tercapai. Wanita cakap, siapa yang tak pernah berangan camni? 


cantik kan gambar animasi ni, teringin nak letak gambar ni lepas baca entri seorang sahabat.



dah dah..stop berangan, meh peluk buku pulak, aishhh..peluk je~


untuk perolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat,
tunaikan lah segala tanggungjawab dengan ikhlas termasuk menjadi hambaNya, anak kepada kedua ibu bapa, isteri/suami kepada seorang suami/isteri dengan baik ^^

ros putih mohon kemaafan

As-salam..

Maaf, aku dah lupa lambang-lambang warna bunga ros ni.  Ye ke ros putih untuk minta maaf? yang aku ingat ros merah lambang cinta..CINTA..CINTA..love.Love..LOVE..el..Oo..vi..eiiii :)


Teringat ros putih yang segar lambang kesucian, keikhlasan dan ketenangan untuk melembutkan hati seseorang yang sedang marah.



Apabila perkataan MAAF sukar diungkapkan, persengketaan akan semakin rumit.  Hanya satu perkataan yang harus dilontarkan bagi mengubah situasi tegang yang berlaku.  Kurangkan keegoan dan fikirkan lah hubungan sesama manusia yang lebih penting dari meningkatkan keegoan yang tiada sudahnya. Hablum minALLAH wa hablum minannas yang bermaksud jagalah hubungan kamu dengan Allah S.W.T dan juga hubungan kamu sesama manusia.  InsyaAllah. 

Entri lepas geram..

As salam..

Asal buka dashboard..keluar page ni. Geram betol kan. Nasib baik aku penyabar, pi basuh baju dulu..makan makan..termenung dua tiga second..layan jiwang tengok citer Ada Apa Dengan Cinta..bukak ada lagi mende ni lagi (nape takde past buka buku ni?) . uishhhhhh.


nak tak nak, kena maafkan jugak~



Alhamdulillah, sekarang blogger.com dah boleh bukak dah boleh post entri.  Tapi.............



Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Latest entri dah tak de, bukan satu tapi dua.
 Entri ku yang bertajuk Fuhyoo..Fast Five dan Buat Entri Jangan Sampai Tergadai Diri,
dalam draft pun takde..lesap terus.



Macam kena reset balik je, sidebar yang aku edit letak link-link entri 30days Challenge pun dah tak de, penat ai buat tau =.='

 

Haihh..malas dah nak taip panjang-panjang kang entri ni pulak yang lesap mesap pasni, buat penat je la. Banyak nak tulis tadi, kini mood dah melayang.


You all lak camne? ce citer ce citer, meh nangis bahu ke bahu.

buat entri jangan sampai tergadai diri

As-salam..


Entri ni lebih khusus untuk blogger wanita sebab lelaki kalau menulis blog antara macho ngan tak macho, itu je.  Percaya tak penulisan mampu mencerminkan diri kita.  Bila orang baca entri kita terus terbayang. wahh cunnyer die..comelnyer! dan ada jugak euuuuwww! gediksnyerr die ni.  Betol tak? aku pun gediks jugak. lorh =.="




Walau begitu hebat kita cuba menjadi terbaik dalam cerita karangan sendiri.  Pembaca akan merasai kelainan serta keikhlasan itu.  Wanita khususnya suke bercerita luar dan dalam lebih-lebih lagi yang sama konsep blog macam aku ni, kategori life dairy tuu.  Memang, kita juga taknak dikenalpasti sebagai penulis yang hipokrit hal - hal buruk di sorokkan.  Tapi, adakah termaktub dalam peraturan berblog ke yang kita kena cerita semua? Tak..bergantung pada diri sendiri.  Kadang-kadang aku kesian melihat dalam satu entri je telah membuka seluruh diri dia yang banyak buruk dan menyampahnya dari ayu baiknya dia. 




Pemilihan gambar dalam entri pun penting.  Jangan pikir muka time tu cantik, boleh la letak ni tapi tak tengok part body lain.  Aku cukup risau bila menayangkan sesuatu gambar yang memungkinkan aku dapat satu perkataan sebagai komen.  Perkataan 'mantap!!'  pehh..apa yang mantap? entri kah? aset kah? fikir-fikirkan lah.  Psst, hal ni pernah terjadi dalam facebook bila ada seorang wanita nak promot tudung, tayangla tudung tu masalahnya gambar tu walaupun bertudung tapi ketat di bahagian dada..terus ada sorang lelaki komen 'mantap!!' ..lelaki tu berani komen macam tu sebab dia yakin orang lain takkan kata dia salah lagipun dalam facebook mana ada pangkat anonymous ni derrr.

  
[sumber : Google]
bunga : harum dan indah ^^


Kesimpulannya, dalam asyik menulis blog jangan sampai lupa maruah diri dan keluarga.  Aku pun mengakui yang aku bukannya baik sangat, entri ni muncul dek kerana didorong oleh rasa ingin saling mengingati~