S for Study!

Salam..


Macam main Roda Impian lak, dan aku pilih konsonan 'S' untuk Study!
Okeyh, mulai detik dan saat ini aku berazam untuk study bersungguh-sungguh sampailah saat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan bagi menjawab kertas soalan Teknologi Dalam Pendidikan.  (sila kata..oo, patut la si emiey ni main blOg, belajar teknologi rupenyer) uwerkkk! :D




ini good Luck untuk shayer sendiri!







ini untuk kawan-kawan yang ambik exam, rasanyer time ni memang musim exam untuk budak-budak U, Politeknik dan juga IPG.




 

ini untuk chenta hati..die pun tengah exam gak...sekarang die dOk ucap sayang pada buku-buku  die. :P










p/s : kalau shayer bOring, tolong trime shayer kt shoutbOx korang yer! hahaha..






update :- 2 November 2010
subjek Teknologi Dalam Pendidikan (EDU 3105)
8.30pagi hingga 11.00pagi.



bahagia dengan duniaku

Salam..


Ini duniaku emieysandra, dengan cara emieysandra, dan emieysandra sangat berpuas hati.


Okeyh, semalam masa dok sibuk-sibuk berblOgwalking, ade la yang datang tegur kat shoutbOx, malas nak print screen..lebih kurang camni la.


' eh, komen entri tak berkadar langsung dengan follower '


Emiey memang perasan benda ni dari dulu, tapi emiey tak kisah la.
Mereka follow emiey tanpa paksaan dan mane yang sempat emiey akan follow balik sebab tak kisahla blOg diorang tak hebat atau masih baru dalam dunia blOg ni, emiey akan hormat kandungan blOg diorang tu.  Mereka sokong emiey, emiey akan sokong diorang balik...adess, baik tak?ehehe..




Kandungan dan konsep blOg emiey ni lebih pada diari, tulis ape yang emiey rasa dan jugak aktiviti emiey dengan kawan-kawan dan jugak kekasih hati. Tak kisah orang nak komen atau tak asalkan emiey dapat mengabadikan kenangan tu dalam blOg ni.  Dah nama blog ni pun Dunia Emieysandra kan, so dunia emiey punyer la kan :D
Emiey jarang sangat memuatkan info sebab emiey tak suke main copy paste ni, melainkan kalau info tu benar-benar menarik hati emiey. Emiey jugak bukanlah kreatif untuk menghasilkan karya-karya penulisan yang boleh wat orang lain rasa 'wow, hebat r!'. Duniakuemieysandra, tetap macam ni jer. Emiey masih belajar dan akan terus mengutip ilmu serta memperbaiki kelemahan diri.



Emiey pun pergi la singgah ke blOg orang yang tinggalkan mesej kat shotbox tu.  Entri-entri dia memang best, ramai yang komen walaupun follower dia kurang sikit dari emiey.  Emiey pun balas kat shotbox dia lebih kurang macam ni.

'Saya masih belajar dan tak kisahla sume tu asalkan saya puas hati berada di duniaku :)'



Lebih kurang camtu la, siap bagi icon smile lagi sebab memang kalau emiey singgah mana-mana shoutbox pun, icon smile tu emiey akan letak.



p/s : sampai masa, dunia ini akan menjadi kepunyaanku seorang.  Sekarang, biarlah begini.
p/s : mr. Nuffnang pun sayang dunia nie.. ~ngeeee
p/s : sekarang ni suke berblOgwalking, selain dapat up trafik..dapat jugak kenal mesra dengan blOgger lain..best best!



Tahniah Kelantan!

Salam..


Tahniah Kelantan..
gOmo Kelantan gOmo!!




Separuh masa pertama..
1 gol..


dari Negeri Sembilan.
ilex r Kelate, awal ag..huhu







Lepas Aidil Zakuan dikeluarkan sebab kecederaan.
Kelantan memang ambil peluang habis-habisan la dan berjaya menjaringkan
2 gOl !





dan melayakkan Kelantan mendapat Piala Malaysia 2010.  Tahniah Red Warrior!!


 
~lagu Olek-olek~





 p/s : Suka la si dia bila kelantan menang..ehehe
esOk Kelantan cuti, best ar..




Mencari identiti blOgger yang hilang.

Salam..

Hari ni..dunia ni rase berputar-putar je, nampak bintang-bintang, bulan pun ada..eh, tetiba je banyak lOve yang camni  ♥♥♥♥♥ 
Dah..dah..kalau nak tengok banyak lOve cari sini okeyh. TRUE LIFE

Ok, malas ni aku study diri aku and berjaya jawab satu soalan tanpa tinggalkan satu tempat kosong pun, yeah!!

tag ni daripada Lydia Miza, terima kasih la sudi nak kenal emiey ni macam mane..Mungkinkan telah tenggelam jauh ke dasar lautan eh..i tak reti berenang la..dan meninggalkan identiti sebenarnye? cess..jawab-jawab.
 


Soalannya :-  

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.

At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you.



Jawapan dari Emieysandra :-

1.  Nama penuh saya Nur Amirah binti Abu Bakar, anak kedua daripada tujuh adik-beradik.  Saya dipanggil kak ngah di kalangan keluarga. Pada awal pembabitan saya dalam dunia blogging ni saya pernah cerita pasal diri saya kat sini. perenggan ni bunyinyer agak skema jer..:p
 
 
2.  Emieysandra itu adalah saya.  Saya cipta nama tu sejak Tahun6 lagi dan bila masuk sekolah menengah, mana-mana buku latihan saya pasti diconteng nama emieysandra tu. Sekarang saya mula mencipta empayar emieysandra..hahahaha (ketawa dengan bongkaknyer, werkk!). Yes, i lOve myself, i love emieysandra!

3.  Saya anak manja yang tak suka dimanjakan.  Faham? tak faham ea.  Saya suka merajuk dengan abah ngan ma, boleh pulak tunggu diorang pujuk.  Kenapa saya merajuk sebab saya suka buat sesuatu ikut otak kepala pemikiran saya. please, jangan ikut perangai yang tak baik niSekarang, saya dah tahu apa yang ma dan abah buat dulu adalah untuk kebaikkan saya. Thanks banyak-banyak kerana mencorakkan saya dengan pelbagai warna-warni dan menjadikan saya sekarang!

4.  Saya seorang yang lembut. 
lembut hati, lembut suara. lembut badan..aah..xcaye sudah!

5. Saya seorang yang romantik a.k.a jiwang..ciskek tol, sila muntah kalau nak muntah yer..

6.  Saya seorang bakal guru.  Buktinya, saya menggunakan bahasa skema 'saya' dalam entri ni..ehehe. skema sikit ade la.

7. Saya suka (HACKS) Hanya Aku Cinta Kamu Seorang.  Buktinya, saya dengan dia selama hampir 3tahun. Tak lama je lagi nak sambut anniversary yang ketiga.


8. Saya suka bidang penulisan. Buktinya, saya suka blOg Cikgu Zara dan Mukasulit Naz..suke cara penulisan mereka-mereka ni.

9. Tak suka ais batu..selalu buat saya pening, tapi sejak kebelakangan ni saya agak kerap beli minuman berais dan ia buat saya pening..ais..pening..ais..pening..pening..pening..peningggggggggggg... 

10. Saya bukan seorang yang peramah. Bukan. Tapi saya amat ramah dengan penulisan saya sehingga mengedik-gediks keterlaluan macam sekarang..eh..eh..bukan saya memang gedik ke? konpius..konpius..konpius bila salah fius ni..~lalalalalala


11. Saya seorang simple.  12.Tension tu musuh saya.  Jangan buat saya tension.lol..

13. Saya sayangkan kawan-kawan saya, terutamanya kawan-kawan sejak sekolah rendah dan menengah dulu sehingga saya buat Contest Teman Sejati, thanks banyak-banyak sebab ramai yang support contest tu :)

14.  Saya sangat minat Siti Nurhaliza, suke sangat tengok beliau dan mendoakan semoga beliau cepat dapat anak dan cepat-cepat pakai tudung penuh :)


15. Suke melihat keindahan alam. owh pantai..


16.  Tak addict pada aiskrim.  17. Tak suka tengok cokelat.  18. Suka merenung kek yang lawa.  Saya makan semua tu, cume kalau tak de pun tak pe!

19.  Ayam goreng itu kegemaran saya. sedap hingga menjilat jari..KFC! 


20. Suka tidur..suka hati, tidur.  Susah hati pun tidur.


21. <--Ini umur saya sekarang, muda lagi sebab tu tak terkejaq nak kawin ag..boleh pulak! 


22. Matlamat saya untuk bagi kesenangan kepada keluarga dulu baru nak kahwin...insyaAllah..Chenta Hati saya sangat faham dengan hal ni.

23. <-- Time ni saya akan habis belajar.

24. Saya suka riang-ria tak bermaksud saya tak serius dengan hidup.  Saya selalu berangan untuk menjadi wanita yang sempurna di sisi suami dan anak-anak, insyaAllah...love it

25. Tak suka menyibuk hal orang lain sebagaimana saya tak nak mereka dok menyibuk hal saya..sO, xmau tag 25orang tu..hahaha..pemalas!



update :- emiey jugak ditag oleh Aku, Gadis dan Tinta


~DONE~

wanita pandai masak, pilihan terbaik!

Salam buat para pembaca..


Pernah tak dengar sesetengah orang tua akan kata camni "Belajar tinggi mana pun, pasti akan ke dapur jugak" pada anak-anak gadis mereka.


Hakikatnya, ma pun pernah kata camni kat aku.
Mungkin sebab aku ni malas sangat nak masuk kedapur. adess..kantOi sudaa..



Nak tahu alasan aku?
Aku kan jarang-jarang balik rumah, jadi masa cuti macam ni la baru leh rasa masakan air tangan ma puas-puas..ayat kesian der..
yeah..thumbs up fOr me!




Jauh di sudut hati aku, teringin juga nak jadi rajin masuk ke dapur macam dulu.  Masa sekolah menengah dulu, memang tugas aku dan achek (adik pompuan yang bawah aku) untuk masak, ma hanya akan bagitahu menu ape yang nak dimasak mengikut barang-barang keperluan kat dapur.  Selaku kakak, memang aku la yang banyak buat kerja.  Jadi semua masakan asas aku dah tahu la termasuk buat gulai lemak dan jugak asam pedas.  



Sekarang ni aku kena rajin-rajin kan diri masuk ke dapur apabila cuti.  Meskipun aku dah boleh memasak, tapi kalau dibuat selalu dikira sebagai latihan untuk menjadi lebih baik.
 Malahan, masa bujang ni la peluang kita untuk sentiasa mengupgradekan diri sebagai persediaan untuk menjadi suri dalam rumah.  Surirumah yer, bukan aku nak menggedikss tak habis belajar lagi nak pikir kawin tapi ini hakikat kan. Tol tak?!



eh..eh..iklan periuk jap..












Ada beberapa orang rakan sekelas aku menunjukkan minat dalam bidang memasak ni apabila setiap kali mereka balik ke rumah, mereka pasti bawa masakan mereka dan makan beramai-ramai kat kelas. 
Contoh masakan yang mereka pernah bawa : kek batik, biskut raya.
Bagus kan mereka :-)


ha..ini baru betul, akak i yang cantik jelita, meletopsss gitu.



p/s : tetibe rindu pada ma dan juga kehidupan sebagai gadis kampung..:D

Hari ini dan macam-macam..

Salam...


Setiap pagi, aku pasti mendoakan supaya hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam.  
Semoga kesilapan semalam takkan diulangi lagi pada hari ini.  Tapi selalunya gagal, dengan alasan nak berubah kena betul-betul tekad dan mengambil masa.  Salah.  Setiap hari adalah hari baru yang mesti bercambah dengan azam yang baru, bukannya azam tahun baru sejak Januari yang lalu.  Esoknya, aku nak senyum puas-puas pada diri sendiri kat depan cermin sambil mendoakan hari esok akan berjalan lancar. *peace!*


jOm main teka lirik lagu ni : 
'Ku tak bisa merubah yang telah terjadi, 
tapi aku kan menjanjikan yang terbaik'




Pagi tadi pergi kelas lambat sebab lecturer waktu pagi ada urusan kat luar IPG.  Happy.  Lepas tu, bukan aku tambah masa tidur, tapi tambah kredit online kat bilik..huh.  Pukul 9 baru pergi ke kelas tapi sebelum tu, singgah kat kafe dulu, breakfast la sementara ada waktu free lagi.  Alhamdulillah, ada classmate belanja air sebab aku tolong renovate kan blOg dia. Ish..aku bukan buat ape pun, biasa-biasa je gunakan apa yang aku tahu.  Yela, blOg dia tu best cuma dia tak pandai nak edit-edit bagi lawa je.  Tak pela, aku tolong. Jemput la melawat ke blog die..DALAM HATI ADA BOMB , hati-hati..kan melekat lama sangat sampai tak jumpa 'exit' lak..ehehe.




Okey, bila masuk kelas. Lecturer tak masuk lagi tapi sesetengah budak kelas tengah sibuk menghias kelas.  Yela, sebagai persediaan kalau auditor nak masuk kelas kami nanti.  Yup, esok pihak MQA nak datang. Bila semua hal tu masih tak melibatkan aku sebab aku bukan AJK Keceriaan kelas dan lagipun dah ramai yang dok menolong time tu, ape lagi terus je buka laptop la dan online. Tetibe sibuk pulak siHani ni suh tengokkan blOg dia sebab dia cuba nak tukar template tak jadi.  Cian la pulak, ok la aku tolOng.  Tapi awal-awal aku gitahu la yang aku bukan pandai nak edit lawa-lawa, simple n kemas je la yang bOleh, lebih-lebih sangat aku pun tak banyak ilmu lagi. Blog Hani ni aku edit sampai ke header..boleh tahan la aku buat, ehehe.  Jom la tengok ABC..123 blog Hani ni aku suke sebab dia selalu update isu semasa yang akan buatkan aku tertarik.




Okey, suasana pagi yang tenang dan relaks buat aku mula berakhir bila kami diberitahu yang pihak MQA nak audit kitorang.  Ape lagi, kenalah setelkan ape yang tak setel lagi. Sekarang ni pun ada lagi kerja yang tak setel, tapi biasa la aku, tak pandai buat post pendek-pendek kat facebook tapi post entri serba agak panjang, boleh la..ehehe.  
Okey la, nak study jap, tapi bukan study buku pink nih.huhu


~gudluck untuk esok kepada semua classmateku yang sentiasa riang-ria ni~




Selamat..

Salam..




Selamat pagi dunia!

Selamat pagi chenta!

Selamat pagi senyuman!

Selamat pagi kebahagiaan!












Tiba-tiba teringat pada ma, abah dan juga adik-adik.  Semoga mereka pun dilimpahi kesihatan yang baik.  Tak lama lagi angah balik raya..cuti lama-lama bOleh peningkan kepala ma kat umah..oOps!

Tapi yang sedihnyer, tiket tu malam raya jadi angah akan sampai umah pada pagi hari raya.  Malam tu mesti dengar lagu raya kat atas bas.  T__T..
uh..pagi-pagi ni jangan spoil kan moOd okeyh!

Janji bOleh balik kan..kan..kan!




Guruku yang baik..

Salam buat para pembaca..

Hari ni aku nak share satu video yang sangat menarik.  Persembahan sekumpulan murid kepada gurunya. 
Siap ada alat perkusi dan suara mereka pun best!
::
::
::
::
::::::











p/s : Aku banyak kali buka video ni, suke dengan persembahan semangat mereka ni walaupun diselangi gangguan.




Redgurlcraft Craft Giveaway..

Salam.. 

Selain menulis entah ke benda hape-hape, emiey pun suke jOin giveaway..contest dan jugak lucky draw.  Tak salah kan kite memeriahkan dunia blOgger ni dan menyokong aktiviti-aktiviti blOgger lain.  

Ini merupakan entri giveaway yang kedua dari Duniakuemieysandra..para pembaca bLog emiey ni, ape lagi..jOm la pakat jOin ramai-ramai..kOt anda lebih bertuah dari emiey kan...emiey pun tumpang gembira je la..:D ayat baik je, padahal pasrah bile takde tuah kan..ehehe.



nak sertai mudah saja!!!

1. follow blog redgurlcraft ni!!

2. copy gambar di atas di blog anda

3. buatkan satu entry tentang give away ini di blog anda..

4. tinggal comment dan link entry anda pada comment yer so senang redgurl nak jenguk semula ke blog anda

4. pemenang akan dipilih secara rawak!!

hadiahnya seperti mana dibawah!!


TARIKH PENYERTAAN ADALAH MULAI
11 OKTOBER 2010 HINGGA 11 NOVEMBER 2010





HADIAH PERTAMA

satu beg laptop!!

kat bawah ni contoh jer!!..





HADIAH KEDUA

Satu Camera Casing





3 HADIAH SAGU HATI

Broadband casing



jom ramai2 join!! mana tau dpat gift kan!!


tengOk, hadiah-hadiahnya sangat menarik, jOm la jOin yer kawan-kawan!


1st Lucky Draw by Atie Aizam..

Salam buat pembaca..

Pagi yang indah dan lapang ni, aku jOin lucky draw yang dijemput oleh penganjurnya lucky draw nie..
~_^
Jom la jOin ramai-ramai..
hadiahnye pun menarik!





khas untuk
Rakan2 & Follower2 Atie
Syarat2 nye senang jer..

1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda
dan linkkan ke blog ni
6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje
8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda


Tarikh Tutup: 30 November 2010


HadiAH?????

laptop accessories
ada 10 brg dlm box ni termasuk mouse,
cable lock dan sebagainye.. :)
the lucky one yg kne tag tu dakcOmel ni

p/s : hari ni birthday rumet, semalam birthday classmate.
Alhamdulillah padaMu yang masih mengurniakan kami kesihatan yang baik ini..amin!

Penyakit Examinitis Menyerang..

Salam buat para pembaca..

Dengar-dengar ya sekalian alam..
penyakit baru telah dikesan merebak dengan jayanya di kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.
pliss..pliss..i tak suke sakit, nanti i malas nak makan ubat, camne nih kalau i terkena penyakit tu..Tak mO..tak mO!


lame kOt tak menulis entri sambil menggediks dengan jayanyer, cess kOnon mau jadik budak baik lOl..
eh..i memang budak baek lar..ehehe



Psttt..nak tahu ke itu camne simptom-simptom penyakit yang emiey warwar kan tadi?ni ha....

1. kecut perut
2. Hilang selera makan
3. Tidur tak lena
4. Hilang fokus.



So, apakah rawatan dan kaedah yang sesuai?..here..


1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus
• Keikhlasan niat dan perbuatan
• Usaha yang tersusun dan berterusan
• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal
• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah



2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."




Sumber dari iluvislam.


p/s : jangan biarkan diri anda diselubungi kesengsaraan dan Selamat Beramal!

Blogger Harapan..

Salam buat para pembaca... 

 Emiey dapat award lagi..
Anugerah blOgger Harapan, bak kata pemberi award ni 'macam artis siut'..ehehe
Siapa yang bagi award ni kat emiey?
here..







  


Mekasih bagi award ni kat emiey!!




jOm jawab soalan :

1. Kenapa anda suke blog My Lenses Story 

- Emiey suke blog tu sebab suke tengOk gambar-gambar yang Haidi ambik.
Emiey ingat lagi gambar-gambar pemandangan yang diambil oleh Haidi, sangat lawa.  (suke tengok gambar alam, i lOve nature!)
- Blog Haidi jugak ada lagu Melda Ahmad- Putus, emiey pun suke dengar lagu tu.  Bukan untuk jiwang sebab emiey tak pernah ditinggalkan. ehehe. Tapi bila k blOg Haidi tadi, tak kedengaran pulak..nape yer?



2. Reaksi korang bila dapat award nie?

 -Sangat gembira, macam artis pun ada disebabkan nama award tu. 
- Tetibe, terfikir adakah blOg coretanku ini cukup baik?..emm..
- Sangat suke..suke..suke!!















p/s : Haidi berpangkat abang pada emiey..
jarak antara kitorang sangat jauh, 5tahun je kot..ehehe
Sory yer abang Haidi coz bahasakan nama jer..ehehe.


okeyh, DONE!

Salam buat para pembaca.. 

Akhirnya, berjaya jugak aku menyiapkan kerja-kerja renovate nie.
Kalau sesiapa yang pernah datang ke blOg ni, pasti perasan perubahan besar kat sini.. 








Amacam?perasan tak. 

Aku menggunakan template designer. Baru je ushar-ushar, tak sangka ia sangat mesra pengguna. 
Aku tak payah berserabut otak nak tafsir semua kod html tu, cume pilih je kat template designer tu. 


Bagi aku, apa yang penting kat blOg ni ialah ringkas dan kemas.




p/s : background ni ok tak? 
komen sikit, kutuk pun tak pe asalkan ikhlas..ehehe.



Kurnia

Salam buat para pembaca..


KURNIA
by
Noh Hujan & Mizz Nina
:
:
:
:
 

 tak sempat nak blOgwalking lagi hari ni,
dok syiOk melepaKing ngan compartment mate.
jap ag nak kuar makan coz perut ini sudah mula mengikut rentak lagu di atas..



 p/s : rutin hari minggu : breakfast ngan maggi.
bOring tOl!

Selamat Pagi Sayang ♥

Salam buat para pembaca...





Selamat pagi sayang
Bulan telah hilang

Buka mata sayang
Hari kian siang dan mendatang
Tak ingin ku lepas semua


Jangan bangkit sayang
Biar seketika
Dakap lebih lama
Ku mahu senyuman yang sempurna
Mencintai sepenuhnya


Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra
Kerna itu sahaja yang daku pinta


Jangan pergi sayang
Lupakan sahaja
Usah keluar sayang
Ku mahu kau ada setiap masa
Ku tak mahu keseorangan



Biar selamanya
Hanya kau dan aku bergerak perlahan menghenti masa
Namun kita hanya oh manusia biasa
Yang hanya mampu menikmati indahnya kita berdua


SELAMAT PAGI SAYANG 
by 
NOH HUJAN DAN DJ FUZZ


p/s : sangat suka lagu ni, bait-bait kata yang sangat romantis!