Kuih untuk berbuka..

Salam buat para pembaca..

Almaklumlah, cuti yang semakin hampir ini (sekarang tak cuti lagi, ber PBS dulu) membuatkan aku teringat sangat pada rumah dan juga kenangan puasa sebelum ni.

Biasa lah, juadah berbuka pasti lebih menambah selera dengan pelbagai jenis kuih. 
Antara kuih yang selalu menjadi hidangan aku dan sekeluarga ialah 

Kuih Lompat Tikam..
jangan ingat ia kejam yer, sebab ia sangat sedap!!



 
kuih lompat tikam ni terdiri dari lapisan hijau tu daripada tepung beras, merah tu ialah pulut disertakan kuah santan yang pekat dan manisan sebagai kuah.

p/s : cepat-cepat masuk dapur buat kuih ni, sedap dimakan ketika berbuka!!
like3!



31 Ogos

Salam buat para pembaca..

30 Ogos telah berlalu, menandakan tamatnya contest sulungku.
Kini, 31 Ogos membuka tirai hari Selasa.
Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53.



TANGGAL 31 OGOS

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
~nyanyian Sudirman, yang diminati hingga kini~

tadi nyanyi lagu ni dengan budak-budak Prasekolah SKBP, bukan main semangat diorang angkat tangan masa sebut MERDEKA!


ni dah memang habit aku, suke ambik gambar ngan budak-budak.
gambar kat atas ni, one of dak Prasekolah tadi..
please say.. muke dak ni ade iras arwah Sudirman..


uh..takkan aku je yang nampak gitu ek?
~lalaala..



Contest bakal berakhir..

Salam buat para pembaca..

Pejam celik pejam celik, dah masuk 30hb Ogos, yeay! esok kita akan menyambut hari kemerdekaan dan sekolah pun dah cuti.


Baiklah, kembali kepada tajuk asal.
Contest Teman Sejati By Emieysandra akan berakhir tepat jam 12malam nie.

Ramai yang tanya kat shoutbox, masih sempat lagi ke nak join contest?
Maka, jawapannya masih sempat sebab 30hb Ogos tak berakhir lagi kan.

Tepat jam 12 malam, berakhirnye 30hb maka berakhirlah contest.

Aku memang tak sangka contest pertama ini akan mendapat sambutan sebegini.  Sampaikan ada rasa nak kena tukar hadiah kepada yang lebih grand lagi ni. 
 perlu ke? perlu ke?..ehehe

Tak pela, aku akan cuba setakat yang termampu yer.
Jom-jom join contest sebelum tempoh berakhir! 

p/s : dalam proses menerjah peserta contest lepas approve penyertaan mereka tadi..
~lalalala



i neEd you!

Salam buat para pembaca...

Aku rasa kepenatan sangat, esok pula masuk hari kedua ber PBS.  Jadi, permintaan mata supaya ditutup rapat harus ditunaikan..kehendak badan supaya menghenyakkan tubuh ke tilam yang empuk harus diikutkan...

But, please give me five minute tO say..

I need yOu!!
:
:
line internet yang laju 

untuk memudahkan aku mengupdate blOg & berblOgwalking.

 

Disebabkan internet dok bernyawa-nyawa ikan ni, mungkin aku hanya akan menumpukan kepada mengupdate blOg sahaja dan tak dapat nak lawat blOg kawan-kawan lain.  

http://www.cute-smiley.com
control beb, jangan kat sini beb..dah2, pi balik umah hang pahtu tadah dalam baldi..kOt2 boleh jimat bil air utk bulan nie.. (-_-")

p/s : dalam dingin subuh, hatiku terusik(tetibe je)...Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



PBS - kembali ke sekolah

Salam buat para pembaca..

Lepas balik sekolah tadi aku terus tidor, sebab penat sangat.

Kenapa aku pergi sekolah?

Mungkinkah umur aku baru mencecah 16tahun?
siape yang anggap camtu, bangganyer i..huhu

Sebenarnya, hari ni hari pertama aku menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Balai Peradong,
Aku bersama Kema dan Fazilah akan menjalani PBS selama 5hari, tapi memandangkan hari Selasa ni cuti Hari Kemerdekaan, maka kali ini ber PBS selama 4 hari je..(mood aku : hooray! sama ngan budak-budak yang dapat cuti dan di fikiran mereka dapatlah tengok citer katun hari tu)

Tadi lepas jumpa Penolong Kanan 1 dan Guru Besar, kitorang lepak kat bilik mesyuarat sekolah tu..

Konon-konon nak buat kerja-kerja assignment, tapi biasalah aku yang budak negatif hiperaktif nie mula berasa bosan apabila terlalu menumpukan perhatian mula mencari alat untuk bermain..wakawaka..ayat xsesuOi ng umO..


alat-alat permainan aku sudah semestinyer webcam, photoscape, picasa & spek mata plastik cap alamaya dan sedikit bahan perasa  iaitu hot kiss frOm Kema & Na..kah3x..

http://www.cute-smiley.com

p/s : baru sempat publish pOst lepas balik dari dating..
http://www.cute-smiley.com
berbuka puasa kat umah nenek Kema, sangat kecoh dan meriah..i'm lovin it!




yeay! dah sampai..

Salam buat para pembaca..

As usual, blOg ni dah macam diari.  Semua benda aku nak tulis kat sini.  Mesti ada orang bOring kan..

tapi..


tapi..


tapi kan..



ini kan blOg aku, duniaku..muahahahaa

posing sebelum meninggalkan asrama terchenta,
pakai baju kurung nak naik bas, baru nampak perempuan Melayu sikit..ade makna terselit ni, try cari..hahaha


(barang-barang yg cikit)


Baiklah, pagi tadi aku telah sampai dengan jayanya ke negeri Terengganu kesayangan Kema dan Na..err, Ain jugak.


Sebelum ni, aku bagitahu yang aku akan ke rumah Na, tapi memandangkan Kema sayang aku lebih, aku pun ikut balik umah die jugak yang hampir dekat je ngan umah Na.. 

Petang esok baru aku akan gi umah Na, shian die dok indu ambe..hahaha.

Eh, xleh bebel banyak-banyak..kekgi (ha..aku dh jadi org ganu) nak tengOk adik Kema kat asrama.
ermm..berbuka puasa nanti kat umah mak sedara Kema..

bubye!!
Selamat Berbuka Puasa!!





balik kampung kedua

Salam buat para pembaca..

Minggu ni amat sibuk memandangkan minggu last sebelum cuti raya.  Kebanyakan pensyarah nakkan semua tugasan dihantar sebelum cuti ni.  Tapi, alhamdulillah due date dilanjutkan lagi memandangkan kitOrang(dak2 kelas) ni baik. ehehe..
tapi
aku jangan gembira sangat..
sebab banyak tugasan yang pelu dihantar lepas cuti, nak dating pun macam xsempat, sempat aje..

Apa yang penting sekarang, due date untuk balik kampung semakin tiba.
Esok?
Bukan la..seminggu lagi. (-_-")

tapi tak pe, esok balik kampung kedua dulu..
Bukan umah bakal mak mentua okey, sebab bakal mak mentua i kat Kelate gak..paang!! kegedikan terlampau di situ..huhu

http://www.cute-smiley.com


Malam esok, aku akan naik bas di Melaka Sentral untuk menuju ke Terengganu sebab aku akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kat tempat Na, salah sorang teman rapat aku kat sini sebab tu aku cakap sesukehati je kampung die tu kampung kedua aku..leh kan?leh r..ehehe

gambar sekadar hiasan..ihsan pak cik Google
kalau balik Kelantan aku biasa gak naik bas Transnasional ni..tapi esok bas lain, aku tak pernah naik pun bas tu.  Harap-harap sepanjang perjalanan hampir 12jam esok, keadaan selesa la yer.

http://www.cute-smiley.com
p/s : Doakan keselamatan perjalanan aku yer!!
dari Terengganu ke Kelantan tak tahu ag nak balik camne, ade sesiapa boleh bagi tumpang tak?
~lalalalaa (-_-")



juadah berbuka :: nasi ambang

Salam buat para pembaca..

Biasalah kalau berada di negeri orang, pasti banyak kelainan yang akan kita jumpai berbeza dari tempat sendiri. Kalau negeri Cik Siti Wan Kembang popular dengan nasi kerabu, Terengganu pula terkenal dengan nasi dagang.  Namun ternyata, perut aku tak boleh menerima nasi dagang dan lebih selesa dengan nasi kerabu yang berkuahkan budu.  ehehe, like budu..*peace!*

Sejak akhir-akhir ramai rakan-rakan aku sibuk memperkatakan mengenai nasi ambang atau dalam sebutan Jawa, nasi ambeng.  Aku yang suka mencuba pelbagai jenis masakan pun turut mencuba. Rasanya? Ok lah.. 

Nak tahu macam mana nasi ambang..
:
:
 

Nasi ambang ni merupakan menu masyarakat Jawa yang paling popular. Menu ini istimewa dengan hidangan lauk yang pelbagai seperti ayam goreng atau masak kicap, ikan kering, sambal goreng, mi atau bihun goreng, serunding kelapa dan tempe goreng.

p/s : Tadi tepon ma, tanya ma masak ape.  Ma jawab, 'roti jala je'. Nada suara ma memang memerli..je??.
Memang saje bikin jeles..huh!
http://www.cute-smiley.com



update blOg :: 2 award

Salam buat para pembaca..

Sekarang baru dapat nak update blog, setelah sibuk dok selesaikan sebahagian dari assignment, ehehe tak siap lagi.

Jangan isau yer kawan-kawan, assignment dan berblOg adalah dua perkara yang berbeza.  Wajib buat assignment dan wajib jugak berblog.
Ya..sebabnye ada ke orang dok ngadap benda yang sama 24jam?
sampai tak makan?
Takkan aku nak menghadap assignment 24jam?
Kiranye, berblOg ni macam keperluan jugak, macam makan gak..err..(-_-")



http://www.cute-smiley.comOrang lain ade je, assignment berlambak pun, tiap-tiap hari je update status kat facebook kan.
Pantang ade komen, terus kena balas.MESTI.


So, bila aku kata aku tengah sibuk sekarang nie..banyak keje.  Tiba-tiba ada suara yang menambah "update blOg boleh pulak.."
http://www.cute-smiley.com
blog ni ibarat diariku
juga sebagai tempat aku membebaskan fikiran dari kesibukkan dunia realiti.

Ok, dah puas membebel aku nak setel award yang lama tertunggak ni..
Jangan marah yer pemberi-pemberi award, janji buat kan.

Aku pun dah lupa yang mana aku dapat dulu.
Biarlah aku setel award dari nettskerepek a.k.a nadiah  ni dulu.




Award ni unik sebab ia merupakan award berantai.
Tak paham?
Meh nak bagitahu.

:- ni list yang awal tu, tengok nama kat bawah tu Nadiah yang mengetag emieysandra.



:- seterusnya, anjakkan satu nama ke atas dan gantikan dengan nama kita yang ditag ni..

3.Kin
4.Nadiah

:- kemudian, aku dikehendaki mengetag 5 rakan blOgger lain.
Jom tengok siapa yang aku pilih yer iaitu

1. naz
5. Macy




:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Seterusnya award kedua dari cik Gugurl, kena jawab soalan kat bawah ni dulu.

1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.
1. nasi kerabu
2. kuih lompat tikam (siapa tahu?)
3. sambal kerang
4. sambal udang
5. telor mata
6. ayam goreng
7.murtabak maggi

2. Kemudian, tag 5 rakan blogger yang lain.


inilah awardnyer.
:
:
:

 

lawa kan?..

p/s : laptOp dah ok, so semangat buat assignment kena la meningkat kan. 
ok..chaiyok3 for me!!
Tak sabar nak siapkan assignment bagi Teknologi Dalam Pendidikan, suke subjek ni & assignment ni..~_^

:- blogwalking jap, lepas tu ZZzzzz..



Aduh!..sakitnyer, gara-gara sambal udang

Salam buat para pembaca...

Sejak dari pagi tadi, perut aku dok rasa memulas je.
Bila lecturer keluar, baru aku sempat sapu minyak panas sikit dan tidur..*time tu tak de lecturer masuk ag k..*
Bila lecturer  muzik masuk tadi, ok..wat cOol je r walaupun dok menahan sakit perut nie..dalam otak dok pikir, "bila la lecturer ni mau kuar, aku bukan follow ape yang die dok lecture kat depan tu."



Aku dengan sedihnye mengadu kat doktor hatiku *sukesuki je sakit perut tapi col doktor hati*..

Dia tanye la, sahur tadi makan ape.
Aku pun dah cuak nie, tapi jawab dengan jujur la
'Makan nasi dengan sambal udang'

"Ha..patut la sakit perut, pagi-pagi dah makan pedas dah tahu perut tu gastrik, nak makan pedas jugak.  Bulan- bulan puasa ni sepatutnye elakkan makan makanan pedas. Ini tak, nak suruh sape lagi sayang perut awak tu kalau bukan saya, eh awak sendiri. Minum susu tak mau, agah nak makan pedas!"

kan..berjela doktor tu dok membebel kat aku. 
ehehe, tipu je..
ayat doktorhatiku yang ori hanyalah dua ayat terawal..yang lain aku yang bebel untuk diri sendiri..hahaha

Nampaknye lepas ni aku kena beli sayur air je la, makan sayur air je.
Tak suke sangat bila kena kawal makan, nak makan tu tak boleh nak makan pedas sikit pun tak boleh.

Oleh itu, jagalah perut anda leklOk yer, sayangilah ia bagai jantung hati anda.
*kempen baru nie*


Ok lah, dah lewat ni nak bersiap gi setting tempat untuk Majlis Berbuka Puasa Jabatan Prasekolah.
Makan lagi..harapnye tak de menu sambal udang..kalau ade, aku baham je..~lalalaa


p/s : siapa tahu maksud perkataan yang dibOld merah kat atas tu?hik3

 Selamat Berbuka kepada semua muslimin dan muslimat!
 


PUASA DULU BARU RAYA

Salam buat para pembaca..

 Semua puasa ke hari ni? ha..time tengahari ni, dah ade orang bukak periuk ke?
Biasa la kan, kalau budak kecik yang baru belajar puasa tu, semangat bangun pagi-pagi bersahur. Tapi bila tengahari, masuk dapur buka periuk...tapi hampa periuk kosong! Lagi sedih, bila keluar dapur tengOk kucing tengah bersantap dengan senang hatinya..cian..cian..

Teringat lak kat Akif, adik bongsu aku ni.  Dalam tepon aku tanya la..

Aku : Akif pose x hari ni?
Akif : tak
Aku : nape tak pose?kan dah besar, sekolah darjah satu dah pun..
Akif : adik kecik lagi la..
Aku : errr..

Aku pun tak tahu la tang mane yang die kecik ag.  Mentang-mentang semua dok panggil die adik lagi kot...dimanjakan sangat!
tengOk la nanti kak ngah ko ni balik, kena buli cukup-cukup..aku takkan bagi die makan.. kalau die makan jugak..peraturan tak boleh makan berbuka dengan orang-orang yang berpuasa akan dilaksanakan..muahaaahahaha *gelak setan guling-guling* .

Bukan ape dik oi, kak ngah ko ni umur 5tahun dah pose sebulan (tolak) separuh hari tau! mase tu dah gi sekolah tadika pun. Gara-gara abah cakap gini la:

KALAU TAK POSE TAK LEH RAYA!!
(tapi aku pose ikhlas tau..~lalalalaa)

tapi sekarang nie, asal raye je persiapan raye si akif tu la paling gempak, ciap kasut ade liplapliplap ag, baju seluar nak kikilala..nyampehs tOl.


 ha..pe lagi, layan la lagu ni
PUASA DULU BARU RAYA!!



p/s : lepaskan geram kat Akif sebab tak ikut jejak kakak die.ehehe
dalam masa yang sama, rindukan kerenah manja die..waaargghhh!!

facebook & nuffnang

Salam buat para pembaca..

psttt!! kOrang nak tahu tak?
meh dekat sikit..nak citer nie..
tahu tak?
tahu tak?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dragOnball ade 7biji semuanyer..
buuuuuuuu!!
~lalalalaala!~


First of all..
aku nak gitahu yang aku dah aktifkan facebook!!
tak tau la dengan nada gembira atau tak, yela..sebelum aku ade gitahu yang aku deactivate akaun facebook, tapi sekarang dah aktif balik.
Lepas ni, kalau aku deactivate, then activate balik..tak nak gitahu dah..huhu

:- alasan paling kuat on facebook, nak spy kawan jer, & abang senior yang aku admire dulu..yeah!!

 

ade sesiapa nak facebook aku ke?hurmm..xyah la, memboringkan je sebab aku layan separuh jiwa jer..



perkara kedua yang korang kena tahu jugak ialah.

pakwe aku sangat baik!!

eh..eh..abang nuff aku ler..
nape?
pakwe @  makwe kOrang lagi baik ke?~lalalaala


aku dah makin sayang kat abg nuff nie apabila ia semakin beranak pinak (buffered earnings) hingga sampai temPoh expired nyer (metered earnings)...alhamdulillah.. 
abaikan mengenai perkataan abg & beranak pinak..

:- i dunno why aku tak suke update sal nuffnang..(-_-")
bukan satu keburukkan kan?

Perkara yang ketiga..
My lappy masih dalam keadaan yang sama, sangat menyukarkan aku selaku pelajar yang paling rajin untuk menyiapkan assignment yang semakin berlambak nie.  Lappy yang sakit ini seakan tekakku yang selalu sakit apabila batuk..Ok3, aku akan minumtogok ubat batuk supaya tak de penyakit yang akan berlanjutan kelak. peace!!

Last but nOt least..
Aku amat rajin menghitung hari sekarang ni, 
menghitung hari balik umah..
..15hari lagi..




Gelagat preschOol of rOxs..

Salam buat para pembaca..

 Ini merupakan kerja bagi subjek EDU3105 iaitu Teknologi Dalam Pendidikan.

video
 

Butiran Video :-
Agenda : Program Bina Insan Guru Aktiviti Gotong-Royong.
Penglibatan : PISMP PRASEKOLAH 1 (20 orang)
Tempat : Balai Islam Sayiditina Aisyah (BISA)
Tarikh : 3 Ogos 2010
Turut menjayakan : Kumpulan 2 (Hajar, Ain, Na)

p/s : kalau suke..sila like, kalau tak suke, hamburkan saje kat kOmen..supaya dapat jadi teladan pada diri ini..ehehe.



wanita suka mekap..salah ke?

Salam buat para pembaca..

Kebanyakkan wanita sukakan kecantikkan dan warna-warna menarik, diekspresikan melalui mekap..iye ke?

sape yang nak keluar dengan akak ni?


Bila ade seorang lelaki bertanya
" awak suke mekap ke kalau keluar rumah?"

wanita tu jawab,
"ye"

Lelaki tu pun berkata lagi
"Kalau tak mekap lagi lawa "

wanita tersebut menjawab dengan muka yang langsung takde perasaan(imagine la sendiri camne ek)
"Ok"


terbaik la akak ni mekap, siap nampak garisan kat hidung tu..betul-betul mewarna nie..:D