Sama-sama kita doakan.

As-salam...

Entri copy paste dari Sarang Platipus.


Semua orang seronok nak cuti, nak sambut raya, nak pergi gathering semua...ada sapa-sapa kesah pasal kawan-kawan kita yang tengah dilanda musibah..banjir kat johor..kekalutan kt Mesir..Sekurang-kurangnya..kau tahu perkara ni..Entri ni aku copy paste daripada sini..



Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

********
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.


Semoga kawan-kawan kat sana, rina, bro asada dan lain-lain selamat..nak tahu maklumat lanjut boleh baca dekat sini...sebagai blogger, mungkin kau orang boleh tolong post kan entri ni semula...nak buat bacaan Yasin masa gathering pon bagus juga..risau betol..grr!..Hanya mampu mendoakan mereka selamat dan semoga pihak bertanggungjawab buat sesuatu..



Boleh juga sebarkan ini kat status fb dan like page ini:



Untuk mendapat maklumat lanjut tnt keadaan di Egypt, ibubapa dan pelajar boleh juga menghubungi Wisma Putra di Malaysia 03-88892746 atau 03-88874570. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi nombor berikut: +20237610013 atau +20237610164 Ext 116. GMN akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk .menyelaras gerakan di Mansoura dan Alexandria menggunakan staf GMN.KREDIT TO GMN.








Boleh baca yang ni jugak.



Aku juga mengharapkan sorang kawan sekolah rendah dan jugak adik kepada kawan aku yang berada di sana berada dalam keadaan selamat dan mereka tabah menghadapi ujian ini. Amin.



Tutorial : Buat background pada sidebar

As-salam...

Ada yang tanya macam mana aku buat background pada sidebar ni kan. Minta maaf banyak-banyak sebab ramai yang request tutorial tapi disebabkan kesibukkan sebagai pelajar jadi lambat pula semua tutorial tu ditunaikan.  Mohon ampun yer, jangan merajuk-merajuk..sabar kan separuh dari iman...good!


Tanpa melengahkan masa, mai cikgu emieysandra ni tunjukkan..ahaksss, tercekik lak megi yang baru masuk ke dalam mulut ni.  (motif : baru pas makan megi ~lalaaalaa)


Bukak Dashboard - Design - Edit HTML.
Cari kod ni..

h2 {
  margin: 0 0 1em 0;

  font: $(widget.title.font);
  color: $(widget.title.text.color);
  text-transform: uppercase;
}



Bila dah jumpa, gantikan semua kod kat atas tu dengan kod yang ni..


h2 {
text-align:center;
-moz-border-radius: 10px 10px;
border-radius: 40px 40px;
margin: 0 0 1em 0;

font: $(widget.title.font);
color: $(widget.title.text.color);
text-transform: normalcase;
background:url(url image)
}


Gantikan url image tu dengan url image yang u all berkenan. Macam aku ni, masukkan warna kosong je tanpa corak sebab tak berkenan dengan mana-mana wallpaper bercorak lagi.  U all cari la yang cantik-cantik tapi jangan sampai tak leh baca tulisan di tajuk sidebar tu pulak. Pesanan ikhlas ni tau.


PERHATIAN!! Berkenaan kod yang dipaste tadi.
text-align:center;
 >>untuk centerkan tulisan di tajuk sidebar tu. Kalau tak nak center, tak payah la masukkan bahagian ni.


-moz-border-radius: 10px 10px;
border-radius: 40px 40px;

>>untuk design background yang melengkung. Kalau tak nak design yang melengkung, tak payah masukkan kod ni, ia akan jadi bentuk segiempat biasa.



text-transform: normalcase;
 >>untuk tulisan yang biasa, maksudnya u all boleh tulis tajuk kat sidebar macam ni = 'i lOve u'  (aku memang suka gunakan huruf O besar) jadi, ia akan display macam tu jugak. Kalau nak ia display semua huruf besar boleh tukarkan kepada 'uppercase' ataupun semua huruf kecil tukar kepada 'lowercase'.



Pstt : Senang je kan tutorial ni, just paste kan kod yang aku bagi tu dan cari image yang lawa-lawa.  Selamat mencuba!



Dap dup dap..balik kg pun nak berdebar-debar.

As-salam..


Kejap lagi nak kuar pergi Melaka Sentral dah. 
=
=
=
=
 balik kampung! yeay..
=
=
=
=
=
Apsal jakun sangat dengan cuti seminggu ni, ditekankan sekali lagi selama SEMINGGU. Ada yang sakit hati tak? sabar-sabar..ehehe.




cuti ni amat lah diperlukan untuk menyegarkan kembali otak ni yang dah merindukan suasana kampung yang aman damai itu.
=
=
=
=
=
tak sabar nak menjalankan projek istimewa with my sister.  Harap la menjadi.



 SELAMAT BERCUTI KEPADA SAYA!!!



kalau ada yang bercuti jugak (tapi mesti tak lama macam saya kan?:P)   -_-"
ucaplah selamat kepada diri sendiri.
Bye!!


daa..
adiooos!


Bagaimana cokelat atau aiskrim boleh hilangkan rasa kecewa?

As-salam...

Siapa yang suka makan cokelat dan aiskrim?
Sila angkat kaki ke bawah..guud, semua suke eh ~lalalaa

aiskrim ni macam sesuai makan time dating je..oh..berangan pulaks..haha 


Aku selalu tergugat dengan aiskrim camni, kekacang tu memang menyelerakan. Siapa yang tak tergoda kan..


Ini pulak aiskrim Malaysia atau boleh jugak dikenali sebagai aiskrim batang, opss..jangan pikir bukan-bukan lak.  Aiskrim ni sangat sesuai time round-round kampung di waktu petang..oh..miss my kampung la..




Kebanyakkan wanita sangat suka pada makanan yang bernama coklat ni kan? angguk cepat!

sedapnya, kalau ketulan bar dapat dimasukkan ke dalam mulut..nyum3..



ahhh! gambar ini sangat menyelerakan..grr!





Bagaimana?

Bila seseorang yang tengah kecewa atau bersedih kerap makan makanan berkalori seperti di atas tu, dia akan mula risaukan mengenai berat badan kesan dari pengambilan kalori berlebihan.  Jadi, dalam proses dia menyingkirkan kalori berlebihan dengan cara bersenam dan banyak mengamalkan makanan berkhasiat, sekaligus dia pun dapat lupakan perkara yang pernah buat dia sedih dulu. 





Aku lupa lak dari mana aku baca aku baca pengalaman ni.  Ada sesiapa yang pernah buat camni ke? Aku? emm..taklah, aku bukan gadis yang obses pada aiskrim ataupun cokelat tu, dat's why i slim okeyh..oopss, terover laks. 



psst : ape-ape pun, sayangilah jantung anda!



daa..
adioss!

Rumput yang paling cantik.

As-salam..


Pada suatu hari seorang murid bertanya pada gurunya ketika itu gurunya sedang mengajar erti kasih sayang.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh.  Kamu pergi ke padang, kemudian kamu berjalan di atas rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

 
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.  Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi, masa saya berjalan. Saya carilah rumput yang paling cantik.  Memang ada banyak yang cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.  Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.  Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumpur yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.  Maknanya apabila kita telah telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.  Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.  Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.






Awaklah rumput yang paling cantik, saya takkan tinggalkan awak di belakang. Awak yang paling saya sayang dari dulu hingga sekarang.

Menyesal. (sungguh-sungguh hati ini)

As-salam..


Amboi mata ni, time buat kerja cepat je layu.  Tapi bila bukak facebook dan blog terus membulat besar-besar yer.  dush3..(insaflah cepat :P)




Sejak balik dari kelas GERKO tadi aku dok layan lagu ni.  Saat kesedihan kenalah dok layan lagu sedih jugak kan..uwaaa..ilex2, banyak-banyak bersabar ye diriku.







ku akui khilafku terhadap dirimu,
tandanya, ku terima hukuman ini,
seksa menanti salah dimaafkan.



Apakah??

As-salam...



Apakah sedang berlaku?
aku pun kebuntuan..sampai sekarang.






Single tu lebih baik tapi aku perlukan masa untuk perolehi kekuatan.
Mungkin ada hikmahnya.
Atau mungkin..





mood : tenang je, tapi hakikatnya hati berkecamuk!



Trafik semakin menurun

As-salam...


Pelik la pulak aku ni nak share benda yang tak positif.  Biasanya orang share pasal trafik yang semakin mencanak-canak naik.  Tapi aku boleh pulak bagitahu sal ni.  Yup, terasa sangat trafik semakin berkurang. Minggu lepas aku sangat jarang buka blog dan makin teruk jarang update jugak.  sadis tol kan.. Bukan la aku nak cakap aku ni blogger tegar..nehi nehi ye sekalian.  Separuh tegar tu mungkin sebab aku masih kena jadi pelajar sepenuh masa, kalau aku gagal dalam study nanti siapa yang susah? cuciter cuciter :P


 ~gambar sebagai hiasan~

 Aku terima dan redha je trafik semakin berkurang kerana aku akui memang aku tak de kudrat untuk terus menumpukan sepenuh masa kepada blog ni.  Aku juga mohon maaf kalau entri-entri semakin beremosional kerana itu menunjukkan aku menggunakan blog ni dengan sepenuhnya!! ~ meluahkan rasa hati serta melonggarkan segala ketensionan, i lob u la blOg. 



 
Kalau trafik semakin menurun, macam mana la dengan nuffnang aku lak? makin nazak kot..jeng3..Alhamdulillah, aku dah cash out lagi untuk kali kedua lepas semua BE bertukar menjadi ME semuanya.  Earning meningkat sikit dari yang pertama. Malas nak tunggu hujung bulan, terus cash out nanti hujung bulan baru akan diproses penghantaran.  



Perasan tak, aku pun dah buang bloglist kat sini sebab aku rasa bersalah pulak kerana tak sempat untuk melawat mereka pun.  Sekarang, aku letak gadget baru iaitu untuk pengkomen terbanyak kat sini sebagai penghargaan kepada mereka yang setia dengan blog hentah hapehape nie..mekasih!! 




Malas lak nak citer lebih-lebih, kang aku dicop giler trafik lak..tamo3 :P



mood : tak sabar nak balik kampung hari Sabtu ni, kalau elaun dah masuk boleh la nak plan sambutan birthday untuk ma pada 31Januari ni.
~_^
  

Aigooo! cik emieysandra dijangkiti kuman yang marabahaya!

As-salam..


Ini benar-benar marabahaya!



Selama bercuti dua hari, aku dah sesat jauh ke dunia Jurassic Park
Fantasia bulan bintang.

~ini gaya dinasour bercinta, bermuka ganas!~
Skodeng pak cik dan makcik dinasour bercinta bagai mi cintan. Lepas tu, terjelepuk pula di dunia Magika, terpesona dengan abang Bad..


'kenanglah saat bersama sebagai penyembuh rindu'
sory, aku peminat Badang bukan Mawi. keh3 (gelak semacham jer).

  Syahdu dok tengok aksi romantis mereka, sampai tertidur bagai puteri beradu.

Asyik tengok movie pastu mula jiwang yang melampau-lampau, eh..

Shhh! ini puteri beradu kecil, ololo comelnyer..mahu anak yang macam ni jugak la.  Si kecil ni benar-benar macam aku, aih??! haha..kuat tidur! eh salah ayat, Aku yang macam budak nih...budak kecik kuat tidor tak pe, untuk pembesaran yang sihat.




Oh..itu semua gara-gara kuman yang tak sedar diri menumpang kat diri aku nih.  Kuman mane yang telah jangkiti aku?
Meh meh sini aku tunjukkan, jangan takut sebab ia memang konpem akan menjangkiti semua orang..suka sukaaaa! hahaa..<---jahat yang amat!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dah sedia nak tengok kuman?
:
:
:
:
:
:
jap-jap, dia malu-malu kuman lak aih..





























tadaaa...
Kuman kemalasan!




Cepat ngaku siapa yang ada kuman ni? tak yah la berlagak suci okeyh. <---amalak, kasarnye ayat. :P




daa..
adioos!

Just be urself.

As-salam..


Pernah tak rasa nak undur masa?
Nak ulang balik, nak baiki apa yang telah terjadi?







Pernah tak rasa nak hilang ingatan?
Biar lupa apa yang telah terjadi.







Pernah tak rasa camni?
tak keruan..haru biru..hilang arah tuju.





Aku temui satu je jawapan.

JUST BE URSELF
TERIMA DIRI SENDIRI UNTUK DITERIMA OLEH ORANG LAIN.




daa..
adiooos!

ada orang bagitahu, Jangan Telan Panadol

As-salam..

Masa makan dengan Macy tadi, dok sembang-sembang la.  Sampai part aku mengadu sakit kat dia dan bagitahu nak makan ubat.  Dengan pantas, macy kata jangan amalkan selalu makan ubat (panadol), tak elok kata nya.  Pada aku pun memang tak elok pun sebab lama-kelamaan ubat tu akan jadi imun pada badan kita.  Buktinya, sekarang kalau aku makan panadol dua biji, tiga hingga empat jam berikutnya baru aku rasa kesan mengantuk dari ubat tu.  Takkan aku nak telan empat biji lak untuk mempercepatkan kesan ubat tu..tamo la,kang tidor lebih dua puluh empat jam lak.




Satu perkongsian, aku ambik satu perenggan dalam note.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Baca selanjutnya JANGAN TELAN PANADOL
Credit kepada penulis note ni.

 

Hanya sebagai perkongsian untuk memilih yang mana baik dan buruk.


Daa..
adiooos!


Sakit pOmpuan tiap-tiap bulan.

As-salam...



Sakit teramat sangat,
duduk tak kena,
bangun tak larat,
makan tak lalu eh licin gak tadi,
last sekali paksa diri untuk tidur lepas mam ubat.


 daa...
adiooss!

Nikmati dan hargai lah masa sebagai seorang pelajar.

As-salam.....



Macam tak caye je.  Dalam masa lima hari aku update dua entri je. Tak pela, apa boleh buat dah memang masa yang sangat padat sampai tak ada ruang lagi untuk aku memikirkan idea mahu menconteng di alam maya ni..uwaaaaaaaaa!!


Rindu pada blog ni..tapi apakan daya, tugas sebagai seorang pelajar harus dijalankan dengan sebaiknya.  uiyooo...Masa sekolah dulu selalu berangan nak jejakkan kaki ke tempat pengajian tinggi.  Nah, sekarang la masa nya menikmati alam kampus.  Nikmati dan hargai masa jadi pelajar ni, ia pasti pengalaman yang berharga untuk diingati tika tua nanti..



Sekarang bila tengok gambar-gambar lama sekolah dulu pun dah tersenyum sorang-sorang teringat perangai gila-gila masa sekolah dulu.


Kamera sangat penting untuk merakam setiap detik indah tu.


pstt : gambar ni ada kawan tag kat facebook, credit to her.  Ada lagi gambar aku yang boloxs (selekeh macam budak hingusan), malu auw-auw lah nak tunjuk kat sini.  Hhahahaha.


 daa..
adiosss!


After Midnight

As-salam...


Aku kangen bangat pada blog kesayangan ni.  Tapi apa boleh buat, percaturan hidup kalau nak berjaya kena la belajar pandai-pandai dengan sungguh-sungguh..oh, sangat baik je ayat malam ni.  You all rajin-rajin la update blog, nanti aku pi bace je..hoyeah! :P

 
 After Midnight by Yuna


Masa buat keje tadi, buka lagu dari you tube menggunakan wayarles free yang sangat baik bila dengar lagu tak la tersekat-sekat dan siap boleh download lagi dan tanpa sedar rupanya aku buka semua lagu Yuna.. salah satunya lagu ni, best dan Yuna sangat cool!




menguap untuk kali yang ke 150juta tipu!






* hati masih tak tenang, rindukan buku La Tahzan yang selalu menemani tika ini, tapi ianya tertinggal kat rumah.
* Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan aku terimanya sebagai menimba pengalaman. Semoga urusan hari esok berjalan dengan lancar kepada aku dan u all semua!!





..daa
adiooos!

Selamat Hari Lahir adik Comel!

As-salam..

Hari ni seharian tak buat entri gara-gara menghabiskan masa seharian dengan adik comel.  Yela, sebagai hadiah untuk hari lahir nya 16 Januari, walaupun aku dah stanby satu hadiah untuk nya.  Nanti la bagi hadiah yang tak seberapa tu.
 Nak tahu apa yang kami buat hari ni? check it out!



7.30 pagi 
Adik comel telah dipaksa untuk teman aku jogging di trek terulung kampus kesayangan.  Yeay! berjaya buat dua kali pusingan non-stop (aipp..okey la tu, esok kena cuba cukupkan tiga kali pusingan)




8.30 pagi
Bersarapan di kafe ternama kampus kesayangan.  Adik comel makan roti canai segera, die kata 'okey je' dan aku melahap nasi goreng + telor mata , sedap wooo....telor mata itu. :P




Lepas tu sembang-sembang, dekat kul9 lebih balik ke bilik untuk bersiap-siap.
Teman dia dating.
Sory adik comel, akak bersiap lambat tadi.
~_^



Layaaan saje la gambar-gambar dating adik comel ni.


adik comel yang bertudung pink tu dengan kawan baiknya, fayz.  Kalau tak kenal siapa adik comel tu, boleh rajin-rajin tekan sini.





 ~gaduh manje berebut enset, kang tak pepasal aku snap pic candid ni, ~lalalaaa~



adik comel kata, aku pose muke kiput!
what? tolong bagi definisi yang betul pada ayat tuu.



 SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21!



Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu Mathila Mansor,
Allah Selamatkan kamu.





Akak dah wish panjang berjela tadi kan,
kalau nak hadiah, sila naik ke aras 3.
hahaa.

daa..
adiooos!

Tutorial : Buat tab menu yang comel!

As-salam...

Dah lama tak buat tutorial. Sekarang, kena la berebut dengan masa belajar.  Aku tak nak la yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.  Pelajaran yang utama dan menulis blog hanya sekadar hobi dan suka-suka, tol tak? ehehe.



Ramai yang request tutorial ni, kesian lak sebab mereka berharap kat aku untuk tunjukkan cara ni. Bagi sesiapa yang tak tahu lagi, tab menu adalah tab yang macam aku buat kat bawah header blog ni.

Aku nak cuba tunjukkan dengan cara yang ringkas tapi mudah untuk difahami.  Tapi, kalau tak faham jugak, tanya la nanti yer.



Mari kita mulakan sesi pembelajaran hari ni dengan membuka sebarang perisian mengedit gambar.  Kalau tak reti, boleh cuba rujuk cara kat sini. Ada sedikit basic kat situ.


aku menggunakan photoscape je, lebih senang dan simple.  Kalau nak buat kotak yang transparent, leh cuba guna gimp2 (rujuk link di atas).




Kalau dah siap edit kotak-kotak comel mengikut citarasa masing-masing, boleh la download ke dalam photobucket.com yang boleh dirujuk di entri sini.




Kemudian, buka Dashboard - Design - Add a gadget - HTML/javascript 




copy html code gambar yang telah diupload ke dalam photobucket.com ke dalam kotak HTML/javascript tu.

bila dah siap masukkan semua kod html kotak comel tu, 
tambahkan <center> di awal kod 
dan </center> di akhir kod html tu supaya kotak comel akan terletak center di atas.


info : edit html untuk tunjuk gambar, rich text untuk baca kod html.



 Susun kotak- kotak tu leklok dan pastikan rapat-rapat serta pastikan semua kotak-kotak tu juga sama besar. Boleh adjust height dan width.
Kemudian, setiap kotak comel tu hendaklah di linkkan.  Untuk linkkan kotak comel tu,  klik kotak, kemudian tekan simbol berwarna hijau (yang ditunjukkan dengan heart pink) akan kuar pop up window untuk masukkan link.



Contohnya, kotak comel yang tertulis facebook mestilah nak di link kan kepada facebook u all sendiri kan.  Jadi, klik pada kotak comel facebook dan tekan simbol hijau kemudian bukak wall facebook masing-masing dan ambil link dari adress bar kat atas tu masukkan ke dalam kotak pop up yang kuar tu.


Kalau masih tak faham, boleh rujuk tutorial kat sini yang menggunakan cara yang sama.


Bila semua dah siap, tekan save.

Tak siap lagi sebelum u all tarik kotak gadget tu naik ke atas.

seperti yang ditunjukkan heart merah jambu ituuu!
Tekan lagi save kat atas tu.
SIAP!


risau lak kalau u all tak faham, 
cepat la buat, nanti kalau tak faham boleh terus tanya.



 daa...
adioooos!

Kuew teow buat kami berkung fu!

As-salam...

Hai hai hai..
Aku dah macam gian nak update blog sekarang ni.  Tambah pulak esok cuti...hoyeah!



Tadi pergi makan kat luar,
mesti la sebab dah boring makan kat kafetaria dengan makanan yang sama je.
kekadang kena tukar angin jugak kan baru perut tak masuk angin, eh tak de kaitan la. :P


ini rupa kue teow kung fu yang dimasak dengan kepakaran tukang masak yang sangat terrer berkungfu..ya!!


Tapi, yang aku makan tadi sikit sangat.  Dah la aku on diet untuk menambah saiz ni.  Tak membantu langsung kedai tu, lain kali tak nak pergi la..err? 



Bila balik ke asrama tadi, kanak-kanak riang mula ternampak satu view yang sangat menarik. Ambik gambar jum!


tenaga yang diperolehi dari makanan tadi digunakan sebaiknye.
with kak Mun sayang.



kak Mun with bieha yang kesengalan..hoyeah!



sweet romantika di bawah payung!


kalau nak tahu, pemandangan yang cantik macam fantasi tu adalah perantaraan blok bangunan asrama baru.


daa..
adiooos!